Readers

Wednesday, April 13, 2011

Nota Nutrition Form 2

Saje nak menempel nota untuk Form 2 Nutrition (Classes of Food) kat sini..



Cikgukeaku? Ye la kalau aku bagi --> nota <-- free ni ;)

Saturday, April 2, 2011

Soul Touching Picture



Walaupun tak berapa jelas gambar nih, aku tetap nak abadikan gambar ni dalam blog aku :)

Gambar ni players bola baling SMK Kapit 2 ambik lepas game minggu lepas. Pada mulanya aku tak perasan pun huruf 'F' tu. Tapi bila baca comments yang muncul kat FB baru lah aku terperasan. Team Kapit2 made a tribute to their ol' coach! That's me! that's my name! Aku! F!


Tak pernah dalam seumur hidup aku selama 29 tahun ni aku rasa sangat dihargai.  Terima kasih tak ternilai aku ucapkan kepada team handball Kapit 2 yang masih ingat pada aku walaupun aku dah jauh beribu kilometer dari sana. Walaupun aku dah berhijrah, dan kurang berhubungan, they still remember me, their eccentric coach for the past 5 GLORIOUS years since 2006.


Moments like this made me realised and be reminded why I chose this path; to become a teacher. I want to touch their souls, but never once in my life, think they can touch mine, this deep, so deep that make my eyes swell with tears.

Aku tak pernah pesan kat pelajar-pelajar aku supaya kenang and hargai jasa aku bila aku pindah nanti. Jadi bila dorang susah-susah susun jersey macam ni atas usaha dan naluri sendiri, aku rasa sangat puas hati + bangga + suka + hilang segala penat. Alhamdulillah, 5 tahun aku kat sana ada memberi kesan dalam jiwa mereka yang pernah aku ajar, kalau tak semua pun, sesetengah. Dan benda ni dah cukup untuk buat aku; seorang guru berasa teramat gembira.

Dulu aku selalu tertanya-tanya berbaloi ke aku dihantar ke pedalaman Sarawak? Naik kapal terbang beratus-ratus kilometer. Apa impak yang dapat aku tinggalkan? Atau semata-mata hanya satu kenangan supaya dapat bercerita dengan kawan-kawan bahawasanya aku pernah mengajar anak-anak pedalaman Sarawak? Tapi sekarang aku sangat puas hati. Pengalaman selama 5 tahun ni cukup-cukup berbaloi. Aku bukan sahaja mengajar, bahkan aku belajar.  Belajar untuk tak selalu 'mencari sesuatu', kerana perkara yang kita cari tak selalunya kita jumpa, tetapi lambat laun akan muncul juga jika kita sabar dan tabah.  Jiwang Puitis kan? :)

Tapi aku juga sedikit sedih sebab aku rasa aku dah buat keputusan yang salah untuk pindah semula ke Melaka. (dengan segala drama and stupid politics yang berlaku kat sekolah baru)

Terima kasih semua.

..and to Kapit 2 handball team, pesanan saya, as usual; continue the LEGACY..

Cikgukeaku?
I once was, and hope I still can be like I used to be. Amin..