Readers

Monday, October 29, 2012

....................

AMARAN: 
Atas sebab-sebab tertentu, intonasi posting kali ini agak skema dari biasa.

Lama tak menulis. Ingatkan nak mulakan penulisan entri dengan pengalaman berharga waktu mengikuti Kursus Pengacaraan dan Penulisan Teks minggu lepas. Tapi ada perkara yang lebih penting untuk dikisahkan. Mengenai hal pelajar aku. (atau mungkin lebih jelas jika dikatakan bekas pelajar) Muzzammil.

Tak perlu mukaddimah mengenai macam mana aku boleh rapat dengan dia ni.  Cuma sekarang dia sedang bertarung dengan penyakit Leptospirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus.  Lebih mengganggu emosi aku kerana aku baru berhajat nak memuat naik gambar Muzzammil (beserta juadah raya yang dia bawa) sewaktu singgah ke rumah Aidiladha lepas. Belum sempat pun memindahkan gambar dari kamera ke komputer riba, aku dapat perkhabaran dia dimasukkan ke Wad pada sebelah pagi keesokan harinya. Aku juga ada merancang nak tengok cerita Skyfall Jumaat ni dengan dia :(

Semalam aku sempat jenguk dia di Hospital Melaka. Masih boleh tersenyum dan ketawa dengan jenaka aku walaupun dah terlantar dengan bermacam tiub tertusuk pada kulit. Aku tak sanggup nak kira tapi aku rasa ada lebih dari tiga tiub yang di cucuk sana sini. Malahan, itu merupakan antara perkara pertama yang dia adukan kepada aku bila aku sampai.

Disebabkan itu juga dia tak boleh/tak dibenarkan bergerak ke bilik air untuk melepaskan hajat. Jadi, segalanya diselesaikan di atas katil. "Tak berapa selesa", (siapa pun tak akan selesa).  Hanya senyum tawar bila aku mengusik "Untungla, nurse cantik 'uruskan'". Mungkin usikan yang tak kena pada waktunya.  Tapi sebelum-sebelum ni begitulah watak dia, suka mengusik dan 'menyuai padankan' aku dengan cikgu ini dan cikgu itu, memandangkan aku bujang yang dah menjangkau usia wajib kahwin.

Semalam juga dia menunjukkan protes ringan mengenai makanan yang tak 'berasa'.  Bila aku tanya ada apa-apa permintaan untuk aku bawakan bila aku melawat lagi, Muzzammil minta aku bawa garam banyak-banyak; "Sini tak cukup garam agaknya." Aku senyum saja tapi ayahnya protes keras mengatakan jawapan itu tak wajar di berikan kepada seorang guru.  Aku macam biasa sahaja, senyum dan mengatakan aku dah masak dengan perangai Muzzammil ni. Dalam hati terfikir tentang buah-buah isi pertuturannya dengan aku selama ini. Senyum sendiri lagi. Guru dahulu dan guru sekarang lain, dinamik itu harus ada.  Aku memang tahu  makanan yang disediakan untuk dia memang kurang rasa, untuk mengelakkan komplikasi buah pinggang disebabkan virus telah pun menyerang buah pinggang dan hati.

Pukul 5 nanti aku akan pergi lagi melawat Muzzammil.  Syukur Alhamdulillah, sedikit rujukan yang aku lakukan di internet menunjukkan walaupun Leptospirosis sejenis penyakit berjangkit, ia tidak dapat berpindah dari manusia ke manusia dan peluang untuk sembuh tinggi jika dikesan dari awal.

Muhammad Muzzammil; budak yang pernah aku marah teruk dan pernah menyimpan tekad untuk tak akan berkomunikasi lagi walau apa cara sekalipun atas sebab-sebab tertentu.  Sekarang aku adalah antara guru insan yang rapat dengannya.  Hidup memang rumit dan sulit.

Maklumat mengenai Leptospirosis boleh didapati di sini. Leptospirosis aka Kencing Tikus

P/S: Sama-sama doakan Muzzammil akan sihat dan berupaya untuk meneruskan perjuangan...  Amin.

Wednesday, October 10, 2012

Takwim Persekolahan 2013

Nak lagi jelas dan nyata.. Klik sini --> TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013 <--