Readers

Monday, July 30, 2012

So Insensitive of Me :(


Normally, I am aware of other people feeling around me, but not this time around.

So I would like to convey the most sincere and deepest apology to my dearest anak angkat, Well Celltone. I realized that there was not a single picture I took with him on that very day eventhough he is the one who BOUGHT the cake.

I am so sorry Well Celltone :(

The 31 part was eaten first :)


That was the main reason I was so malas to upload the (small scale) celebration picture here in the blog.  Rasa sangat bersalah wey!

Although you didn't say anything about it til this very moment, but I promised I will try to make it up to you once you are here for Hari Raya celebration.





Ini pulak hadiah terkejut yang aku terima dari Wanie and Atikah siang tadi. Terima kasih banyak-banyak ye.  Dapat tadi waktu kelas ganti untuk perhimpunan dan aku terus pakai dan masuk kelas diorang waktu ke-3 (mode: bangga)
Siap pesan "kotak yang ada love-love tu hanya sebagai hiasan sahaja" LOL

Dan paling best bebudak 1Q1 compliment yang cupcakes yang aku bagi kat diorang sehari sebelum aku terbang ke Sarawak sangat sedap. Siap ada yang buat muka-muka menunjukkan kelazatan topping coklat.. Hahahaha! (mode: kembang kuncop)


Cikgukeaku: I am trying my very best to enjoy my work here as a teacher. God please help me to accept the students, the colleagues, the environment and the EVERYTHING.. Amin..

Sunday, July 29, 2012

Kenapa Ye?


1A8 2010

Sebelum aku pindah dulu, aku adalah guru tingkatan untuk kelas ni.. Kelas ke-8 dari sembilan buah kelas tingkatan 1. Budak-budak kelas aku ni walaupun nakal, tapi mendengar kata, pakaian kemas, rajin dan nampak bersih.



Bawah ni pulak gambar-gambar yang aku ambik dengan diorang haritu.. Masih kekal cantik dan bertambah hensem (bekas guru tingkatan diaorang pun dah bertambah hensem kurus sket)

3A8 2012 (1A8 2010)

From left; McLiffzy Shaggy, Cikgukeaku, Wesley, Rio Leonardo, Yemwie Malsteen

From left: Doris D, Cikgukeaku, Fildaanisia, Madeline
The sent-off party


McLiffzy Shaggy a.k.a the man with the nicest name :)
The League of Gentlemen :)
Esok aku akan mengajar menemui kelas-kelas di SMS. Aku masih tertanya-tanya mengapa para pelajar yang menghuni kelas hujung di Sarawak, terutama di SMK Kapit No.2 masih ada semangat untuk belajar, menguruskan kelas, menjawab soalan peperiksaan etc.

Kalau dibandingkan dengan kelas-kelas hujung (malangnya.. ada pelajar kelas depan pun lebih kurang sama) di SMS (sekolah aku sekarang) budak-budak dia datang sekolah hanya untuk tidur, main dan dapat dapatkan duit belanja. 

Aku terbayangkan muka bersih Mcliffzy Shaggy, Rio Leo, Wesley, Thomas, Filda, Doris, Sharmin dan lain-lain.  Kemudian aku bandingkan dengan muka celaru Sahbil, muka mengantuk Nashrand, baju warna kelabu dan berkutu air Phalip, muka tak mandi Pu Yee Feng, rambut tak bersikat Tajul dan lain-lain. Macam langit dengan bumi.

Sedangkan 90% pelajar-pelajar SMK Kapit 2 ni tinggal di asrama sepenuh masa dan terpaksa menguruskan segala keperluan harian sendiri manakala budak-budak SMS pulak semuanya duduk di rumah ibubapa/penjaga.

Kenapa ye?

Mungkin ada kaitan dengan entri aku sebelum ni:

Mari Ternak Anak

Kepada ibubapa... Sila ambil perhatian (kepada anak-anak anda)

Cikgukeaku? Walaupun aku ada anak angkat je.. Itupun dah tersangat risau :)

Saturday, July 28, 2012

Auld Lang Syne ~Times Gone By

Time to go home go back snap back to reality


Should old acquaintances be forgotten,
And never brought to mind?
Should old acquaintances be forgotten,
And days of long ago!

For times gone by, my dear
For times gone by,
We will take a cup of kindness yet
For times gone by. 

We two have run about the hillsides
And pulled the daisies fine,
But we have wandered many a weary foot
For times gone by.

We two have paddled in the stream
From noon until dinner time,
But seas between us broad have roared
Since times gone by.

And there is a hand, my trusty friend,
And give us a hand of yours,
And we will take a goodwill drink
For times gone by!

And surely you will pay for your pint,
And surely I will pay for mine!
And we will take a cup of kindness yet
For times gone by!

:(

Cikgukeaku: It is not where you end up; it is what you do along the way....

P/S: Aku baru sedar aku adalah insan yang sangat sensitif mudah menangis senang mengalirkan air mata... huhu

Tuesday, July 24, 2012

Bestest Day!!

Banyak nak tulis. Aku di Kapit sekarang.  Di SMK Kapit No. 2 to be exact. Seronok yang tak dapat digambarkan. Hari yang sangat emosional.

