Readers

Friday, August 12, 2011

Iklan: Penjaga Hamster Diperlukan.

Apa kes? Aku dapat panggilan telefon daripada seseorang bernama Well Naufal Celltone harini.  Bunyi suara sangat sedih. Membuatkan jantung sedikit laju. Sebab 6 hari sebelum ini, dia  pernah mengejutkan dunia aku dengan sms yang berbaur sedih yang dia tak dapat nak datang ke Semenanjung atas sebab-sebab yang tak dapat dinyatakan disini. (tapi dah selesai.. Alhamdulillah) Tapi kalini ni dia call pula. Jadi otak aku yang ligat berfikir ni cepat mentafsir ada perkara lebih besar daripada kes sms haritu.  Jeng-jeng-jeng!! (sila buat muka cemas)

Rupa-rupanya senarai penempatan PLKN kumpulan 3 dah keluar.

Kat Sibu je pun, Ok la. Suruh daftar Semenanjung tak nak :p

Tapi bukan ni yang disedihkan, tapi sebab kena tinggalkan 2 ekor hamster yang dah gemok dan bulat kat rumah dan takde siapa-siapa jaga.  Kalau dengar conversation antara aku dengan Well ni tadi memang syahdu, dia dah fikir pelbagai alternatif tapi tak berjaya.



Conversation di bawah benar-benar berlaku.Harap maklom

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kalau bagi Alex jaga?
-nanti dia sibuk kerja tak sempat nak bagi mandi.

Kalau bagi O'ol?
-nanti dia picit sampai mati -\(0.o)/-

Kalau bagi Cikgu Siti?
-dia perempuan, perempuan geli pegang hamster.

Kalau bagi Cikgu Hannan?
-Cikgu Hannan bukan perempuan ke? (aku gak yang salah)


Kalau Cikgu Zamri? 
-Dia tak minat. (kalau dia minat pun aku tak yakin.. 2 hari sure kiok.. haha)


Lepaskan kat hutan belakang? 
-Kucing makan.


Lepaskan kat hutan belakang lepas sungai yang kita mandi tu. Situ dah takde kucing? 
-Hamster tak le berenang (aku rasa dia pikir hamster ni nak datang balik kot? Bijak jugak)


Pastu tak disangka-sangka.. soalan bonus..

-Kalau saya bawak naik belon macam mana?
Erk? (cepat-cepat cari idea) Tak boleh kot? Nanti meletop. (aku dok membayangkan hamster dia yang bulat tu mengembang dan meletop dalam flight, kartun sungguh. Tak tahu kenapa aku bagi reason ni. Mungkin sebab aku penat dan malas nak terangkan pasal prosedur membawa haiwan-haiwan dari Sarawak ke Semenanjung yang aku juga samar-samar sebenarnya)


-Tapi, hamster ni tikus BELANDA kan? Macam mana dia datang Malaysia dulu? Naik belon jugak kan?
Entah le Well. (pendek dan penuh rasa bersalah)



-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=



Pastu dia ada mengeluh yang kalau aku ada sana boleh juga dia tinggalkan kat rumah aku sepanjang tempoh PLKN dia (sedey).  

Alternatif terakhir aku ialah aku suruh dia jual kat petshop kat Kapit tu. Kalau ada jodoh rezeki, balik PLKN hamster tu masih kat sana dan dia boleh beli balik. Kalau tak, anggaplah yang hamster tu dah ada penjaga yang baru. (Kan?)

Baik budak ni. Pasal hamster pun nak sedih....

CikguKeAku? Juga seorang kaunselor dan penyelesai masalah (kot?)

P/S: Ada ke patot nama sekor hamster tu F?? Sekor lagi? Rahsia.. Bengong punya Well!!




.:Kemaskini:. (19/08/2011)

Well bagitahu kakak dia ada terbaca komen-komen FB link yang menjangkau 80++ feedbacks yang aku letak di FB aku.  Melihat kepada keprihatinan (dan kekejaman) kawan-kawan yang ingin membantu (dan mendera) hamster-hamster tu, akhirnya kakak dia ambil keputusan untuk tolong jaga sementara dia berbakti kepada negara ber-PLKN. Misi tercapai!!

1 comment:

SariJasri said...

ohhh...iya ke....lega...kesian jugak kalau tak ada yg nak jaga. Btw..sugar glider yg sekor tu...sihat sejahtera. Cute dan comel. Cuma akak geli nak pegang but suka tgk dia lonjat dan glide sana sini..