Readers

Monday, May 7, 2012

Mari Ternak Anak

Ada seorang bapak datang sekolah. Kebetulan lalu depan bilik guru.  Nak jumpa anak.

Aku: Anak abang nama apa?
Dia: Nur Fithri
Aku: Tingkatan baper?
Dia: Tingkatan 4 (kompiden)
Aku: Nama penuh?
Dia: Nur Fithri Nadhirah
Aku: (rasa macam kenal) Tingkatan 4 apa bang?
Dia: Errr... tak pasti
Aku: Kalau Nur Fithri Nadhirah Mohd Ali ada la, tapi tingkatan 3
Dia:  Ha. Betulla tu.. Kat mana kelas dia?
Aku: Tingkatan 3 apa? (aku tahu dia kompem tak tahu... saje nak bagi malu makbapak yang macam ni)
Dia: .......... (senyum)
Aku: Dia kalau tak silap tingkatan 3A3. Saya ada ajar dia tahun lepas.  Kelas dia kat blok sana.
Dia: Terima kasih cikgu (blah)

KALAU setakat tak tahu anak dalam kelas 3 Duodenum ke.. 3 Rektum ke.. 3 Esofagus ke.. aku masih boleh terima (sedikit).  Tapi tak tahu anak tingkatan 3 atau 4 atau 5?? Apa la yang diorang ni buat kat rumah ye?

Sorri ye.. bagi aku ni makbapak sudah failed!!

P/S: Aku dah hilang harapan dengan situasi kat sini.....



Saya Suka! Saya Suka!



Pagi ni aku sampai sekolah lambat.  Punch-card pukul 0735. MERAH!! Pengetua dah menanti dan tanya kenapa lambat.  Aku pun minta maaf dan bagitahu sebab apa aku lambat..

"Maaf cikgu. Hujan lebat dan ada lori bawak muatan pembetung jalan, saya terpaksa follow dari belakang."

Tak kesahla kalau dia nak percaya atau tak tapi gesture-nya memang buat aku sakit hati.  Dia tanya soalan lepas tu langsung tak pandang dan tak beri apa-apa respon. Aku macam WTF?!! Berdiri kat situ cam tunggol. Tolong la belajar cara berkomunikasi dengan orang ye.

Aku selalunya keluar rumah dah awal, tapi memang lori banyak area sana dan aku tak sanggup nak memandu secara berbahaya semata-mata nak sampai sebelum 7:20.  Students here doesn't deserved that kind of sacrifices from me.  (sila la kutuk aku.. aku tak kesah pun, mengajar kat sini dulu pastu kita sembang)

Ok abis cerita aku bengang pagi tadi.

Saya suka! Saya suka!


Dialog diatas adalah ihsan dari Susanti dari cerita Upin & Ipin.
Aku suka bila ada orang luar yang sama pendirian macam aku.  Nampak dah sekarang apa yang selama ni aku bebelkan memang dah terbukti.  Meh sini aku nak quote entri blog aku pada 24 Januari 2011, 24 hari selepas aku berpindah ke sekolah ni:

Waktu assembly dah dapat dilihat betapa couldn't be bothered-nya cikgu-cikgu kat sekolah ni. Budak-budak bercakap, bertepuk tampar, tolak menolak (obviously) takde siapa pun tegur, everybody is doing their own thing.

Entri penuhnya ada sini:



Jadi siapakah empunya gerangan yang bersetuju dengan statement yang aku buat setahun yang lampau

Tak lain dan tak bukan, Inspektor Amir, inspektor polis yang menjaga kebajikan dan disiplin pelajar sekolah ni.  

Sebenarnya, harini ada majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2012. Jadi macam biasa pihak polis akan dipanggil sebagai perasmi. 

Masa majlis berlangsung, pengetua aku pun bagi ucapan alu-aluan dan seperti biasa ADAT RESAM sekolah aku ni, budak-budak bukan dengar pun. 

Tiba masa Inspektor Amir ni bercakap... Dia mula naik angin.  Sebab? Dia marah budak-budak langsung tak dengar apa yang diperkatakan oleh pengetua tadi.. Marah bukan kepalang.. Inspektor Amir MARAH bagi pihak pengetua.. Lawakkan? Lawak yang makan dalam. Terus tak jadi bagi ceramah pasal jenayah, katanya sebab jenayah sedang berlaku di depan mata. (bagi aku, ada maksud tersiratnya; jenayah yang berlaku ialah kebutaan/ketuliaan/kebisuaan cikgu sekolah ni, termasuk aku dalam melihat dan menangani masalah pelajar)


Dia siap herdik budak:

"pengetua berucap takde siapa yang peduli, kamu semua tak tahu hormat pengetua, kalau pengetua pun kamu tak hormat, apatah lagi cikgu-cikgu lain. Kurang ajar!"

Aku sendiri sebagai pencacai guru biasa kat sekolah tu dah rasa malu,  rasa macam dah gagal dalam tugas, Tak tahulah kalau pengetua tak rasa apa-apa.  

Aku sangat suka sebab, ini jugalah pandangan aku selepas HANYA 24 hari bertugas disini; iaitu selepas 3 kali perhimpunan rasmi berjalan.  

Aku rasa cikgu-cikgu memang tak boleh duduk lama di satu sekolah.  Kena bergerak. Luaskan pandangan, pergi tengok padang baru.  Jangan hanya tahu cakap lain padang lain belalang tapi bertenggek kat rumput yang sama sejak azali. 

Sebab apa aku cakap macam ni?

Sebenarnya selepas dekat setahun aku kat sini.  Aku pun dah macam anggap "Budak-budak bercakap, bertepuk tampar, tolak menolak (obviously) adalah perkara normal takde siapa pun tegur, everybody is doing their own thing. Termasuk aku.

Masa dia start marah tadi aku perasaan awal aku ialah:
 
"Eh! Kenapa marah? Apa yang budak-budak ni dah buat salah? Memang macam ni la. Tak biasake?"

Nasib lepas tu aku cepat tersedar yang ini bukan perkara normal.  
Tapi ini hanya NORMAL di SMK dot dot dot..
 


Aku nak pindah. Doakan aku dapat pindah. 


P/S: Sebelum entri ini di upload, aku baru sahaja pergi bantai budak sampai berkesan. (mode: cuak)