Readers

Wednesday, February 9, 2011

That's Why I Am Proud To Be An Indonesian!!

Mood Posting: Menyirap, menyampah, puas hati


Nota kepala: Walaupun panjang, dah alang-alang sampai sini, sila baca. Mana tau ada manfaat dan pengajaran untuk korang.



Lama tak update. Sebab utama? Cuti, so malas nak pikir hal-hal sekolah. Tapi harini kena cari tempat untuk vent out my anger.




~MENYIRAP~
Semalam aku MC, demam + flu. Harini pulak ada Merentas Desa, Yang nak marah sesangat ialah pasal merentas desa ni, yang dikelolakan oleh PK Koku (yang sound aku "Cikgu baru, macam tula.. orientasi" ).


Ok tak mau off track sesangat..

Aku kena jaga Persimpangan 5, kat dalam ladang kelapa sawit.
Bersama dengan Cikgu Faizely. Persimpangan 5 ni jauh kedalam, so aku try bawak kereta sampai mana termampu (big mistake!! Abis kereta aku calar kena scratch ngan semak ngan kayu yang tertonjol-tonjol dan daun sawit bagai. SEDIH, dan menambahkan panas hati). Jalan pun jalan balak, abis la alignment.
So aku park kereta bawah pokok getah dan memulakan proses menapak, adala lagi 1km aku kena masuk kedalam lagi. (Sila Ingat: Aku demam, kalau tak mesti pagi tadi dah bawak motor pi sekolah, senang nak masuk utan). Then finally aku sampai ke Persimpangan 5. Aku sorang je kat situ (Faizely??). Malas nak citer lebih.. (EDIT: Ok skang boleh citer lebih.. Cikgu Faizley ada meeting/taklimat hari tu dan dah maklumkan orang yang berkenaan untuk cari pengganti jaga CP ;) )

Budak-budak pun dah start lari dan lalu depan checkpoint (CP) aku. Aku pun tunggu jela. Yelah Cikgu Sarina, PK
Koku takde bagi getah warna ke atau apa apa pun so aku tengok je la budak lari. Pendek cerita, lepas orang dah lengang, tiba-tiba, ada sorang mamat Indonesia naik motor dok panggil-panggil aku, pastu dia cakap ada budak perempuan 'tidur' kat dalam ladang kelapa sawit. Memula aku cakap takpela biar dia tidur. (sebab aku malas nak layan bercampur takut) Pastu dia suh aku naik motor dia sebab kawan dia tengah jaga dia tidur. Pelik tak ayat tu? So aku terus assume budak perempuan tu sebenarnya fainted. Mamat yang panggil aku ni, rambut kaler, seluar jeans koyak dan sekali tengok macam ................ (sila isi sendirila, aku pun Indon, tak nak la menghina bangsa sendiri). Tapi masa tu aku tak fikir panjang, kepala otak aku ingat pasal budak perempuan tu je. So aku pun lompat naik motor dia (sila bayangkan). Pastu dia bawak aku masuk jalan tikus, yang sangatla off-track daripada laluan merentas desa sebenar. Masatula aku dah start kecut perut, entah-entah mamat ni nak rompak aku, sebab masa tu aku memang tengah pegang shoebag yang ada macam-macam dalam dia. Makin jauh kedalam dia bawak, makin kuat naluri aku nak melompat. Aku pun teruna lagi woo, tak rela. Yela, orang selalu kata "Follow your instinct" kan? Tapi pada masa yang sama, aku fikir kalau betul ada budak perempuan macammana? Aku rasa macam saat tu la masa terpanjang dalam hidup aku.

