Readers

Sunday, July 22, 2012

Bestest Birthday Present!

Cupcakes ;)
Macam biasa.. bulan Julai ialah bulan cupcakes.. Tapi kalini bebudak dapat awal dari tarikh harijadi aku sebenar sebab kebetulan birthday aku jatuh dalam bulan Ramadhan. Kali ni terpaksa bakes 3 batches dalam 2 hari berturut-turut sebab kelas yang aku ajar bertambah berbanding tahun lepas :)

Dan disebabkan aku masih ber-crutches, aku tak dapat nak naik tangga dan bagi sendiri pada kelas 1Q1 :( Jadi aku cuma dapat pesan pada Fizi dan Joel Ezra (budak yang paling boleh dipercayai.. haha) supaya dapat bagi secara saksama kepada setiap pelajar.

Malas nak bercerita mengenai kenapa dan bagaimana boleh jadi macam ni, yang pasti anugerah Cikgu Paling Banyak MC akan jadi milik aku. (Takpela.. sakit itu penghapus dosa)

Berbalik kepada tajuk entri, alhamdulillah, aku berpeluang menziarahi kawan-kawan lama dan juga pelajar-pelajar aku di SMK Kapit 2 minggu depan!! Satu perkara yang tak pernah terlintas di fikiran.  Tak sangka aku masih berpeluang ke Kapit lagi. Sangat panjang untuk menceritakan kenapa aku HARUS pergi tetapi AKU AKAN KE KAPIT!!! Yay!!
Kue KAPIT ~tiada kena mengena dengan KAPIT, Sarawak sama sekali :)


Bahagian KAPIT kat dalam sana tu :)

Nampaknya.. Rindu lama akan terubat :)

~Tak sabar nak menyusur Sg. Rejang lagi dan meniti laluan sempit di wharf Kapit :) Semoga kaki aku cepat sembuh. Amin

1 comment:

Loriana Jara Philip said...

lawa laaaaa :P welcome back cgu :)hehe..