Readers

Monday, October 24, 2011

Surat Terbuka Untuk Cikgu 'Itu'


Assalammualaikum cikgu..

Saya ada beberapa perkara nak bagitahu supaya jelas, mujurlah line internet tak berapa clear dua-tiga hari ni, kalau tak mesti surat terbuka ni penuh dengan maki-hamun sebab saya tak berapa puas hati (sebab darah muda masih panas).  Oleh kerana kes dah sejuk, saya cuba tulis dengan sopan santun (Cuba).

Cikgu tak patut terus jumpa dengan pihak atasan dan merengek mengadu bahawa cikgu terpaksa menjaga tingkatan 3  dari pagi sampai habis waktu persekolahan. (Ok-ok, mungkin itu hak cikgu untuk  mengadu)  TETAPI sangat Joyah melampau bila cikgu boleh pulak tambah cakap yang cikgu yang sepatutnya incharge (Aku) ada melepak dan borak-borak kat bilik guru.  Haha (gelak sinis). Lawakla cikgu, sebab seingat saya, saya memang berkobar-kobar nak jaga bebudak pasca-PMR tu. Buktinya; awal pagi lagi sebelum kelas pertama bermula saya dah jumpa cikgu untuk discuss apa aktiviti yang perlu dilakukan memandangkan dah takde exam (PMR dah habis). Bukanlah saya totally ignored perkara yang sepatutnya saya lakukan. Betul tak? Kalau saya langsung tak tunjuk muka @ minat itu lain cerita.  Cikgu dialu-alukan untuk mengadu saya tak beri kerjasama. Kalau saya buat macam tu, nak pergi buat aduan di PPD terus pun saya alu-alukan (untung-untung cikgu naik pangkat, boleh buat majlis sent-off).   

Saya sangat terkejut bila cikgu cakap saya kena fikirkan sendiri apa program yang nak dibuat walhal bila saya lihat kertas kerja yang telah tersedia, seolah-olah setiap panitia sudah merangka program masing-masing (Wah, terkejutnya saya! Muka terkejut nih).  Rupa-rupanya di atas kertas sahaja.

Ok berbalik kepada tujuan asal, sebenarnya pada hari tersebut saya memang telah di'bebas'kan daripada menjaga mana-mana kelas (bahasa sekolahnya relief) supaya saya dapat membantu menguruskan pelajar pasca-PMR, TETAPI relief itu dibatalkan pada saat akhir tanpa saya ketahui pada awalnya. Bermaksud, saya kena kembali menjaga kelas yang mana peperiksaan sedang berlangsung. Saya ada bertanya kenapa relief tersebut dibatalkan dan jawapannya ialah pelajar pasca-PMR tidak ramai yang hadir dan tidak perlu guru tambahan untuk menjaga. Oleh kerana saya mendapat tahu hal ini pada minit-minit terakhir, (sila bayangkan, nak pergi jaga budak exam, kertas exam tak ambik lagi sebab ingatkan tak payah jaga, so ada sedikit kalut) saya masih sempat menghantar sms kepada seorang lagi guru yang sama-sama akan menguruskan pelajar pasca dengan saya.  Mesej yang saya masih simpan itu berbunyi:

"Salam. A$^^@, saya tak dapat nak jaga bebudak f3 arini, relief batal. Pejabat cakap f3 tak ramai so tak payah banyak2 cikgu.  Sorry. Kalau ada sesapa tanya tolong bagitau ek?"

Dan mesej itu dibalas "Ok2" (Bagus cikgu ni, tak banyak songeh, walaupun dia seorang perempuan)

Betapa sangat-sangat terguris hati (made out of crystal) saya apabila keesokan harinya ketika perhimpunan pagi, PK HEM secara umumnya menempelak menasihatkan supaya guru-guru yang sepatutnya menguruskan tingkatan 3 tidak mengabaikan tanggungjawab tersebut.  Dan yang paling &$%%$ (ayat vulgar, sila imagine sahaja sebab blog ini turut dibaca oleh kanak-kanak) bila PK HEM menyebut,

"Saya tak mahu ada laporan lagi dari Joyah guru yang mengatakan mereka menjaga dari pagi hingga waktu balik sedangkan guru yang sepatutnya menguruskan pelajar tersebut berada di bilik guru dan berbual kosong"

Bayangkan perasaan saya ketika itu (mungkin sama dengan perasaan cikgu jika cikgu membaca surat terbuka ini, jadi kita seri). Sangat *&^%&!! (sila bayangkan sekali lagi). Saya sedar cikgu ada menjengah ke bilik guru ketika saya baru sahaja habis menjaga peperiksaan 4 waktu berturut-turut.  Baru nak melabuhkan ponggong cikgu.  Itu satu-satunya masa senggang saya! &#%$!!. Bukankah lebih baik jika cikgu terus bertanya kepada saya pada waktu itu (daripada bermain skodeng), atau pun bertanya pada seorang lagi cikgu yang saya telah hantar sms tu? Kenapa? Kenapa?