Macam-macam kerenah budak-budak bila nampak aku.. ada yang datang terus peluk,,, ada yang mintak mengajar sini balik, ada yang nangis... aku plak jenis yang tak boleh sedih-sedih... merah gile mata tahan sebak.. ingat nak ambik video tapi terus letak viewcam ke tepi... Momen macam ni perlu di lihat sendiri dengan jelas.. bukan atas rakaman.. aku nak rasa setiap saat di Kapit2 ni.... Mungkin inilah kali terakhir aku dapat jejak kaki kat sekolah kesayangan aku ni :(

Dengan selambanya aku berlegar kat sekolah tadi.. Cari kelas 3A8 (1A8 2010), memang tak dapat tahan sebak bila tengok diorang, semua dah besar, segak dan cantik.. Missed them so much.. Sempat ambik gambar, borak dengan suara putus-putus. Banyak kenangan yang diungkit dan terungkit dengan mereka sebab aku guru kelas.. Haha.. Tak sangka aku emo gile!

3A8 (1A8 year 2010)

Kena panggil dengan form 6 (5Sn2 2010).. aku akur menyusuri anak tangga walaupun kaki masih belum baik sepenuhnya. Di minta masuk ikut pintu depan.. Aku ikut sahaja arahan. Masuk aje,,, Ucapan "SELAMAT PAGI CIKGU!!" berkumandang... mata berair lagi....Aku dah tak mengajar di sini!! Gila emo! Tak tahu nak cakap apa. Ucapan terimakasih banyak kedengaran.. Kebanyakannya pelajar kelas Sains aku dahulu.. Cepat-cepat aku minta keluar sebelum air mata menitis... (Bekas Penolong Ketua Warden mana boleh menangis depan budak!!.. Jatuh standard :)).. Sekali lagi nyanyian "Happy Birthday" pulak... Ahh!!!

 Kapit2 Revisited 2012 :)

Sendiri carik pasal.. sendiri jual muka kat sekolah... sendiri bikin emo.. Padan muka aku.. 


Sangat bersyukur kerana pernah bertugas di sini.

Hari ini juga, pelajar membuatkan aku ingat kembali kenapa aku beria-ia ingin menjadi seorang Cikgu suatu masa dahulu. Terima kasih Kapit 2!!


 ~akan update lagi nanti.. sekarang emo.. mungkin tulisan agak merapu :)~


Monday, July 23, 2012

When You Really Want Something..





When you really want something, all the universe conspires in helping you to achieve it.

 ~ Paulo Coelho quotes from The Alchemist

I am now at Gate B9 KLIA waiting for my flight to Sibu. :) The feeling is kinda weird and dejavu-like.  After five years of boarding and getting off planes, this time the feeling is somehow different.  Usually I'll be a lil' bit sad to left Semenanjung but this time, I am eager to reach Kapit.

Dah lama berhajat untuk kembali ke Kapit. Tetapi, selalu sahaja ada kekangan dari segi masa, kewangan dan lain-lain.  But in  a twisted turn of an event, I was 'forced' to return Kapit, to where I obtained all the valuables and bitter sweet memories of teaching and making friends. Syukur Alhamdulillah. 

Hopefully, this short 'break' could bring my spirit up again. Amin.

Cikgukeaku: Dear Kapitans.. Hope you guys are glad to see me... again :)

Sunday, July 22, 2012

Bestest Birthday Present!

Cupcakes ;)
Macam biasa.. bulan Julai ialah bulan cupcakes.. Tapi kalini bebudak dapat awal dari tarikh harijadi aku sebenar sebab kebetulan birthday aku jatuh dalam bulan Ramadhan. Kali ni terpaksa bakes 3 batches dalam 2 hari berturut-turut sebab kelas yang aku ajar bertambah berbanding tahun lepas :)

Dan disebabkan aku masih ber-crutches, aku tak dapat nak naik tangga dan bagi sendiri pada kelas 1Q1 :( Jadi aku cuma dapat pesan pada Fizi dan Joel Ezra (budak yang paling boleh dipercayai.. haha) supaya dapat bagi secara saksama kepada setiap pelajar.

Malas nak bercerita mengenai kenapa dan bagaimana boleh jadi macam ni, yang pasti anugerah Cikgu Paling Banyak MC akan jadi milik aku. (Takpela.. sakit itu penghapus dosa)

Berbalik kepada tajuk entri, alhamdulillah, aku berpeluang menziarahi kawan-kawan lama dan juga pelajar-pelajar aku di SMK Kapit 2 minggu depan!! Satu perkara yang tak pernah terlintas di fikiran.  Tak sangka aku masih berpeluang ke Kapit lagi. Sangat panjang untuk menceritakan kenapa aku HARUS pergi tetapi AKU AKAN KE KAPIT!!! Yay!!
Kue KAPIT ~tiada kena mengena dengan KAPIT, Sarawak sama sekali :)


Bahagian KAPIT kat dalam sana tu :)

Nampaknya.. Rindu lama akan terubat :)

~Tak sabar nak menyusur Sg. Rejang lagi dan meniti laluan sempit di wharf Kapit :) Semoga kaki aku cepat sembuh. Amin

Friday, July 20, 2012

Marhaban ya Ramadhan




Selamat Menyanbut Ramadhan al-Mubarak!!!

Tuesday, July 17, 2012

Dilema Aku Seorang Colour Blind



Hmm.. Pernah satu kali waktu assignment pertama di UTM, dapat tajuk Source of Material for Construction... Aku salah warna daun pokok. Merah dan kuning. Habis kena gelak waktu pembentangan. Padahal aku dah consult dah kawan masa tu. 

Ingatkan dia sengaja sabotaj.  Rupa-rupanya.. Sama-sama buta warna.. Haha! 

Antara blog entri yang melibatkan kes buta warna aku :

Thursday, July 5, 2012

Entri Promote Diri

Tahun ni aku masuk 31 tahun.. Cepat sapa nak... Hahahahahahaha!!