Readers

Saturday, February 19, 2011

Influenza

Update.. update..
Camne nak update pasal rentas desa haritu ye? Sebab aku pun tengah tunggu update dari pihak sekolah. Sebabnya post-mortem yang dijanji-manismu-kan tak di buat-buat. Cuma aku ada dengar sendiri haritu sehari selepas RENTAS DESA Mr. Saiman ada tegur pasal persiapan RENTAS DESA yang ala kadar dan Cikgu Sarina terus bertukar jadi defensive. Macam-macam yang dipersilat dan di biaskan kepada orang lain tapi Mr. Saiman pandai memantulkan semula kepada empunya program yang membuatkan aku tersenyum-senyum kambing (nasib ada bawak folder, bleh gak buat tutup mulut, kalau tak sure obvious sangat senyuman kemenangan aku tu). So diakhir diskusi pendek haritu, Mr. Saiman dijanjikan laporan post-mortem (yang tak dibuat lagi). So aku pun tengah tunggu jugak ni. Yelah, akukan saksi utama kejadian. Takkan buat post-mortem tak panggil aku kot?

On the bright side, aku dah dapat apa yang aku idam-idamkan, start minggu depan akan mengajar Physics dan Science semula. Alhamdulillah. Thanks to my mentor Cikgu Rosni and Kak Haspawiza yang sangat mendengar keluhan aku yang dilabel "macam kucing nak beranak". So, aku akan cuba mengajar dengan bersungguh-sungguh minggu depan. Hmm, banyak nak citer, terutama pasal kemula-acceptance aku terhadap perangai budak-budak kat sini. (sedikit, but that is still an improvement right?) . But that is another story altogether.

Oh.. tajuk posting kat atas tu ialah disebabkan impromptu conversation aku ngan budak-budak kelas aku sendiri.

Aku: Bila nak tulis misi & visi sekolah ni? Tak tampal-tampal lagi dalam kelas.
Budak: Kitorang tak tahu misi sekolah.
Aku: Saya lagi la tak ingat, tengokla belakang buku.
Budak: Buku takde
Aku: (Diam, cari buku) Haaa.. salin, nanti tulis & tampal.
Budak: OK
Aku: SMS menyasarkan akan bebas babi menjelang 2015.
Budak; Cikgu tak baikla, mana ada babi sini? Ada ke?
Aku: Abis kalau takde kenapa tiap-tiap hari saya dengar budak-budak cakap "Oi! Babi!", "Babi kau!" " Sakit la babi!" " Kau ni babi la" ???

(Senyum gembira... sarcasm does work)

Cikgukeaku? atau Peloyar buruk?


Monday, February 14, 2011

Selamat Mengundi

Harini balik pukul 1300. Ada program kat Merlimau so semua cikgu-cikgi kena pi sana bagi sokongan. Aku balik rumah sat pi tukar kereta ngan motor kot? Pastu tunjuk muka sat, pastu blah la. Malas.


Wednesday, February 9, 2011

That's Why I Am Proud To Be An Indonesian!!

Mood Posting: Menyirap, menyampah, puas hati


Nota kepala: Walaupun panjang, dah alang-alang sampai sini, sila baca. Mana tau ada manfaat dan pengajaran untuk korang.



Lama tak update. Sebab utama? Cuti, so malas nak pikir hal-hal sekolah. Tapi harini kena cari tempat untuk vent out my anger.




~MENYIRAP~
Semalam aku MC, demam + flu. Harini pulak ada Merentas Desa, Yang nak marah sesangat ialah pasal merentas desa ni, yang dikelolakan oleh PK Koku (yang sound aku "Cikgu baru, macam tula.. orientasi" ).


Ok tak mau off track sesangat..

Aku kena jaga Persimpangan 5, kat dalam ladang kelapa sawit.
Bersama dengan Cikgu Faizely. Persimpangan 5 ni jauh kedalam, so aku try bawak kereta sampai mana termampu (big mistake!! Abis kereta aku calar kena scratch ngan semak ngan kayu yang tertonjol-tonjol dan daun sawit bagai. SEDIH, dan menambahkan panas hati). Jalan pun jalan balak, abis la alignment.
So aku park kereta bawah pokok getah dan memulakan proses menapak, adala lagi 1km aku kena masuk kedalam lagi. (Sila Ingat: Aku demam, kalau tak mesti pagi tadi dah bawak motor pi sekolah, senang nak masuk utan). Then finally aku sampai ke Persimpangan 5. Aku sorang je kat situ (Faizely??). Malas nak citer lebih.. (EDIT: Ok skang boleh citer lebih.. Cikgu Faizley ada meeting/taklimat hari tu dan dah maklumkan orang yang berkenaan untuk cari pengganti jaga CP ;) )