Adakah tujuan cikgu nak menunjuk-kan bahawa cikgu seseorang guru yang berdedikasi dan guru-guru yang lain semuanya below par?

Berani kerana bengang benar cikgu, kerana rasa terkilan saya itu, saya sedaya upaya mendapatkan senarai relief pada hari kejadian untuk di tunjukkan pada PK HEM supaya nama saya tidak menjadi busuk. Saya telah menjelaskan keadaan sebenar dimana relief saya dibatalkan.  Walaupun PK HEM cuba menjadi mediator yang baik dengan mengatakan bahawa tegurannya adalah umum, saya terlebih dahulu mengatakan kekecewaan saya terhadap guru yang terus merengek tanpa usul periksa dan PK HEM berjanji akan menyampaikan maklumat yang baru diketahuinya ini kepada perengek pengadu. Walaupun saya sedikit berpuas hati, tanggapan saya terhadap cikgu telah berubah dari saat itu. Dan saya pasti akan lebih berhati-hati.


Dan cikgu.. izinkan saya membanggakan diri sendiri dalam surat terbuka ini..


Saya merupakan penerima APC untuk tahun 2008, 
Mari menunjuk-nunjuk
  • bukan kerana sekolah lama saya merupakan SKM (Sekolah Kurang Murid),SMK Kapit 2 ada > 900 pelajar 
Ini sekolah saya SMK KAPIT 2.. Cantikkan? Takkan sekolah macam ni SKM??!! (photo by Daryl Peter)
  • bukan kerana staffnya tidak ramai (guru sahaja >70 orang)
  • bukan kerana saya kaki kipas (saya sentiasa haluan kiri hahaha)
  • dan sudah pastinya bukan kerana "Ala, kat Sarawak memang senang nak dapat"


tetapi sebab..
  • saya (selaku ketua jurulatih olahraga BAHAGIAN Kapit, Ulang suara KETUA untuk BAHAGIAN!!) dan rakan-rakan seperjuangan berjaya menaikkan ranking bahagian Kapit yang bertahun-tahun berada dikedudukan corot atau kedua corot ke kedudukan tempat ke-6 daripada sebelas bahagian yang bertanding. (Sarawak ada sebelas Bahagian semuanya)


Under 13 Category -Sarikei Stadium 2008
    Bala tentera Bahagian Kapit, Under 18 Category -Sri Aman Stadium 2008
    Jadi jurulatih dan juga menjadi peserta.. 4x100m
    (aku master dalam pertukaran baton.. hahahah -lawak hanya kawan-kawan rapat yang mengerti)
Jumpa tak nama gua? Ketua Jurulatih tu (mari menunjuk-nunjuk lagi)

      • saya dan rakan-rakan membawa pelajar mewakili Sarawak ke pertandingan Memasak Peringkat KEBANGSAAN anjuran Maggi di Kelantan pada 2007.
      Yang ini saya akui bukan usaha saya pada awalnya, tetiba selepas diberi tugas kami bekerja keras.. Hahaha!

      • saya dan rakan-rakan berjaya menjadikan team drama Kapit2 terpilih mewakili Kapit 3 tahun berturut-turut dan mendapat pencapaian membanggakan pada 2007 (hasil inisiatif pelajar yang mahu belajar dan rela berlatih hingga ke pagi).
      Miss you guys (& cikgu Velu too hehe)

        Kena pandai mengajar dan sendiri kena belajar (tengah berteater ni)
      • saya dan rakan-rakan berjaya menjadikan pasukan bola baling Kapit2 satu pasukan yang di geruni (hasil berkat gigih pemain-pemain yang sangat berdisiplin).
      Continue the Legacy!!
      (Kenapa aku berlagak sangat ni? Kerek gila. 
      Minta maaf banyak-banyak.
      Adalah sebab-sebabnya yang tersirat)


      TETAPI, satu perkara yang saya tidak dapat nafikan, semua ini saya tidak akan dapat capai tanpa sokongan rakan-rakan seperjuangan yang sering membantu semampu mereka pada setiap masa dan ketika (aku rindu korang especially team track n field coaches 2007, . huhu!)  tanpa sekelumit perasaan cemburu dan irihati. Juga berkat usaha pelajar yang sangat bersemangat dan berdisiplin (saya rindu bebudak Kapit2 yang penuh semangat!!) untuk mengimpikan sesuatu yang dianggap mustahil sebelumnya. Tidak dilupakan juga kepercayaan, dorongan dan keyakinan yang diberikan oleh Pengetua, para pentadbir dan bantuan guru-guru senior kepada guru-guru baru (waktu di Kapit 2 la) seperti saya.

      Kesimpulannya;

      Walaupun saya masih dalam proses pembelajaran, (Pelajaran adalah sesuatu yang berlangsung sepanjang hayat dan oleh kerana saya masih bernafas, saya masih belajar) saya bukanlah cikgu baru yang sangat naif dan boleh diperkotak-katikkan. Ada kemungkinan saya lebih hebat dari cikgu (mari muntah darah beramai-ramai). Maka, adalah sangat besar harapan saya sekiranya cikgu dapat memahami perasaan saya dan menjiwai hati sanubari mana-mana guru lain daripada sudut yang berbeza. Itu sahaja. Sekian.