Then dia berhenti, aku tengok kat bawah anak sawit memang ada budak perempuan terbaring, sorang lagi mamat Indonesia tengah sedaya upaya kipas. Waktu tu aku bersyukur sesangat sebab yang jumpa tu ialah mamat yang berhati mulia (kalau tak, mesti kisah tragis ni akan ada dalam Metro esok). Aku bagi budak tu air then call sesapa yang ada dalam phonebook tipon aku. Hanya ada beberapa orang and last-last aku call Cikgu Rosni (mentor aku). Masalahnya macam mana aku nak bagitahu lokasi aku? Ni dah kedalam ladang sesangat ni. Waktu tu pulak mamat 2 orang ni mintak izin nak blah. Aku pun ntah berapa kali ucap tima kasih pun aku tak terbilang dah. So skang, (waktu tu) tinggal la aku ngan sorang budak perempuan terbaring kat dalam Ladang Sawit yang aku pun tak tahu kat mana ntah. Tetiba
lagu 'Bila Berpacaran' berkumandang complete ngan back-up dari Setan,
dia menangis, lagi le aku cuak. Aku cakap ngan dia jangan nangis coz aku ada kat sini. Pastu aku suh dia tunggu jap (macamla dia boleh gerak) aku nak cari jalan besar. Tuhan tu maha kaya, aku jalan straight (dengan hingus berjijis-jijis bagai) memang terus tembus jalan besar and fortunately gak aku jumpa ngan 4 lagi budak perempuan yang jugak dah keletihan sebab sesat. Aku suh diorang berempat follow aku and tunjuk kat diorang tempat budak perempuan tu aku tinggalkan, at least ada ramai orang nak teman.

Pas semua dah tenang and minum (nasib aku bawak 2 botol air), dorang citer yang Sempang 1 lagi dorang dah sesat sebab pengawas yang jaga kat situ pergi makan kat gerai dekat situ (Read: Pengawas? Cikgunye mana?) then dorang dah jaaaaaaaauuuhhhhhhhhh kedepan baru dengar suara pengawas suruh patah balik coz dah terlajak. Then dorang pun patah balik. Diorang ni stage pertama yang dilepaskan (kategori perempuan 18). Pastu aku tanya samada dorang nampak tak Myvi putih aku yang aku parking jauh kat depan tadi. Dorang tak nampak pun. So sah-sah la dorang memang dah salah jalan dari awal (mana kejadahnya pergi cikgu-cikgu jaga CP ni?)

Panjang lagi citer dia tapi tu make story short budak tu selamat sampai rumah diorang dah tadi.

~MENYAMPAH~
Geram sesangat aku, dah la lepas budak perempuan dulu, pastu tak checked & confirmed samada tiap CP dah ada cikgu ke belum pastu membabi buta lepas budak. Babi pun tak buta macam tu sekali. Pastu aku memang ada
membebel
bercerita kat Cikgu Lim Seng Chuan pasal benda yang jadi ni... Then, pucuk dicita ulam mendatang....

~PUAS HATI~
Waktu aku nak punch-out  keluar opis tadi (after the event), Cikgu Sarina tengah nak punch-out jugak, tapi dia tak nampak aku coz aku masuk through another door, dia pun dengan sopan santun citer kat opis yang ada budak pengsan and Indon jumpa (tak tau sapa citer kat dia). Aku pun apa lagi.. AMBUSH!!

Ni yang part 'puas hati'.. sebab dapat ambush. Dah lama aku nak balas dendam.

Aku: Cikgu takde kat situ, saya yang terlibat (celah dari belakang)
Dia: Macam mana bleh jadi macam tu?
Aku: Abis dah takde sapa jaga CP mana budak tu tau jalan. Saya pun jaga sorang-sorang.
Dia: Sepatut ngan siapa?
Aku: Faizely.
Dia: Mana dia?
Aku: Ntah, (ok skang dah tahu.. tapi dialognye masih ntah.. takle tukar. PEACE) bukan dia sorang je takde, banyak lagi CP takde orang, CP pertama lagi dorang dah sesat.
Dia: Eh takdela, kan yang lain selamat je sampai.
Aku: Ni batch pertama, takde orang jaga, pengawas pergi makan, Cikgu ntah kemana.
Dia: Mungkin yang pertama cikgu lum standby.
Aku: KALAU BELUM STANDBY APASAL LEPAS BUDAK? (tembak)
Dia: Diam...
Aku: Cikgu tau tak kat dalam-dalam tu bebudak follow motor marshal je bukan ada orang jaga CP pun? (tembak lagi)
Dia: Diam
Aku: Kalau belum ready baik tak payah buat.
Dia: Diam
Aku: Budak perempuan tu nak bagitahu pengetua apa yang jadi.
Dia: Esok kalau pengetua tanya kamu jawab.
Aku: (Bila masa aku jadi PK KOKU?)
Dia: Diam, punch-out
(macam ni la lebih-kurang, mungkin ada lebih, mungkin ada yang terkurang)

Pengajaran:
  • jangan cepat menilai orang
  • jangan buat kerja separuh jalan.
  • jangan assume itu ini.. sila PASTIKAN!
  • jangan salah 'pijak' kaki orang, terutamanya kaki aku, sebab kaki aku suka balas balik, sambil pakai 'spike'.
P/S: Aku 100% yakin esok aku kena panggil ngan pengetua sebab sessi basuh PK Koku tadi, tapi peduli apa aku. Memang dia buat kerja separa siap.. Pembetulan, bukan separa, 1/1000000 siap. Nasib budak tu tak kena rogol (kan?). Nasib Indon hati mulia (kan?)


