Readers

Saturday, April 28, 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM KAWASAN JASIN UNTUK TAHUN 2012.

Belum guna pun lagi teks ni. Majlis bermula 1040.  Ambil masa semalaman create teks ucapan ni.  Tahun-tahun sebelumnya, aku hanya 'menjual' suara je sebab teks semuanya samada Hazrina atau Hazlina yang tuliskan hahaha.. Tahun ni kena berdikari :p

Sebenarnya kalau ikutkan, bacaan do'a tu takde dalam tentatif.  Tapi kalau ikut protokol sebenar kena ada (termasuk nyanyian lagu Kebangsaan dan lagu Negeri).. Hmmm... kalau aku kena marah satgi.. aku nak marah sapa pulak yek? Hahahaha!

.:EDIT- jam1307:.
Hahaha.. tengah aku dok mengacara tadi.. Tetiba sms masuk:

"Oi cik abang, kalo ye pn beria nak upld txt, censored la nama sekolah dan pentadbir2 kau tu.. Ko punya blog kan luar biasa. Kata tak akan mentn nama sekolah.. Lupa? haha"

Hahaha.. Terima kaseh la yer.. so aku pun cecepat balik dan edit nama sekolah dan para pentadbir. Tapi teks ni masih boleh diguna pakai kalau nak.. :P

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN  PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM KAWASAN JASIN UNTUK TAHUN 2012.
Pembukaan/Aluan
Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang berusaha, Encik Abu Bakar bin Alim; Pegawai Pelajaran Daerah Jasin
Yang berusaha, Encik Brad Pit; Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kejohanan.
Yang Berusaha, Puan Anjelina Jolie, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pening Lalat.
Ahli-ahli  jawatankuasa Kejohanan,
Pengetua-pengetua Sekolah yang bertanding,
wakil-wakil pengetua
Pegawai-pegawai Kejohanan,
Para guru dan Guru-guru pengiring
pasukan-pasukan yang bertanding
Para pelajar.
serta hadirin dan hadirat sekalian

Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian  Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin untuk tahun 2012. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita semua.


Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

………………………………………………………………………………………………………………………….
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin ke Majlis Perasmian  Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin untuk tahun 2012 kelolaan SMK Pening Lalat.  Sesungguhnya, kehadiran Yang berusaha Tuan PPD ialah lambang keprihatinan terhadap sumbangan sekolah-sekolah di Daerah Jasin dalam mencapai kecemerlangan.

Hadirin hadirat sekalian,

Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin pada tahun ini telah bermula dari 24hb April. 

Untuk makluman,  objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk
-mempopularkan permainan bola sepak kepada para pelajar sekolah menengah
-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.
mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi mewakili MSS Melaka ke peringkat yang lebih tinggi.


Ucapan Pengerusi
Anak muda mengalun qasidah
Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan


Majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Brad Pit Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat selaku pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 menyampaikan ucapan. Dipersilakan.



Ucapan Perasmi
Terima kasih diucapkan kepada Encik Brad Pit, Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat di atas ucapan tadi . Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan rasminya. Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012. Dipersilakan.



Penyampaian Hadiah
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin sebentar tadi.

Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 9 buah sekolah bagi kategori Bawah 15 Tahun manakala  11 buah sekolah beraksi untuk kategori bawah 18 tahun.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah
_________________________________________________


Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori bawah 15 Tahun.

Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak kategori bawah 15 tahun yang berjaya mendapat pingat dipersilakan bersedia {diatas pentas penerimaaan hadiah}
Menjemput Penyampai Hadiah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Brad Piti diiringi Puan Anjelina Jolie, menjemput dan mengiringi Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim bergerak ke tempat penyampaian hadiah.
Penyampaian Hadiah
Bagi kategori 15 tahun kebawah
Tempat keempat jatuh kepada SMK ____________
Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______ __ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________
Dan JOHAN  Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 bagi kategori bawah 15 tahun di sandang oleh SMK ___________ yang menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas _____
Penyampaian Hadiah
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi kategori bawah 18 tahun.

Tempat keempat jatuh kepada SMK
Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______ __ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________
Dan JOHAN  Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 bagi kategori bawah 18 tahun di sandang oleh SMK ___________ yang menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas _____

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Penyampaian Cenderamata
Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Brad Pit, Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat  menyampaikan cenderamata kepada Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin.
Ucapan Terima Kasih
Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Bacaan Doa
Sebagai tanda syukur bahawa majlis pada hari ini berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya dipersilakan al-Fadil Ustaz __________ untuk memimpin bacaan doa. Tafaddhal ya ustaz.


Undangan Jamuan
Terima kasih al-Fadil Ustaz ________________


Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Encik Brad Pit menjemput dan mengiringi Encik Abu Bakar bin Alim ke bilik jamuan makan tengah hari. Semua tetamu jemputan juga dipersilakan bergerak ke bilik jamuan untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

Penutup
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.


Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.

(Pengumuman kepada semua wakil semua kontinjen dan para petugas. Di jemput ke ____________ bagi mendapatkan pek makanan tengah tengah hari. )

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

17 comments:

Anonymous said...

Walaupun entri ni tak lawak.. SMK PENING LALAT kelapa h07@k ko la.. hahahahahahaha

Unknown said...

harap2 entri ni dapat membantu sy utk buat skrip emcee.. thanks cikgu :)

Anonymous said...

salam cg. tkasih sbb post skrip ni. sy suka isinya yang segar dan bertenaga. sesuai beno dgn suasana kejohanan. mohon share ideanya ye.

Anonymous said...

wahahahaha..cikgu brad pitt, tq for sharing this text. sy copy k.. tq XD hahaahhaa

Unknown said...

Tq for sharing..

Marshidah said...

Tq for sharing :-)

Unknown said...

Comel je posting ni.. Thanx sbb sudi share.. Sy kongsi ye.. :)

Anonymous said...

Thanks sbb sudi share..��

Hamba Allah said...

Many many thanks ckgu for sharing the speech, ttba kena jadi emcee bidan teghjun. N ur text really helps A LOT!! Other speeches i googled nak kena donlod la, subscribe la(kedek) hehe..may allah bless u ckgu

Anonymous said...

terima kasih,...atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.. terimakasih lagi..

Anonymous said...

mohon izin guna utk rujukan buat teks...terima kasih atas perkongsian tuan...

Unknown said...

koh3.... kelako entri ni.. dulu sy mengajo kt jasin gak.. skrg ni da pindah.. carik skrip jumpe blog ni.. best reference ever...wakakakakaka... -bebemakcu

Anonymous said...

haha....walaupun skrip ni lawak tp banyak membantu sy membuat skrip emcee utk kejohanan pingpong..tq2..

Yusz said...

Salamm. saya jadikan panduan jugak ye , Pertandingan Futsal Pendidikan Khas , TQ

Anonymous said...

terima kasih. mohon share untuk rujukan. terima kasih

Unknown said...

mohon izin guna utk rujukan ya. tq

Anonymous said...

salam cikgu. mohon izin untuk guna. terima kasih atas perkongsian