Budak-budak pun dah start lari dan lalu depan checkpoint (CP) aku. Aku pun tunggu jela. Yelah Cikgu Sarina, PK
Koku takde bagi getah warna ke atau apa apa pun so aku tengok je la budak lari. Pendek cerita, lepas orang dah lengang, tiba-tiba, ada sorang mamat Indonesia naik motor dok panggil-panggil aku, pastu dia cakap ada budak perempuan 'tidur' kat dalam ladang kelapa sawit. Memula aku cakap takpela biar dia tidur. (sebab aku malas nak layan bercampur takut) Pastu dia suh aku naik motor dia sebab kawan dia tengah jaga dia tidur. Pelik tak ayat tu? So aku terus assume budak perempuan tu sebenarnya fainted. Mamat yang panggil aku ni, rambut kaler, seluar jeans koyak dan sekali tengok macam ................ (sila isi sendirila, aku pun Indon, tak nak la menghina bangsa sendiri). Tapi masa tu aku tak fikir panjang, kepala otak aku ingat pasal budak perempuan tu je. So aku pun lompat naik motor dia (sila bayangkan). Pastu dia bawak aku masuk jalan tikus, yang sangatla off-track daripada laluan merentas desa sebenar. Masatula aku dah start kecut perut, entah-entah mamat ni nak rompak aku, sebab masa tu aku memang tengah pegang shoebag yang ada macam-macam dalam dia. Makin jauh kedalam dia bawak, makin kuat naluri aku nak melompat. Aku pun teruna lagi woo, tak rela. Yela, orang selalu kata "Follow your instinct" kan? Tapi pada masa yang sama, aku fikir kalau betul ada budak perempuan macammana? Aku rasa macam saat tu la masa terpanjang dalam hidup aku.

Then dia berhenti, aku tengok kat bawah anak sawit memang ada budak perempuan terbaring, sorang lagi mamat Indonesia tengah sedaya upaya kipas. Waktu tu aku bersyukur sesangat sebab yang jumpa tu ialah mamat yang berhati mulia (kalau tak, mesti kisah tragis ni akan ada dalam Metro esok). Aku bagi budak tu air then call sesapa yang ada dalam phonebook tipon aku. Hanya ada beberapa orang and last-last aku call Cikgu Rosni (mentor aku). Masalahnya macam mana aku nak bagitahu lokasi aku? Ni dah kedalam ladang sesangat ni. Waktu tu pulak mamat 2 orang ni mintak izin nak blah. Aku pun ntah berapa kali ucap tima kasih pun aku tak terbilang dah. So skang, (waktu tu) tinggal la aku ngan sorang budak perempuan terbaring kat dalam Ladang Sawit yang aku pun tak tahu kat mana ntah. Tetiba
lagu 'Bila Berpacaran' berkumandang complete ngan back-up dari Setan,
dia menangis, lagi le aku cuak. Aku cakap ngan dia jangan nangis coz aku ada kat sini. Pastu aku suh dia tunggu jap (macamla dia boleh gerak) aku nak cari jalan besar. Tuhan tu maha kaya, aku jalan straight (dengan hingus berjijis-jijis bagai) memang terus tembus jalan besar and fortunately gak aku jumpa ngan 4 lagi budak perempuan yang jugak dah keletihan sebab sesat. Aku suh diorang berempat follow aku and tunjuk kat diorang tempat budak perempuan tu aku tinggalkan, at least ada ramai orang nak teman.

Pas semua dah tenang and minum (nasib aku bawak 2 botol air), dorang citer yang Sempang 1 lagi dorang dah sesat sebab pengawas yang jaga kat situ pergi makan kat gerai dekat situ (Read: Pengawas? Cikgunye mana?) then dorang dah jaaaaaaaauuuhhhhhhhhh kedepan baru dengar suara pengawas suruh patah balik coz dah terlajak. Then dorang pun patah balik. Diorang ni stage pertama yang dilepaskan (kategori perempuan 18). Pastu aku tanya samada dorang nampak tak Myvi putih aku yang aku parking jauh kat depan tadi. Dorang tak nampak pun. So sah-sah la dorang memang dah salah jalan dari awal (mana kejadahnya pergi cikgu-cikgu jaga CP ni?)

Panjang lagi citer dia tapi tu make story short budak tu selamat sampai rumah diorang dah tadi.

~MENYAMPAH~
Geram sesangat aku, dah la lepas budak perempuan dulu, pastu tak checked & confirmed samada tiap CP dah ada cikgu ke belum pastu membabi buta lepas budak. Babi pun tak buta macam tu sekali. Pastu aku memang ada
membebel
bercerita kat Cikgu Lim Seng Chuan pasal benda yang jadi ni... Then, pucuk dicita ulam mendatang....