CIKGUKEKAU MAKCIK?

9 comments:

SariJasri said...

issshhhh.. mmg dahsyat dan suspen... syukur bdk tu selamat. Mmg terukmakcik tu..

FriDay dA FourtH said...

Tu la.. Dari awal memang nampak persediaan tak "kemas". Polis tak di maklum, track kurang label.. tapi nak buat jugak.. Kang cakap banyak kata cikgu baru pindah tapi banyak hal.. susah betul.

rohazliza ramlee said...

aku rs kat sekolah mn2, ada je yg cgu excape dr CP..itu yg escape..xkurang gak yg xmuncul2 smpai ke sudah..kat sekolah aku pun xtkecuali..mmg syukur sgt budak tu xdi rape ke apa2 ke..klu x, glamer r sekolah ko nti..kah3x..aku pun leh la ckp kat kwn2 aku yg sekolah yg tlibat tu sekolah kwn aku..yihaaa..aku leh tumpang glamer..hehhe..apa pun, doakan supaya budak tu xkata ko yg "rebahkan" dia..hihihi..ini kita cabaran s seorg cgu lelaki..teruskan usaha murni anda ya (wlaupun dak Eff ni xselalunya murniii)..hehehe

Anonymous said...

alahai..xder track lain ke nk direntas??kot jumpe spesis mcm yg ko citer tu..xpe la jugak..klu la dpt kat org yg xbetul..fuh!!bukan nyamuk jer "kenyang"...sib baik bukan ank2 aku..

FriDay dA FourtH said...

@Anonymous (walaupun aku tau ko sape.. haha)

betul-betul.. tunggu tahun depan (tapi aku harap aku da pindah) ada peningkatan ke tak dari segi penganjuran.. kalau tak aku nak sorok sorang dua bagi dorang ni cuak.. haha

Anonymous said...

assalamualaikum... aku baru terjumpa blog ko ni... so... aku nak menjelaskan semula keadaan... pada hari merentas desa tu aku kena hadiri mensyuarat data di jabatan.. aku dah bgtau s/u sukan utk cari pengganti... tp nampaknya tak dicari.. rasanya aku pun dah bgtau kat ko 2/3 hari sebelum tu.. harap maklum...faizely..

FriDay dA FourtH said...

@anonymous a.k.a Faizely..

Yeah aku tahu lepas a few days rentas desa.. sebab Cikgu sarina tanya directly kat ko masa kat kantin. Isnin + Selasa aku MC, wednesday rentas desa baru aku datang so memang tak tahu apa2 pasal tu.. n Cikgu Sarina sendiri tanya ko mana which means dia pun tak tahu.. Tapi ni entri lama la.... dah tak kesah pun :p

Anonymous said...

ya... baru aku teringat aku ada cari ko masa hari2 ko mc tu.. sebenaqnya aku ada bgtau kakak ko aku ada meeting.. dia yg suh aku bgtau s/u utk cari pengganti... tup..tup aku baca entri ko... dia tanya pulak aku kat mana...tp semua org pun phm dia mmg mcm tu.. so.. aku mintak ko clearkan nama aku blk.. bila aku baca kat atas tu.. rasa mcm aku 1 of the bad person kat sini... rasa x sedap bila ada kwn2 kita baca ke... kwn2 ko baca ke...

FriDay dA FourtH said...

@Anonymous a.k.a Faizley.. Ok ok.. telah di clearkan. By the way. Sorry la kalau rasa seperti one of the bad person.
Aku cuma tulis apa yang berlaku ;)
Tidak mahu meng-bad person kan sesapa.
P/s: waktu ni pun aku lum kenal sangat ko atau mana2 cikgu lelaki kecuali Shuhaib n Anuar.. entri lama bro..