Readers

Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Pindah (Kuasa 2)

Lama menyepi, sibuk selaku tuan rumah dan segala perkara mengenai rumah, rumah dan rumah.
Kemaskini terakhir adalah mengenai grill pintu rumah. (Alhamdulillah, dah pun di tanggalkan oleh si Alvin)


PINDAH I

Dah hampir 3 minggu aku menetap di Kasa Heights (permanently)  dan dah 4 hari berulang dari sini ke tempat kerja, (sangat jauh). Masih belum dapat tune masa dengan betul. Kadang-kadang sampai terlalu awal, kadang kala lambat (boss, that's one of the reason I am asking for transfer). Terlalu banyak variables sepanjang jalan. Lori besar, kereta dipandu Mak Joyah/Pak Kolob yang sangat perlahan, 'membontoti' bas yang asyik-asyik nak berhenti, lembu melintas dan lain-lain.

Dan nak jadikan cerita cerekarama, minggu pertama sekolah dibuka semula ni pula merupakan minggu giliran aku menjadi teacher on duty. Kena sampai sangat lebih awal daripada biasa. Sepatutnya aku bertugas minggu depan, impromptu changes ni menyebabkan aku kurang bersedia dari segi mental dan fizikal. Pastu cermin mata pula tak dapat dikesan awal-awal pagi (kes semalam). Dekat 30 minit aku cari, akhirnya, bertawakal je drive kereta dari Alor Gajah tanpa cermin mata, sebab kalau lambat memang orang akan mengata perasan. Sebab sebagai guru bertugas, aku kena bagi taklimat setiap pagi untuk tempoh satu minggu ni.  Memang menduga betul. Haish!!




PINDAH II

Mulai 2 Sept lepas, permohonan untuk pertukaran guru dah boleh dibuat secara online. Walaupun aku rasa nak sangat-sangat-sangat bertukar ke sekolah lain, (atas terlalu banyak alasan yang munasabah dan tidak munasabah), aku masih belum mengisi aplikasi atas talian "EGtukar".  Sebab? Entahla, aku pun tak pasti, terlalu banyak perkara yang bermain-main dikepala otak.  Terlalu banyak "What if?"

Tetapi SATU perkara yang aku amat takuti (ye, aku pun ada perasaan takut jugak)

What if the situation is even *worst there?



*budak-budak keluar masuk sesuka hati waktu P&P, borak dengan orang kat luar sementara Cikgu mengajar kat dalam, tak masuk kelas/ponteng sepanjang hari sambil main takraw, merayau-rayau di sekitar sekolah. Korang ada perkataan lain selain worst? Please don't ever say those things are NORMAL.

Beralih kepada cerita yang sedikit relevan. Aku pernah baca satu buku motivasi ni. Tertulis di situ: 

To avoid experiencing something worst than the start of your day; eat a frog for breakfast - so when unexpected things happen, you can proudly say. "I ate a frog this morning, this is nothing".

Bangang kan motivasi dia? Hahaha.. Aku pun boleh tulis buku kalau setakat macam ni.  Tapi buat aku tergelak dan terfikir, benda-benda ni memang tak boleh dielak. Perkara yang mencabar/buruk/ menyakitkan hati pasti akan terjadi. Terima cabaran dan buat sesuatu tentangnya! (boleh tulis buku motivasi juga aku ni. haha)


This quotes make more sense daripada rapuan aku di atas

Jadi apa keputusannya?

PENDING!!


Ada masa sampai 30 September untuk 2011 untuk memikirkannya.











































Eh.. eh entri belum tamat..








Salam Aidilfitri (mestila ada gambar raya. Wajib!).. Gambar pertama tu sangat poyo tak releven, gambar sedang buat cupcakes dengan anak buah, tapi sebab ada orang komen cam model u*d**w*@r (hahahahahha.. mari muntah beramai-ramai), jadi aku pun letak sini.

Ok, sekarang gambar kontrol macho proper, kejap nak set muka.. hahaha.



P/S: Gambar satu famili belum ada, ada dalam kamera kakak aku, kemudian-kemudian baru letak.


Maaf Zahir Batin

Tuesday, May 17, 2011

Cerita Sebalik Sambutan Vol. II

Sambutan Hari Guru kali ni, aku banyak di belakang tabir.

Aku hanya duduk diam-diam dalam Bilik Audio.

Aku tak ikut para guru berarak dengan paluan kompang di dataran. Aku tak bersama-sama mereka mendengar amanat perutusan. Aku tak ikut terima hadiah dari Ketua Tingkatan. Aku tak sama-sama melafazkan ikrar. Pemberian hadiah dari PIBG, badan pengawas dan individu pun aku tiada. Aku cuma pastikan sambutan tiada cacat cela dari segi perjalanan tentatif. Sesekali aku keluar dari persembunyian untuk memeriksa mikrofon. Mencukupi untuk setiap slot dan berfungsi dengan baik. Juga menerima isyarat dari pelajar pembantu samada lagu iringan perlu dimainkan untuk persembahan.

