Tension yang teramat sangat. Aku beria-ia dah nak masuk rumah baru raya ni. Satu persatu dugaan melanda. Mungkin salah aku jugak, Cepat sangat turunkan perisai bila bertemu dengan orang. I guess I lowered my shield way earlier than I am supposed to resulting to be hit hard.
Isu yang terkini pasal grill rumah. Ya grill rumah. macam isu kecil, tapi kalau dah/akan keluarkan RM**** untuk grill dan hasilnya tak seperti di janjikan siapa tak terkilan dan sakit hati. Aku rasa si Alvin tu dah mulai sedar yang aku pun boleh berubah dari sangat baik kepada sangat cerewat dalam sekelip mata. Dan ayat-ayat yang aku gunakan mulai sangat pedas dan sangat logik. Sangat rugi kerana aku tak bawa Lumix DMC aku harini ketika melawat rumah. Kalau lah sempat dirakamkan reaksi aku kali pertama tengok grill tadi rasa-rasanya sama macam masa aku kecewa bila result paper Persamaan Terbitan keluar masa kat UTM dulu (pertama kali dalam hidup aku gagal!). Aku tak puas hati dengan workmanship dan juga hasil yang ditunjukkan tak seperti apa yang aku nak. Dan si Alvin cuba cover line mengatakan "design itu sangat security". Lepas tu dia tambah lagi, "You punya grill function untuk cantik atau security? (secure lah!!)" (which really push my button!) Dimana aku jawab "Kalau nak security sangat baik buat gril macam penjara" dan aku sambung "this is the ugliest grill that I have ever seen! Macam rumah *****!" (tak boleh sebut, very sensitive).
Senang lenang dia tukar design grill aku. Aku pilih punyala cantik dan dia ubah macam hawau!!
Ni design yang aku pilih, sok nak upload his version. Very sengal! |
Sakit hati sangat-sangat. Kalau dia yang bayar beribu-ribu hinggit aku tak kesah. Ni aku yang bayar. Suka hati dia je buat macam rumah sendiri. Esok aku nak kata putus samada dia boleh revert balik ke rekabentuk asal, kalau tak aku nak suruh dia buka dan pasang kat rumah dia sendiri, oleh sebab dia yang pandai-pandai ubah. By the way, the workmanship is sooooooooo bad. Aku tak exxagerate. Esok akan tunjukkan bukti.
.:Kemaskini:.
Ini gambar yang dapat ditunjukkan. Seriously. Ones have to stand right in front of the grill to appreciate their ugliness. Urgh!!
Buruk kan?
.:Kemaskini:.
Ini gambar yang dapat ditunjukkan. Seriously. Ones have to stand right in front of the grill to appreciate their ugliness. Urgh!!
Dari luar macam semak, kalau duduk dari dalam macam harimau yang menyorok disebalik lalang. |
Antara kerja sembrono yang membuatkan aku hangin. Oi, aku bayar RM**** la!. At least have a decency to paint properly! |