Readers

Monday, May 7, 2012

Mari Ternak Anak

Ada seorang bapak datang sekolah. Kebetulan lalu depan bilik guru.  Nak jumpa anak.

Aku: Anak abang nama apa?
Dia: Nur Fithri
Aku: Tingkatan baper?
Dia: Tingkatan 4 (kompiden)
Aku: Nama penuh?
Dia: Nur Fithri Nadhirah
Aku: (rasa macam kenal) Tingkatan 4 apa bang?
Dia: Errr... tak pasti
Aku: Kalau Nur Fithri Nadhirah Mohd Ali ada la, tapi tingkatan 3
Dia:  Ha. Betulla tu.. Kat mana kelas dia?
Aku: Tingkatan 3 apa? (aku tahu dia kompem tak tahu... saje nak bagi malu makbapak yang macam ni)
Dia: .......... (senyum)
Aku: Dia kalau tak silap tingkatan 3A3. Saya ada ajar dia tahun lepas.  Kelas dia kat blok sana.
Dia: Terima kasih cikgu (blah)

KALAU setakat tak tahu anak dalam kelas 3 Duodenum ke.. 3 Rektum ke.. 3 Esofagus ke.. aku masih boleh terima (sedikit).  Tapi tak tahu anak tingkatan 3 atau 4 atau 5?? Apa la yang diorang ni buat kat rumah ye?

Sorri ye.. bagi aku ni makbapak sudah failed!!

P/S: Aku dah hilang harapan dengan situasi kat sini.....



No comments: