Readers

Tuesday, July 24, 2012

Bestest Day!!

Banyak nak tulis. Aku di Kapit sekarang.  Di SMK Kapit No. 2 to be exact. Seronok yang tak dapat digambarkan. Hari yang sangat emosional.

Macam-macam kerenah budak-budak bila nampak aku.. ada yang datang terus peluk,,, ada yang mintak mengajar sini balik, ada yang nangis... aku plak jenis yang tak boleh sedih-sedih... merah gile mata tahan sebak.. ingat nak ambik video tapi terus letak viewcam ke tepi... Momen macam ni perlu di lihat sendiri dengan jelas.. bukan atas rakaman.. aku nak rasa setiap saat di Kapit2 ni.... Mungkin inilah kali terakhir aku dapat jejak kaki kat sekolah kesayangan aku ni :(

Dengan selambanya aku berlegar kat sekolah tadi.. Cari kelas 3A8 (1A8 2010), memang tak dapat tahan sebak bila tengok diorang, semua dah besar, segak dan cantik.. Missed them so much.. Sempat ambik gambar, borak dengan suara putus-putus. Banyak kenangan yang diungkit dan terungkit dengan mereka sebab aku guru kelas.. Haha.. Tak sangka aku emo gile!

3A8 (1A8 year 2010)

Kena panggil dengan form 6 (5Sn2 2010).. aku akur menyusuri anak tangga walaupun kaki masih belum baik sepenuhnya. Di minta masuk ikut pintu depan.. Aku ikut sahaja arahan. Masuk aje,,, Ucapan "SELAMAT PAGI CIKGU!!" berkumandang... mata berair lagi....Aku dah tak mengajar di sini!! Gila emo! Tak tahu nak cakap apa. Ucapan terimakasih banyak kedengaran.. Kebanyakannya pelajar kelas Sains aku dahulu.. Cepat-cepat aku minta keluar sebelum air mata menitis... (Bekas Penolong Ketua Warden mana boleh menangis depan budak!!.. Jatuh standard :)).. Sekali lagi nyanyian "Happy Birthday" pulak... Ahh!!!

 Kapit2 Revisited 2012 :)

Sendiri carik pasal.. sendiri jual muka kat sekolah... sendiri bikin emo.. Padan muka aku.. 


Sangat bersyukur kerana pernah bertugas di sini.

Hari ini juga, pelajar membuatkan aku ingat kembali kenapa aku beria-ia ingin menjadi seorang Cikgu suatu masa dahulu. Terima kasih Kapit 2!!


 ~akan update lagi nanti.. sekarang emo.. mungkin tulisan agak merapu :)~


1 comment:

Loriana The Duchess said...

hehe.. buat la come back lagi nanti.. :)