~PUAS HATI~
Waktu aku nak punch-out  keluar opis tadi (after the event), Cikgu Sarina tengah nak punch-out jugak, tapi dia tak nampak aku coz aku masuk through another door, dia pun dengan sopan santun citer kat opis yang ada budak pengsan and Indon jumpa (tak tau sapa citer kat dia). Aku pun apa lagi.. AMBUSH!!

Ni yang part 'puas hati'.. sebab dapat ambush. Dah lama aku nak balas dendam.

Aku: Cikgu takde kat situ, saya yang terlibat (celah dari belakang)
Dia: Macam mana bleh jadi macam tu?
Aku: Abis dah takde sapa jaga CP mana budak tu tau jalan. Saya pun jaga sorang-sorang.
Dia: Sepatut ngan siapa?
Aku: Faizely.
Dia: Mana dia?
Aku: Ntah, (ok skang dah tahu.. tapi dialognye masih ntah.. takle tukar. PEACE) bukan dia sorang je takde, banyak lagi CP takde orang, CP pertama lagi dorang dah sesat.
Dia: Eh takdela, kan yang lain selamat je sampai.
Aku: Ni batch pertama, takde orang jaga, pengawas pergi makan, Cikgu ntah kemana.
Dia: Mungkin yang pertama cikgu lum standby.
Aku: KALAU BELUM STANDBY APASAL LEPAS BUDAK? (tembak)
Dia: Diam...
Aku: Cikgu tau tak kat dalam-dalam tu bebudak follow motor marshal je bukan ada orang jaga CP pun? (tembak lagi)
Dia: Diam
Aku: Kalau belum ready baik tak payah buat.
Dia: Diam
Aku: Budak perempuan tu nak bagitahu pengetua apa yang jadi.
Dia: Esok kalau pengetua tanya kamu jawab.
Aku: (Bila masa aku jadi PK KOKU?)
Dia: Diam, punch-out
(macam ni la lebih-kurang, mungkin ada lebih, mungkin ada yang terkurang)

Pengajaran:
  • jangan cepat menilai orang
  • jangan buat kerja separuh jalan.
  • jangan assume itu ini.. sila PASTIKAN!
  • jangan salah 'pijak' kaki orang, terutamanya kaki aku, sebab kaki aku suka balas balik, sambil pakai 'spike'.
P/S: Aku 100% yakin esok aku kena panggil ngan pengetua sebab sessi basuh PK Koku tadi, tapi peduli apa aku. Memang dia buat kerja separa siap.. Pembetulan, bukan separa, 1/1000000 siap. Nasib budak tu tak kena rogol (kan?). Nasib Indon hati mulia (kan?)


CIKGUKEKAU MAKCIK?

Wednesday, February 2, 2011

Memory Lane Revisited ~ 13 Years Later


Harini pagi-pagi lagi aku dah bangun. Semalam proceed dengan plan balik (again) ke Melaka. Malas nak tangguh-tangguh lagi, nanti lagi penat. Ingat harini nak pergi Mydin MITC, Melaka Mall and Jusco tapi perasaan malas nak bawak kereta melanda. So aku pun kemas halaman rumah je harini sambil
petik
kait buah sukun 2-3 bijik kat depan rumah. Akak aku mesej kata nak balik esok. Best-best! Plan nak pi Tanjung Bidara on Friday. Best-best! Akunye back tetiba naik rashes yang teruk, camne nak bagi dia ilang ek? Hopefully air laut boleh soothed 'em down. ~ahahaha, tetiba iklan~ Harap-harap tak ujan.

BEFORE (dapat daun getah je, Getah dia setitik pun toke estet ni tak bagi.. LOL)

AFTER (Dah selonggok daun kat ujung sana, petang plan nak bakar estet kat sebelah daun yang asyik gugur tu.)

Harini buka FB dan aku tengok ada la 2-3 orang member reply back pelawaan aku nak buat small re-union esok. Takpe la, janji ada dan harap-harap jadi. At least bila sekali dah buat, nak plan seterusnya dah senang. Dah 13 tahun aku tinggalkan Jasin ni rupanya. A lot of bitter sweet memories. Hmm esok rasanya apa la yang nak di bualkan. For sure a lot of them will be curious about my suddenly MIA status 13 years ago. Aku sebenarnya tak rasa yang aku MIA. Tapi biasala, 1998 punya zaman mana ada handphone sorang sebijik, mana ada laptop, mana ada wifi and broadband, so sangat susah nak update, inform dan keep in touch dengan kawan-kawan. Cuma nak tergelak bila Amzari yang aku terjumpa kat KFC Jasin bulan December lepas bagitahu yang most of my friends have concluded that aku dah balik Indonesia lepas abis SPM. Ada ke patut? Tapi yang pastinya, kebanyakan kawan-kawan baik aku dah pun berkahwin dan have a family of their own. Manakala aku still macam 13 tahun yang lepas (termasuk masih handsome and tak boroi) So secara ringkasnya, aku dah draft out a script kalau ada sesiapa try to pry into my life.