      Yang benar,
      CikguKeAku



      P/S: Ok. aku bagitahu (this is only the tip of an iceberg) kenapa aku berlagak. Sebab ramai yang kekwat, berlagak dan tunjuk bagus (jadi aku pun nak cuba jugak. Nak tahu best sangat ke?).  Padahal kita semua sama saja. Seorang guru/pendidik yang ditugaskan membimbing pelajar supaya dapat mendalami dan mempelajari sesuatu yang baru dan berguna untuk kehidupan mereka. Tapi, sebaliknya daripada melakukan tugas mendidik ini, ramai yang cuba mencari kesalahan orang lain, dan semacam ada yang tak berpuas hati dengan guru baru/muda. Padahal kesilapan dilakukan oleh GURU.. Tak kesahla tua, muda, baru, lama.. What is your problem actually?

      Walhal, ada cikgu LAMA/TUA tak pernah sekalipun jenguk kelab dan persatuan, tak pernah turut serta turun padang program 1murid 1sukan, tak masuk kelas, halau budak keluar and then end up pergi minom kat kantin sebab sorang pun dah takde nak di ajar... Tapi sikit-sikit cikgu baru, apa yang negatif semua yang baru. Please... Don't be sooooooooooooo insecure..We are not going to take over your place.  We are hoping to learn something from you guys.  Tetapi masalahnya, bila kita terlalu banyak tanya, ditimbulkan pula isu kononnya cikgu BARU semua tak tahu bekerja. Aduh! Ditelan-diluah... sama saja.. 

      Jadi, itu sebabnya kami duduk dalam kelompok kami. Tapi, isu lain timbul..  "Cikgu baru tak pandai nak bergaul dengan senior bla-bla-bla.." 

      Pulak!!

      7 comments:

      Anonymous said...

      best..best..harap-harap cegu tu baca dan dapat pengajaran dari sini. and as muslim(i assume he/she is) cepat-cepatlah bertaubat. apa la yg nak dibanggakan tentang dunia yg sementara ni, cegu...ingat! kita akan disoal semuanya di akhirat nanti.
      F, hanging there...

      FriDay dA FourtH said...

      @Anonymous
      Thanks.. Tak berniat untuk mengajar sesapa. Cuma nak meluahkan rasa terkilan dan tak puas hati. People should know in the first place that it is hard to adjust to a new environment let alone having all the people putting all our actions under the microscope. Just stop putting label on us (so called guru baru/baru pindah). We are all teachers after all. Kan?

      Anonymous said...

      biasa la tuh cikgu.... aku pun sama camtu. tapi aku pasrah. Tuhan sentiasa mendengar rintihan kita.. kekadang terkesima la jugak. aku malas nak ambik port. buat kerja sendiri jer. Inilah dia pahit maung berkerja. Tak perlu tulis itu ini. Manusia tidak akan berhenti mencari masalah. dikurniakan lidah yang tiada tulang. Insyalaah semua usaha kita dicatatkan oleh para suruhan yang maha adil bukan nya dicatat oleh manusia yang penuh hina disisi Allah.


      3PEMANAH HEBAT

      FriDay dA FourtH said...

      @Anonymous a.k.a 3PEMANAH HEBAT (aku tau sapa kau haha)

      Betul. Aku sokong pandangan kau. Tapi macam aku katakan dalam entri pertama, blog ini adalah ruang dan peluang untuk aku meluahkan segala rasa yang terbuku dihati.Be it positive or negative. Samada sedar atau tak, benda ni penting untuk jadikan aku/manusia lebih stabil dari segi mental dan emosi (dan benda ni memang terbukti diperlukan... tengokla betapa kaya-raya nya pakar kaunseling a.k.a shrink kat luar sana. Dibayar beratus ringgit sejam untuk dengar luahan orang). Besides, atleast I can share my side of the story. Bukan semua orang pun nak dengar.. and same goes here. If someone wanna know they'll read on and if not, they not what to do. And oh.. I never mention the name of the school I worked coz the location didn't matter. It is what were going on in the Teachers' mind matter most.. ;) (which means aku takla menjatohkan nama sekolah)

      FriDay dA FourtH said...

      .. dan 3PemanahHebat, lengkali jangan galak sangat tekan butang publish tu banyak kali.. haha!
      Coz automatically blogger.com akan anggap ko seorang spammer. ada 3 comments yang sama and all of them masok dalam SPAM Folder. Nasib aku check.. Kalau tak dah hilang satu komen yang sangat bernas.

      Nway, thanks for the advice :)

      Cik Not-so-Cool said...

      then hopefully bila cikgu dah jadi cikgu senior, takdelah cikgu pun menganggap guru2 baru camtu jugak.. :)

      FriDay dA FourtH said...

      InsyaAllah.. Tahun baru dengan semangat baru :)