Hari ini aku MC. Memang tak dapat dielakkan. Sakit perut memulas-mulas + diarrhea + demam. Kalau nak ikutkan memang malu dengan rakan sekerja. Dah cuti dari Jumaat (Err... Rabu kalau Kem 1Murid 1Sukan kat Port Dickson dianggap percutian) nak tambah 'cuti' lagi? Tapi nak buat macam mana? Sakit ni datangnya bukan diminta. Jadi harini, kali pertama aku perlu mencari klinik sekitar Alor Gajah. Sebelumni aku masih ke Poliklinik Hidayah di Jasin sebab aku rasakan doktornya sangat mesra, mengambil berat dan prihatin, pendek kata, ada human touch; Dr. Yadzil. Doktor yang sentiasa menjawab soalan-soalan hypochondriac aku dengan tenang walaupun kadang-kalanya soalan aku sangat lucu (censored LOL). Penerangannya sangat jelas membuatkan aku, si hypochondriac berasa aman dan damai :p
Klinik pertama aku pergi tadi Klinik Sit* & Ehs*n (sangat predictable kan * tu?). Mula-mula lagi instinct aku dah suruh blah. Receptionist memang ramai, pesakit pun ramai, adalah dekat 2-3 orang makcik-makcik receptionist bertugas di belakang kaunter tapi semuanya 'sibuk'. Aku pun ikut berbaris untuk mendaftar. Lama juga aku dan beberapa pesakit berdiri di kaunter tak dilayan. Seorang pakcik ni pergi ke kaunter dispensari untuk mendaftar sebab semua receptionist melonggok berkumpul kat situ. Selamba badak je makcik tu tunjuk kaunter pendaftaran (Hello! Kitorang tau bacala). Pastu dia bagi borang dan duduk lagi. Pakcik tu panggil lagi. Makcik tu buat tak tahu je. Pakcik tu pun hilang sabar, tapi hanya merungut seorang diri. Aku pun hilang sabar. Berbeza dengan pakcik tadi, aku buat sesuatu yang amat menjengkelkan.
Pura-pura angkat telefon, dan cakap kuat-kuat.
"Hello. Ha-ah aku tak kerja harini. Kat klinik, ntah bila nak siap ntah. Kat kaunter ni. Yang jaga kaunter ni lembab. Makcik-makcik suku sakat doktor ni kot? Okla nanti aku call ko balik. Aku nak cari klinik lain dulu.
Buat-buat letak telefon. Pandang pakcik tu.. senyum.. dan segera bergegas keluar.. Hahahaha..Hati puas! (dosa kering betul)
(Kepada klinik yang disebutkan, sila pantau staf anda.. sangat menjengkelkan)
Klinik kedua, Klinik Famili, masuk je terus jumpa kaunter pendaftaran, daftarkan diri dan tunggu nama dipanggil. Sangat lama. Nama dipanggil masuk. Doktor sangat skema, tanya penyakit, pegang dahi, sentuh perut. Tamat. (rindu aku kat Poliklinik Hidayah Jasin dan Dr. Yadzil)
Sampai rumah. Macam biasa; malas nak makan ubat.
Mak: Dah makan obat?
Aku: Belum
Mak: Kenapa?
Aku: Air suam takde.
Mak: Air panas ada di cerek, air sejuk di botol besar. Pergi la makan ubat.
Aku: (Dengan nada tak paham arahan) Air suam takde la mak.
Mak: *&^%! (Malas nak melayan kerajinan aku pergi jumpa doktor dan kemalasan aku makan obat)
P/S: Kepada Dr. Mohd Yadzil Bin Yaakub. Anda adalah seorang doktor yang hebat. Sila teruskan sikap mesra dan layanan profesional anda kepada pesakit-pesakit ;)
Cikgukeaku? dan seorang yang mudah sangat sakithati perut ;p

Cikgukeaku? dan seorang yang mudah sangat sakit
1 comment:
Hi ;)
Post a Comment