Readers

Wednesday, August 10, 2011

Mari Menjadi Agen Transformasi

*Couldn't care less 
definition = it would be impossible to care less than a person does because he/she does not care at all.

Geram ah!.. Masih nak komplen. (Sorry. Can't help it) Walaupun dah janji akan cuba menerima dengan apa adanya.

Ada benda buat aku menyirap hari ni. Pasal yang melibatkan kerja la.

NOMBOR SATU

Harini bebudak dah mula exam, aku kena mengawas kelas depan (kelas pandai.. tanda soal harus ada di sini). Jadi aku mengawaslah dengan dedikasi  (read: poyo). Habis exam, kutip kertas. Tunggu untuk ujian seterusnya bermula.

Budak A: Cikgu lepas ni exam apa?

Aku: Mana jadual? Takkan tak tahu jadual?

Budak A: Ntah, dorang janji nak fotostat, tapi takde.

Aku: Abis tak tahu jadual, malam tadi tak study?

Budak A: ........................ (sila masukkan bunyi cengkerik)

Budak B: Eh, pas ni Geografi la.

Aku: ............................... (sila masukkan bunyi harimau cengkerik sekali lagi) lantak korang le. 

Lepas 15 minit, aku edar kertas soalan BAHASA INGGERIS

Budak A+B+C+D dsb: Eh BI ke? Ingat Geografi bla-bla-bla (sila masukkan bunyi macam dekat pasar jual sayur)

Aku: Entah apa-apa la kamu ni, nama je kelas depan, kelas pandai! Jadual exam pun tak tahu, You guys and your couldn't care less attitude will surely bring you nowhere.. 7 tahun mengajar dari Kedah, Selangor, Sarawak tak pernah lagi jumpa budak-budak kelas DEPAN yang perangai macam ni.. Bla-bla-pung-pang-tong-treng bebel-bebel-bebel...

Budak-budak: .............. (sila masukkan bunyi cengkerik sambil gaya muka macam cengkerik kena sembelit)

Ya betul. situasi di atas boleh di elakkan jika aku terus jawab 

"Kejap lagi kertas Bahasa Inggeris wahai sayang intan payung buluh perindu Cikgu. Meh sini Cikgu asahkan pensel meh.  Ala cayang bucuk-bucuk, pensel tompol ye?". 

TETAPI, kalau macam tu sampai bila budak-budak ni tak kan berubah, kan? Takkan la tak tahu jadual peperiksaan? Kalau tak tahu... maknanya tak buat ulangkaji la.

Aku takkan jadi tukang komplen (sahaja).. Nak jadi agen transformasi. Sesuatu perlu dilakukan.



NOMBOR DUA.

Budak Melayu (pastinya Islam) pakai bra baju dalam (pastinya perempuan) tanpa pakai anak baju a.k.a camisole. Lepastu asyik angkat-angkat ekor tudung belakang. Material kain baju dia tu pulak memang nipis gila macam kain sheer pulak. (aku rasa cam nak je amik pic dia tayang kat sini).. Punyela jelas nampak apa yang kat dalam, macam tengok softporn dah (Apa itu softporn??).

Yang ni nak salahkan sapa ye? Cikgu ke yang tak tegur budak perempuan tu atau makbapak yang tak kesah anak-anak pakai apa waktu keluar rumah? Jadi sebagai agen perubahan.. (bukan kaki komplen semata) aku sms cikgu kelas dia (kaum Hawa) supaya tolong tegur sebelum sesuatu yang tak baik terjadi.. Ye la.. benda-benda macam ni boleh manjadi permulaan kepada bermacam-macam perkara. Tengok je la berita pelik-pelik kat suratkhabar sekarang. 

Pahala puasa aku pun tinggal sekerat. Sebab waktu exam meja guru letak kat belakang. Jadi memang cuci sakit mata la tengok.

CikguKeAku? Ya.. Dan juga agen 007 transformasi.

.:Kemaskini:.

Aku kena masuk sekali lagi kelas tu pukul 12:40. Gantikan cikgu yang berkursus. Pukul 12:55 ada satu lagi  exam paper. Tahu ada segelintir pelajar kelas tu tengah buat apa?

MAIN DAM AJI!! dan BACA KOMIK!!

Memang dah pandai-pandai budak sekolah ni. Tak payah ulangkaji. RESPECT!!

.:Kemaskini kali ke-2:.

Aku masuk kelas yang sama harini (12/11/11) dan suruh dorang balik tanya samada parents dorang tahu tak dorang ni Tingkatan 2 apa? Atau pun kalau lebih parah, tahu tak yang sedang menuntut dalam tingkatan berapa?  Aku cakap:

"Kalau parents kamu tak tahu nak jawab atau salah bagi jawapan, sila jalan hentak-hentak kaki menuju ke bilik dan totop pintu kuat-kuat sambil meraung kerana itu petanda mak bapak kamu pun ada attitude problem yang sama.. They too couldn't care less about you"


(aku pernah beberapa kali berhadapan situasi terserempak makbapak yang cari anak kat sekolah. Tapi bila tanya tingkatan berapa... surprise!! Dorang tak tahu).


CikguKeAku? Yes. And I am trying my best to knock some sense into my students' hard heads.


P/S: Kepada para pelajar sekalian. Sila paham, marah bukan bererti tak sayang/suka. Kalau Cikgu tak tegur, mak bapak tak kesah, siapa lagi? Masa depan ditangan anda.

2 comments:

azmi said...

apa yg ko buat tu btul sgt2... truskan jer tegur mana yg x btul....

FriDay dA FourtH said...

@azmi

:p terimakasey support.. Aku geram kat member2 aku.. Sebok komen kat FB link blog ni.. tapi kat sini dorang diam (mau makan orang)