Readers

Thursday, September 8, 2011

Pindah (Kuasa 2)

Lama menyepi, sibuk selaku tuan rumah dan segala perkara mengenai rumah, rumah dan rumah.
Kemaskini terakhir adalah mengenai grill pintu rumah. (Alhamdulillah, dah pun di tanggalkan oleh si Alvin)


PINDAH I

Dah hampir 3 minggu aku menetap di Kasa Heights (permanently)  dan dah 4 hari berulang dari sini ke tempat kerja, (sangat jauh). Masih belum dapat tune masa dengan betul. Kadang-kadang sampai terlalu awal, kadang kala lambat (boss, that's one of the reason I am asking for transfer). Terlalu banyak variables sepanjang jalan. Lori besar, kereta dipandu Mak Joyah/Pak Kolob yang sangat perlahan, 'membontoti' bas yang asyik-asyik nak berhenti, lembu melintas dan lain-lain.

Dan nak jadikan cerita cerekarama, minggu pertama sekolah dibuka semula ni pula merupakan minggu giliran aku menjadi teacher on duty. Kena sampai sangat lebih awal daripada biasa. Sepatutnya aku bertugas minggu depan, impromptu changes ni menyebabkan aku kurang bersedia dari segi mental dan fizikal. Pastu cermin mata pula tak dapat dikesan awal-awal pagi (kes semalam). Dekat 30 minit aku cari, akhirnya, bertawakal je drive kereta dari Alor Gajah tanpa cermin mata, sebab kalau lambat memang orang akan mengata perasan. Sebab sebagai guru bertugas, aku kena bagi taklimat setiap pagi untuk tempoh satu minggu ni.  Memang menduga betul. Haish!!




PINDAH II

Mulai 2 Sept lepas, permohonan untuk pertukaran guru dah boleh dibuat secara online. Walaupun aku rasa nak sangat-sangat-sangat bertukar ke sekolah lain, (atas terlalu banyak alasan yang munasabah dan tidak munasabah), aku masih belum mengisi aplikasi atas talian "EGtukar".  Sebab? Entahla, aku pun tak pasti, terlalu banyak perkara yang bermain-main dikepala otak.  Terlalu banyak "What if?"

Tetapi SATU perkara yang aku amat takuti (ye, aku pun ada perasaan takut jugak)

What if the situation is even *worst there?



*budak-budak keluar masuk sesuka hati waktu P&P, borak dengan orang kat luar sementara Cikgu mengajar kat dalam, tak masuk kelas/ponteng sepanjang hari sambil main takraw, merayau-rayau di sekitar sekolah. Korang ada perkataan lain selain worst? Please don't ever say those things are NORMAL.

Beralih kepada cerita yang sedikit relevan. Aku pernah baca satu buku motivasi ni. Tertulis di situ: 

To avoid experiencing something worst than the start of your day; eat a frog for breakfast - so when unexpected things happen, you can proudly say. "I ate a frog this morning, this is nothing".

Bangang kan motivasi dia? Hahaha.. Aku pun boleh tulis buku kalau setakat macam ni.  Tapi buat aku tergelak dan terfikir, benda-benda ni memang tak boleh dielak. Perkara yang mencabar/buruk/ menyakitkan hati pasti akan terjadi. Terima cabaran dan buat sesuatu tentangnya! (boleh tulis buku motivasi juga aku ni. haha)


This quotes make more sense daripada rapuan aku di atas

Jadi apa keputusannya?

PENDING!!


Ada masa sampai 30 September untuk 2011 untuk memikirkannya.











































Eh.. eh entri belum tamat..








Salam Aidilfitri (mestila ada gambar raya. Wajib!).. Gambar pertama tu sangat poyo tak releven, gambar sedang buat cupcakes dengan anak buah, tapi sebab ada orang komen cam model u*d**w*@r (hahahahahha.. mari muntah beramai-ramai), jadi aku pun letak sini.

Ok, sekarang gambar kontrol macho proper, kejap nak set muka.. hahaha.



P/S: Gambar satu famili belum ada, ada dalam kamera kakak aku, kemudian-kemudian baru letak.


Maaf Zahir Batin

10 comments:

SariJasri said...

hmmm..alah bisa tegal biasa...dlm tak sanggup...may b dah ada rasa serasi kat sana. Tapi...dnt ever takut nak buat keputusan dgn reason...what if d situation there is worst..or..what if it's a wrong decision. In any aspects of our lifes...there comes a time that we must decide...

FriDay dA FourtH said...
This comment has been removed by the author.
FriDay dA FourtH said...

@SariJasri

(Yay!! Finally!! Camne? Still susah ke nak post a comment? Dah penat tweak sini sana..)

Hmm.. nak kata serasi pun tak juga.. tapi mungkin sebab dah kenal budak2 dan budak2 pun dah sedikit faham Cikgu dia... tu yang rasa macam (kadang-kadang) ok.. But still, there are times/events yang buatkan F rasa cam "Aku nak pindah HARINI jugak"

Lum decide lagi, mungkin malam 30 Sept tu baru decide kot..

Rem said...

So camane? Jadi ke pindah nyer?

FriDay dA FourtH said...

@Rem

Belum tahu.. tapi lepas kes Jumaat.. berat kepada 79% untuk mohon pindah

SariJasri said...

dnt pindah sekolah.. settle pasal pindah rumah dulu then baru plan another pindah.. pindah sekolah pindah title..

FriDay dA FourtH said...

@SariJasri

Tengok dulu la Kak camne.. bout those pindah.. only time will tell.. especially the 2nd one you mentioned ;)

SariJasri said...

ha..ha...faham...ingat tak faham...anyway...ni saje testing mengomen via notebook...biasanya yg leceh tu thru iphone...

Anonymous said...

nak tanya sikit, pemaju sri pengkalan binaan tu dia bagi siap rumah on time atau cepat tak.. ke ada lewat ke... dan nak tanya rumah punya kualiti macam mana.. sebab saya baru beli rumah design lebih kurang macam kasa heigh kat durian tunggal.. thanx

wan

FriDay dA FourtH said...

@anonymous/wan

Alhamdulillah, rumah siap on time.. Tapi kualiti tak berapa okay sangat dari segi finishing dia la, plaster dinding tak berapa sekata, lubang kotak suis besar etc..

Tapi semua boleh rectify sebelom masuk.. mintak borang "defect rectification" drpd diorang sebelum serah kunci :)