Lagu Guru Malaysia
Satu persatu acara berjalan dengan lancar. Sampai waktu menyanyikan lagu Guru Malaysia. Aku bangun, menjengah dari tingkap, melihat kearah cikgu-cikgi SMS. [Setan dalam hati cakap: Apala cikgu-cikgu ni, berpuluh-puluh tahun bergelar guru, masih ada cikgu yang masih rujuk petikan lirik? Padahal, ni lagu WAJIB maktab]. Lepastu, cepat-cepat beristighfar [Ya.. Aku mahu berubah, nak kurangkan kritikan negatif]. Aku mulanya memang tiada hati nak nyanyi bersama, lagipun aku kat Bilik Audio, gile ke apa? Tapi lagu Guru Malaysia ni memang ada hantu roh. Tiba-tibanya mulut aku nak juga ikut serta menyanyi. Kuat pula tu. Agaknya, aku memang tak boleh tipu diri aku. Semangat aku dalam bidang pendidikan ni masih menebal rupanya. Setiap bait rangkap aku amati jelas-jelas, sama seperti kali pertama aku dengar lagu ni masa sekolah rendah lagi. Sekolah rendah lagi aku dah ikut nyanyi, punyala tak malu. Aku ingat lagi, sampai kena perli dengan kawan-kawan, "Woi, Ko ingat ko cikgu ke?"

Satu persatu acara habis, semuanya lancar, [setidak-tidaknya dari pemerhatian orang dihadapan tabir].

Anugerah Guru SMS
Anugerah Guru SMS, diundi oleh para pelajar beberapa hari sebelum sambutan.

Kategorinya:
Guru paling dedikasi (pemenang: cikgu yang baru dapat pangkat Guru Cemerlang DG52, sapa lagi),
Guru paling sporting (Guru sukan)
Guru paling kreatif (Cikgu yang mengajar seni)
Guru paling tegas (cikgu disiplin, mana boleh orang lain)
dan entah apa-apa lagi, semua aku dan Aslam dapat teka dengan tepat, kecuali yang paling sporting tu.

Ada 2 kategori lagi:
Guru Bergaya (lelaki)
Guru Bergaya (perempuan)

Masa nak diumumkan, pengacara majlis tak sebut bergaya tapi 'vogue'. Aku dan Aslam pun jengah melalui tingkap. Tak sabar nak melihat siapa yang poyo sangat diundi vogue. Yang perempuan tak menjadi hal la... yang lelaki ni.. poyo berapi..

Guru Lelaki Vogue SMS tahun 2011........


Tak tahu mana nak letak muka plaque ni. Kat meja bilik guru atau simpan kat rumah. Sepanjang sambutan hari guru ni aku dijadikan 'bahan' oleh budak-budak dan cikgu-cikgu.. "Cikgu 'vogel'". [Senyum dengan kelat sekali]

Hadiah Hari Guru
Hadiah lain..
Terima kasih semua!


Kebanyakannya dari PIBG, badan Pengawas, Majlis Guru Pekerja, Panitia dan lain-lain. Tu sebab nampak cam banyak.


Hadiah yang paling comel aku terima ialah daripada para pelajar pendidikan khas:

Hadiah ni hadiah DIY oleh para pelajar pendidikan khas.. tq.. tq.

Hadiah yang buat aku tersentuh:

Hadiah daripada Nurhamiza, Pelajar yang aku latih untuk baca sajak untuk sambutan Hari Guru.


Budak ni tahu aku tak 'selesa' di SMS, jadi coretan dia dalam kad ucapan ini sangat terkesan dalam hati aku...

Terima kasih juga buat Afiq (yang aku tak sangka akan bagi aku hadiah sebab aku ingat dia sangat anti aku. Mana tak nya.. dalam kelas, perkataan yang keluar dari mulut dia mesti menimbulkan api kemarahan aku yang meluap-luap), Salina, Nurhaliza dan Hilmi. Kepada lain-lain yang Cikgu terlupa .. Maaf ye?

Tapi 'hadiah' paling bermakna yang pernah aku dapat sepanjang bergelar guru ialah gambar yang sedang menjadi gambar profile akaun FB aku sekarang. {baca disini}

Okeh.. Post sempena Hari Guru selesai sudah.

P/S:
Aku sedikit hairan kenaapa SMS perlu mengarahkan para pelajar mengumpul duit untuk membeli hadiah kepada guru kelas. Bagi aku ni dah membelakangkan nilai sentimental sesuatu pemberian. Kalau budak-budak nak bagi hadiah pada cikgu mereka, biarlah dari hati yang ikhlas.. kan?

VogueKeAku? CikguKeAku?

Cerita Sebalik Sambutan


Semalam Hari Guru.. Sepatutnya aku tulis sesuatu kat sini pasal pre-celebration, tapi sebab ada kerja-kerja lain yang lebih penting terus terlupa.

