Harini hari pertama untuk minggu ke-4 aku berada kat sekolah baru. Looking back, aku tak tahu macam mana aku boleh survived 21 hari (termasuk 2 hari MC akibat stress) day in day out kat sekolah ni. Stress masih terasa dan rasa menyesal masih menebal. Macam-macam dah berlaku kat SMS ni dalam masa 3 minggu aku mengawal mengajar. Banyak yang negatif walaupun aku cuba mempositifkan diri. Kalau nak cerita pasal 3 minggu lepas, terlalu banyak. Banyak benda yang mudah tapi disusah-susahkan dan yang tak penting di propagandakan. Sebagai cikgu yang baru berpindah, aku terima saja semuanya sebagai dugaan dari Allah s.w.t walaupun berat mata memandang dan bahu dah tak larat memikul. Tapi biarlah cerita minggu lepas tersimpan dalam kotak pemikiran aku ni seorang sebab aku pasti hari-hari yang mendatang ni, pasti penuh dengan pelbagai cerita lagi. Jadi aku rasa mula dengan apa yang berlaku harini..
Satu LAGI tugas baru...
Sampai je kat pejabat pagi tadi aku dihulurkan satu surat lantikan. Surat penurunan kuasa merotan. Maknanya aku dengan paksarelanya dilantik menjadi sebahagian anggota displin sekolah. Hmm.. panjang juga aku berfikir tadi. Disiplin pelajar kat sini pada pandangan mata kasar aku dah tak terkawal. Etika berpakaian dah tak macam pelajar sekolah, ponteng tak kira waktu, biadap dan kurang ajar tak payah cerita lah. Sebab utamanya bagi pandangan aku ialah cikgu-cikgu dah tak larat nak tegur. Beza dengan sekolah lama aku, cikgu-cikgu sekolah lama aku dulu mengguna-pakai pekeliling Semua Guru Adalah Guru Disiplin. Dekat sini, boleh dikira dengan sebelah tangan cikgu-cikgu yang budak-budak takut.. Ye takut.. bukannya hormat. So aku terfikir tadi, perlukah aku jadi cikgu yang pelajar takut, dan bukannya hormat? Discipline is not a one man job. Perlu kerjasama, waktu assembly dah dapat dilihat betapa couldn't be bothered-nya cikgu-cikgu kat sekolah ni. Budak-budak bercakap, bertepuk tampar, tolak menolak (obviously) takde siapa pun tegur, everybody is doing their own thing. Aku? Who am I to change the whole school? Kalaulah SEMUA cikgu tegur pelajar yang buat salah.. aku rasa atleast pelajar akan lambat-laun tahu.. yang itu memang tugas utama guru.. mengajar, mendidik dan membetulkan mana yang salah, and maybe they will respect them for that (or they'll hate them all and quit school.. haha) tapi kalau seorang dua sahaja yang tegur.. pelajar akan fikir "kau ni apahal, orang lain tak kisah pun" Nak-nak aku ni.. sah-sah dorang akan cakap baru datang dah kerek. Nak salahkan pelajar? Mana boleh, cikgu la yang salah.. (aku boleh berhujah panjang kenapa cikgu yang salah tapi aku rasa semua orang boleh fikir sendiri)
Bengkel English Through Literature & Dictionary Skills
Satu lagi surat yang dihulur ketangan aku pagi tadi. I am okay about this. Actually am looking forward to attend. Tapi biasala, sebab ini bukan subjek opsyen aku (which is actually Physics and Maths) aku harap sangat akan ada cikgu yang akan ambil tempat aku & aku ditukarkan ke Jabatan Sains & Matematik secepat mungkin. Buat masa ni, cikgu-cikgu senior kat sini sangat memahami masalah aku, dan aku amat berterima kasih atas itu.
Budak lari, bergaduh dan ponteng
Ni kes yang berlaku depan mata tadi, tapi aku buat tak nampak. Sebab? Entahla, aku dah cukup stress dengan perangai budak-budak dalam kelas dan aku rasa benda-benda ni boleh diatasi dengan mudah KALAU sistem yang diguna pakai betul-betul dipantau.
Dalam kelas ada borang ponteng (yang aku rasa namanya sangat tak sesuai, seolah-olah menggalakkan.. sapa nak ponteng? sila isi borang.. haha.. Borang Kawalan Ponteng sounds better). implementasikan betul-betul, AJK anti ponteng kan dah ada? And instead of sehelai demi sehelai hari demi hari, bind them together, one book for each class. I heard (and had experienced it first hand) that the admin is very opinionated, so disini sajalah idea aku akan terhenti.
Sampai rumah tadi dah dekat pukul 1700, memang dah tak larat dan aku ZzZ untuk beberapa minit. Kemudian aku bangun dan mula berfikir yang esok perkara sama akan berlaku..
Ya Allah, cekalkanlah hati hambaMu ini... Amin.. amin Ya Rabbal Alamin..
No comments:
Post a Comment