(Inhale)
"I 'rocked' as a teacher 5 years ago, but now it sucks. My personal life was very cool, but now it sucks. My love story started like a fairy tale but towards the end it really sucks. In a nutshell, EVERYTHING sucks! Waddabout you?"
(Exhale)

Takdela macam tu sekali aku jawab kot? Nanti marah pulak kengkawan.

P/S: Sebenarnya kehidupan aku takla se-sucks dan se-crap mana pun (and I am really grateful for that). Cuma bila kerjaya yang aku sangat-sangat minat ini jadi macam ni, membuatkan aku rasa sangat-sangat down.

Tuesday, February 1, 2011

My Mind Is Absent Today (and yesterday, and the day before that and..)



Second update.

Where am I now? Melaka? Hua hua hua.. aku still ada kat Rawang nih. Dah keluar rumah pun tadi, dah masuk tol dah, then suddenly aku teringat (aku memang biasa macam ni.. haru) masa aku masukkan kereta Tucson akak aku tadi macam ada reflection kat tingkap rumah, fog light kereta tu terpasang waktu aku pindahkan kereta masuk ke dalam tempat parking. So before masuk tol Bukit Beruntung aku tanya mak aku, mak aku kata takde pun nampak macam lampu pasang.

Aku pun proced masuk tol.

Pastu aku cakap lagi, rasanya memang lampu tu on. (tapi yang pasti bukan aku on kan)

....................................................

Pastu aku cakap lagi, akak tu hari Jumaat baru balik dari Damai Laut kan? Kalau lampu on, kompem bateri kong tu nanti.

...........................

Pastu aku cakap lagi, kalau lampu tu on macam mana?

Pastu mak aku cakap; Keluar la kat Tol Rawang, kalau was-was sangat..

Wakakakakaka...

So aku pun keluar balik kat Rawang exit, dah la Rawang jem nak m@mPos giler.. Dekat 1 jam baru sampai balik rumah.

Sampai rumah, aku check Tucson, memang takder pun lampu menyala (aku harap-harap ada, so at least tak la sesia aku patah balik.. tol RM2.40 pulak tu). Aku tak puas hati so aku pun cocok kunci kat ignition key.

Owh.. canggih giler kereta.. Kalau cocok baru on rupanya.. Mana la aku tahu.. selalunya kalau lampu ter-on, cabut konci pun dia still on (Kan? Kan?). Meaning to say, akak aku memang tak off suis lampu kereta dia malam tadi, so pagi ni masa aku moved ke dalam, tu yang fog light nyala, tapi bila cabot kunci dia off balik.. Hampeh tul!!

Kenapa aku tak call and tanya akak aku je? Sebab aku malas nak dengar syarahan di pagi Selasa.. ;)

So kalau akak terbaca entry ni.. SURPRISE!! I am still in Rawang. Penat la, esok je balik kot? Peace!

P/S: Semenjak berhadapan dengan terlalu banyak problems kat sekolah ni, ke-absent minded-an aku semakin parah. Macam-macam benda buat otak aku serabut Hope it won't cause any major trouble.

*absent minded = So lost in thought as to be unaware of one's surroundings.


A Journey Back

(A Journey HOME sounds awkward for now, hence the word BACK) Heading back to Melaka today. Feels like nothing been accomplished in the past few days I'm in KL. (Can I start over?) Apa je yang aku buat ye? Not much, but I've spent more than RM4000 during this 4 days period!! The biggest purchase would be a brand new spanking leather seats (wrapped/stitched in) for my ride that set me back for RM2200. Harga asal ialah RM2500. I guess my haggle-til-satisfied days are over. I thought they could do it on-the-spot, (sekarang kan semuanya pantas) but boy was I wrong. They were fully booked till near-end Feb. I left my planner & can't remember (read: I don't care) which Saturdays were the replacement school days so the appointment is set on 26th Feb (the 'safest' date coz I'll be in KL for sure). So come 26.. my car will batu-bata!! (rocks!!)

Sekarang ada 5 hari lagi sebelum sekolah buka semula, and 38 days til another week of holiday (yes, I am THAT eager when it comes to school holiday, that's why this blog is named cikgukeaku - I am questioning myself, save someone else trouble from doing that).

There is a lot of stuff I want to do. Hopefully all can be accomplished in the next few days. I am lagging behind.

P/S: I am planning for a get together with my Jasin's friends this CNY. Hope the plan will materialize. ~Ya Allah, permudahkanlah perjalananku hari ini. Semoga aku selamat sampai ke Melaka semula. Amin...~