Readers

Friday, November 25, 2011

Di Sebalik Realiti- Ong Kim Swee Marahkan Wartawan

Kadang-kadang bila kita dah terlalu selalu sangat dengan sesuatu perkara, kita tak sedar bahawa perkara itu salah dan memalukan.  

Sama macam video di bawahni. Masa aku tengok siarannya di siaran berita, aku tak rasa apa-apa (mungkin di sebabkan aku selalu tengok rancangan pojok macam Melodi, Chopp!, Fuhh!, Galaksi dan lain-lain). Mungkin disebabkan aku dah biasa tengok wartawan memprovokasi. Jadi minda aku, wartawan = soalan membunuh. Sama macam sesetengah pemikiran sesetengah orang; Cikgu = Kerja Senang (Eh! Ter-sarcastic pulak). Rupa-rupanya media tempatan hanya siarkan sebahagian sahaja daripada temuramah dengan coach Ong Kim Swee. Dan aku bersetuju dengan setiap butir perkataan yang dilemparkan coach ini.  Melihat riak wajah coach ini, pada  mulanya dia sehabis baik cuba menjawab setiap provokasi yang dilemparkan, tetapi seperti setiap coach yang menyayangi dan memahami perit getir yang ditempuhi anak-anak buahnya, kesabaran ada hadnya, kan?

Pendekkan cerita, tengok saja klip ni. Tak ada bezanya dengan apa yang disiarkan di TV. Tapi sila tunggu hingga penghujung di mana coach Ong Kim Swee menibai wartawan dengan jaya sekali. Bagi aku.. wartawan tu memang tak beretika (atau mungkin juga selalu tengok rancangan pojok.)

Sila amati pada  minit 3:15 ke atas. "Perbezaan mentaliti Indonesia dan Malaysia"


Aku rasa apa yang dia rasa (cewah).  Masa Malaysia menang, aku sangat ghairah teruja. Dan rasa sedikit dejavu (ayat tak bleh tahan). Alhamdulillah aku juga pernah berpeluang merasai perasaan yang sama (mungkin skalanya lebih kecil tetapi perasaannya sama hebat!) beberapa kali Team Handball dan English Drama dapat johan. (Thanks guys! You know who you are). The moment was priceless!! And ain't nobody gonna rain on my parade. That for sure!

Kepada Mr. Ong Kim Swee. You've done a very good better best MARVELOUS job! Keep it up.

CikguKeAku:   Sewaktu Malaysia menentang Syria, Team Malaysia masih terus bersorak hebat. WALAUPUN Malaysia telah kalah 0 berbalas 1. Satu peningkatan semangat dan mentaliti yang bagus dalam sukan bolasepak negara. Teruskan menyokong.


2 comments:

Unknown said...

padan muka wartawan tu. puas hati aku...hahaha!

FriDay dA FourtH said...

@Unknown

Hahaha.. Aku pun fikir macam tu jugak, tapi reporter jugak yang menang sebab dia tak siarkan video penuh kat TV. Tau jugak malu. :)