Sebenarnya aku memang takde mood nak sambut Hari Guru tahun ni. Entahla, nak kata semangat luntur pun tak juga. Ada masa-masa aku masih bersemangat sediakan teaching aids yang beraneka walaupun aku sendiri tahu yang berkemungkinan aku sorang sahaja yang akan teruja dalam kelas nanti.

Jadi kembali kepada fokus coretan asal, aku diberikan tugas sebagai KETUA ahli jawatankuasa persembahan untuk sambutan. Yang aku terima dengan hati terbuka, tak kisah, aku cuma perlu pastikan persembahan yang telah dirancang berjalan dengan lancar pada hari tu.

TEMA
Warna Ungu. Jadi semua guru dan para pekerja sekolah aku dikehendaki cari sesuatu yang bewarna ungu sebagai busana pada hari tersebut. SMS memang macam tu, ada sambutan, mesti perlu warna tema, selalunya aku tak ambil peduli, belasah saja, bagi aku ini satu pembaziran, tapi memandangkan ini adalah Hari Guru a.k.a Hari AKU, aku pun dengan muka sememeh pergi cari tali leher (sekurang-kurangnya aku cuba menyesuaikan diri dengan budaya SMS]. Masalah yang melanda aku sejak azali ialah aku buta warna. Jadi membeli belah selalunya menjadi mimpi buruk terutama jika perlu warna yang spesifik. Cari di Jusco, jumpa yang berkenan, tanya kepada si jurujual yang memberikan aku lampu hijau, sampai di kaunter, tanya si penjaga kaunter, sekali lagi lampu hijau dan persoalan "Kenapa?". "Takde apa cuma mahu pastikan". Jawapan yang paling selamat. Entahla, malu sangat kalau dunia tahu pandangan warna aku berbeza.
Sangat tak berpuas hati sebab beli sesuatu tanpa potongan harga.. Grrr!! Tapi apapun, misi selesai!

Oh ya itu tema warna sambutan sekolah, Tapi tema rasmi Hari Guru 2011 ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" [minta maaf ya, aku bukan nak kritik tapi sekali lagi aku dengar perkataan transformasi mungkin aku boleh muntah darah kot? Tolonglah, aku tahu bertukar atau berubah ke arah yang positif itu penting, tapi jangan lah gunakan satu perkataan dengan berlebih-lebihan, dulu beria-ia dengan anjakan paradigma.. setiap kali ucapan, mesti ada perkataan anjakan paradigma. Sila lakukan satu lagi transformasi.. please]

TUGAS
Mulanya aku fikir jawatan sebagai AJK persembahan tak sesukar mana, lebih-lebih lagi ada 4 orang lagi yang AKAN menolong aku dalam memastikan persembahan berjalan lancar [salah! Sangat salah! Tapi aku tak mahu kritik, kawan aku kata buat kerja dengan ikhlas, hati akan senang. Terima kasih kawan]. Secara keseluruhannya, persembahan berjalan lancar, walaupun beberapa kali ada insiden si penjaga PA System, Cikgu Aslam hampir pengsan dengan masalah audio iringan setiap persembahan yang tak diperolehi dari guru-guru pembimbing setiap persembahan walaupun persembahan sudah hampir bermula. Aku hanya mampu bagi arahan 'tarik napas! Cool! Cool!' saje setiap kali insiden CD belum sampai dan permintaan muzik latar secara impromptu berlaku. Haha (Terima kasih Aslam!)


Perjalanan Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat SMS berjalan lancar. Aku ke sekolah tanpa tali leher ungu.. Sebab? Aku terjumpa sesuatu dalam koleksi pakaian aku yang memang dah menepati syarat-syarat rupanya. Tapi aku sendiri tak perasaan sehinggalah Emak bagitahu warna baju kemeja tu ungu, Egyption cotton lagi. Jadi tali leher ungu tu memang satu lagi pembaziran (purple shirt with matching neck-tie is a no-no) yang akan dimasukkan kedalam koleksi 28 tali leher aku..
Dengan rasa rendah diri, pertama kali menempel gambar diri sendiri dalam blog Cikgukeaku

Selamat Hari Guru semua.. Kepada para pelajar.. tolong hormati guru-guru anda.. Kami juga ada hati, perasaan dan juga HAD kesabaran...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia.... malam ni baru boleh cerita penuh tentang aktiviti harini...

Saturday, May 14, 2011

Hadiah Tanpa Perasaan


Mood tulis blog takde. Isnin ni hari guru. Hadiah dah beli. Untuk tukar waktu Hari Guru nanti. Tapi kali ni, untuk kali pertama dalam 7 tahun aku sambut hari guru sebagai seorang cikgu, aku beli hadiah tanpa perasaan. Cuma pergi kedai, beli hadiah ikut syarat yang ditetapkan, suruh jurujual tu balut dengan pembalut percuma (cuba tengok pic kat atas tu, 'semadi' je dia balut, selalunya aku tegur tak pun aku balik balut semula, tapi kali ni aku tak kesah pun), siap, masuk plastik.. Blah.. No personal touch..tanpa perasaan.

Akucikguke? Entahla, kat FB aku tulis aku zookeeper...