Poyo giler gambar nih. Macam pegang tiket 1st prize 4D :p |
Readers
Sunday, November 27, 2011
Puss in Boots
Going to GSC 1 Utama to watch Puss in Boots 3D.
Friday, November 25, 2011
Di Sebalik Realiti- Ong Kim Swee Marahkan Wartawan
Kadang-kadang bila kita dah terlalu selalu sangat dengan sesuatu perkara, kita tak sedar bahawa perkara itu salah dan memalukan.
Sama macam video di bawahni. Masa aku tengok siarannya di siaran berita, aku tak rasa apa-apa (mungkin di sebabkan aku selalu tengok rancangan pojok macam Melodi, Chopp!, Fuhh!, Galaksi dan lain-lain). Mungkin disebabkan aku dah biasa tengok wartawan memprovokasi. Jadi minda aku, wartawan = soalan membunuh. Sama macam sesetengah pemikiran sesetengah orang; Cikgu = Kerja Senang (Eh! Ter-sarcastic pulak). Rupa-rupanya media tempatan hanya siarkan sebahagian sahaja daripada temuramah dengan coach Ong Kim Swee. Dan aku bersetuju dengan setiap butir perkataan yang dilemparkan coach ini. Melihat riak wajah coach ini, pada mulanya dia sehabis baik cuba menjawab setiap provokasi yang dilemparkan, tetapi seperti setiap coach yang menyayangi dan memahami perit getir yang ditempuhi anak-anak buahnya, kesabaran ada hadnya, kan?
Pendekkan cerita, tengok saja klip ni. Tak ada bezanya dengan apa yang disiarkan di TV. Tapi sila tunggu hingga penghujung di mana coach Ong Kim Swee menibai wartawan dengan jaya sekali. Bagi aku.. wartawan tu memang tak beretika (atau mungkin juga selalu tengok rancangan pojok.)
Sila amati pada minit 3:15 ke atas. "Perbezaan mentaliti Indonesia dan Malaysia"
Aku rasa apa yang dia rasa (cewah). Masa Malaysia menang, aku sangat ghairah teruja. Dan rasa sedikit dejavu (ayat tak bleh tahan). Alhamdulillah aku juga pernah berpeluang merasai perasaan yang sama (mungkin skalanya lebih kecil tetapi perasaannya sama hebat!) beberapa kali Team Handball dan English Drama dapat johan. (Thanks guys! You know who you are). The moment was priceless!! And ain't nobody gonna rain on my parade. That for sure!
Kepada Mr. Ong Kim Swee. You've done a very good better best MARVELOUS job! Keep it up.
CikguKeAku: Sewaktu Malaysia menentang Syria, Team Malaysia masih terus bersorak hebat. WALAUPUN Malaysia telah kalah 0 berbalas 1. Satu peningkatan semangat dan mentaliti yang bagus dalam sukan bolasepak negara. Teruskan menyokong.
Tuesday, November 22, 2011
Monday, November 21, 2011
That's Life
Pelik. Beria-ia cari, search, google, pastu dah jumpa, tak puas hati pulak..
Who asked you to search for CikguKeAku in the first place?
Who asked you to search for CikguKeAku in the first place?
Dejavu
Aku harap yang terbaik akan menang malam ni. (Jawapan yang sangat neutral hahaha)
P/S: Kepada yang
Thursday, November 17, 2011
Harimau vs Garuda = Kampung Halaman vs Padang Belalang
All the best for both teams |
Mum is Indonesian, so was Dad, and sisters and brother too... Me?
Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Kan?
Tuesday, November 15, 2011
Systematically Unsystematic
What the frog!!?
Selama ni jaga exam tak pernah sakit kaki macam gini.
Mesti sebab takde makanan disediakan menyebabkan urat kaki aku menegang. (ada kaitan ke?)
Yang lawak sedikit harini, bebudak calon SPM ni panggil aku 'abang' (mari muntah darah beramai-ramai). Hahaha.. Mesti diorang tak tahu (Cikgu tak bagitahu) yang Pengawas SPM ni pun Cikgu gak.
"Sorry Bang lambat, hari hujan."
"Bang, nak pi tandas."
Ingat nak explain, tapi takpela.. atleast diorang tak panggil aku Acik/Pakcik. Perasan Terasa muda sekejap.
Hmmm... Will blog about how Sarawak system different from Melaka system in handling SPM. (No prize in guessing which one is more organize)
Nak tido. Sakit kaki.. tomorrow is a new loooong day; standing.
Sunday, November 13, 2011
Siap Pada Minit Terakhir (as usual)
Alhamdulillah, siap juga Photobook aku. Kalau tak siap memang rugila. Redemption dia berakhir 14 Nov 2011 tepat pukul 0000 dan nak meng-upload-nya saja dah makan lebih kurang 3 jam (uninterupted connection).. Fuh!
Biasalah aku a.k.a The Greatest Hiprocrite Procrastinator. Dah last minute baru nak design itu ini. Dan atas dasar mengekalkan traits yang terkenal yang perlu dipunyai mana-mana penangguh kerja;
lakukan kerja saat akhir tetapi mengharapkan hasil yang tip-top (which is true)
Jadi aku kena siapkan 40 muka surat gambar untuk dijadikan Photobook. Proses dia jadi lambat sebab konon-kononnya:
- nak tunggu gambar Aidilfitri yang cantik-cantik
modelnyakomposisinya. - nak tunggu ambil gambar yang lebih
hawt'decent. - nak tunggu editing dengan pic editor.
- nak ambil profile pic sendiri so boleh buat portfolio (aku sangat perasan model.. hahaha)
- nak tunggu kurus sikit supaya point no. 4 dapat dilaksanakan.
- nak tunggu buat 10 jenis resipi supaya photobook ini boleh jadi photo cum recipe book.
- nak tunggu last minute sebab aku nak kekalkan title The Greatest Procrastinator.. LOL
Tapi selepas lebih 12 jam, (berhenti-henti, bukan straight 12 jam, Gilo!) terhasillah komposisi pictures seperti di bawah:
Satu daripada travelling photo |
Well @ A Famosa, Melaka (boleh jadi 'bahan' berlagak kat history teacher dia) |
Celebrating victory; a must for Photobook's memory ;) |
Pantai Feringghi |
Background pic tu sangat cantik, aku terpaksa drive tengah-tengah to get that composition. |
Cupcake Baking Session yang sangat |
BBQ nite, gambar yang tak pernah aku publish before; sad. |
Seperti biasa, mesti ada sehelai page untuk mem-poyo-kan diri. Haha! |
Banyak lagi gambar-gambar yang poyo-poyo menarik hati. Ok lah, not bad juga memandangkan semua gambar di ambil hanya menggunakan kamera Panasonic Lumix DMC F2 aku yang berharga kurang RM300. Tiada apa-apa yang fancy pun.
Jadi 10 hari dari sekarang, aku akan menunggu incik Posmen dengan hati berbunga untuk dapatkan Photobook aku. Dan terimakasih kepada Photobookmart.com.my sebab bagi aku try Photobook nih.. TQ ye.
CikguKeAku? Dan juga camera/photo addict.
Subscribe to:
Posts (Atom)