Readers

Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Bola Baling Revisited

Kapit2 Oh Kapit2



SMK Kapit 2 Handball Team revisited.

UPACARA MENGECAT LINE 
(macam hampeh je nama, macam kena sedia pulut kuning bagai)

Tahun pertama -- I did them and you guys just watched and learn
Tahun kedua -- I supervised and you guys did them.
Tahun-tahun seterusnya -- I lepak and you guys have become a real pro!! 


..and that my friends.. is the definition of TEACHING.


Tetiba ter-visited ni, mesti ada sebab. But do I really have to have a reason to reminiscence my good old days in good old Kapit2? 

Macam-macam sebab.  Tapi lebih kepada persoalan kenapa setiap kali aku bagi idea.. not a single fucuk (fucuk is sayur tauhu lah) was given. Is it wrong to teach students something outside the norm syllabus?

Really hates the surrounding. Hate sounds rather harsh but truth does hurts aite?

Kawan aku cakap.. jangan sampai jadi 'guru 25 hari bulan' which means Cikgu yang tahu cocok gaji sahaja.. and I am afraid sooner or later I might become one if I stayed here.


Yes, I know; less rambling... More do'a.

Saturday, July 9, 2011

Jalan-jalan Ditutup Untuk Mengawal BERSIH

1. Lebuh ampang.
2. KLCC.
3. Bank negara.
4. Dataran Merdeka.
5. Sogo.
6. Chow Kit.
7. Menara Sultan Ismail.
8. Masjid Negara.
9. Jalan Raja Chulan.
10. Jalan Ipoh.
11. Sentul.
12. Jalan TAR.
13. Jalan P. Ramlee.
14. Jalan Bandar.
15. Subang Jaya (near Segi).
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.
17. Federal Highway.
18. LDP.
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan
Tamat
P/S: Ingat nak pi Kepong.. Kensel.. Hampeh nyer BERSIH

Thursday, June 30, 2011

Bila Terlebih Rajin

Ini adalah perkara yang selalu terjadi bila aku banyak kerja lain yang penting.  Aku akan buat benda yang tidak berapa penting dengan berlebih-lebihan. 


Punyalah beria-ia aku balut hadiah persaraan Cikgu Said Hamoza ni. Bukan setakat buat kedut-kedut macam kipas, siap tambah dengan kimono lagi... Hahahaha.  Sangat berbeza dengan hadiah Hari Guru tempohari {baca di sini} Padahal, banyak lagi kerja lain yang aku kena siapkan sebelum Jumaat ni. Ni semua memang satu distraction untuk alihkan perhatian aku daripada membuat perkara yang lebih penting dan utama.  Dan seingat aku, aku memang selalu macam ni.

Aku ada masalah psikologi ke?

Sunday, June 12, 2011

Tak Pandai 'Mengajar'. Suatu Penaakulan Mantik

Penaakulan mantik  = Mathematical reasoning
Jika.... Maka...  = If... Then


Aku nak sangat sangat sangat sangat sangat luahkan sesuatu. Hati dan perasaan aku begitu membuak-buak mahu melimpahkan sesuatu yang terbuku didada.

Kadangkala dalam menjalani rutin hidup harian, aku akan berhadapan dengan ramai insan yang memandang rendah terhadap profesion perguruan. Pada mereka, rumus matematiknya sangat senang.

Cikgu = lepak + banyak cuti.

Suatu masa dulu aku akan berhujah dengan panjang lebar tentang kesusahan menjadi cikgu dan segala macam cabaran menjaga pelajar-pelajar yang bermacam perangai dan karenah. Tapi pada masa sekarang, aku hanya senyum sahaja. There's no use talking to people whose mind is already set.

Tajuk entri aku sebenarnya boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja. Bukan sahaja kepada aku yang bergelar Cikgu, tapi juga kepada pelatih sekolah memandu, kepada coach sukan, kepada ibubapa dan senarainya berterusan.

Aku CUBA (walaupun kerapkali gagal) sedaya upaya aku untuk jadi seorang yang lebih baik. Biarlah orang sahaja yang bercakap tanpa perasaan.
Sendiri harus tahu. Apa yang dipertuturkan, kadangkala sebenarnya mencerminkan diri sendiri.

Rumusan aku?

Sangat mudah jika menggunakan Teori Penaakulan Mantik yang pernah dipelajari sewaktu Tingkatan 4 dahulu.

JIKA.. dikatakan menjadi guru itu mudah, sangat kacang dan sangat lepak, samalah juga mengatakan menjaga dan mendidik beratus-ratus pelajar, iaitu anak-anak ORANG LAIN yang berjenis-jenis perangai, sikap dan tingkah laku itu MUDAH. (Harus diingat, guru tidak boleh bertindak secara fizikal walaupun had kesabarannya berkali-kali diuji.)

Dan adakah ini bermaksud, secara penaakulan mantik....

MAKA.. menjadi ibubapa, iaitu menjaga anak-anak sendiri yang sudah pastinya kurang sedozen bilangannya sangat LEPAK sambil makan kacang. (Lebih-lebih lagi, ibubapa boleh menggunakan apa sahaja kaedah, baik mental atau fizikal untuk tujuan mendidik)

Dan pada masa yang sama,

JIKA.. PELAJAR gagal menguasai sesuatu (pelajaran) adalah kerana guru tak pandai mengajar.

MAKA.. (sila sahut cabaran aku) silalah buat penaakulan mantik untuk ANAK-ANAK yang gagal membentuk sahsiah diri pula.

Konklusi?
Aku tak pernah mengatakan mendidik anak-anak itu senang dan mudah. Aku sangat hormat kepada insan yang bergelar ibu dan bapa.  Dan aku juga harap, orang tak melabelkan bahawa guru itu adalah pekerjaan yang senang. Marilah kita saling hormat menghormati. Boleh?

Wallahualam.

Wednesday, June 8, 2011

superior sangat kah kamu?

Superiority complex: an exaggerated feeling of being superior to others.

~~Off track kejap~~
Alkisahnya hari ni aku buat entri di KFC sebab celcom sangat bebal. Aku dah jarang maki memaki tapi disebabkan aku bayar RM 68 sebulan, aku rasa seolah tersangat kaya dan pemurah sedangkan servisnya sangat teruk dan dalam beberapa harini talian langsung tak tersambung. Mulanya aku ingat sebab aku ter-alpa untuk bayar langganan jadi pada satu malam ni aku pun berdesup naik kereta pergi bayar bil kat Maybank Jasin, tapi bila sampai rumah semula masih sama. Bukanlah ketagih sangat dengan internet cuma ada beberapa perkara yang aku kena lakukan berhubung dengan rumah aku di Kasa Heights tu. (Jadi kepada pihak Celcom, sila dengar rintihan saya sebelum anda kehilangan RM68 sebulan)

~~Kembali ke tujuan asal~~
Sebenarnya apa yang aku nak tulis ini adalah satu serangan peribadi peringatan kepada aku kenapa aku perlu berfikir dua tiga kali sebelum bertindak dan tidak menyesal atas apa tindakan yang aku lakukan.

Kesnya bermula sangat mudah dengan panggilan telefon yang cuma memakan masa 58 saat sahaja, tetapi berjaya membuat emosi aku bergolak. Juga jika tidak kerana sifat sabar yang dah mula terbentuk dalam diri aku (Alhamdulillah) pasti aku dah melancarkan Perang Dunia Ke-3 (untuk kali yang kesepuluh)

Tidak perlu diterangkan butir-butir perbualan cuma aku sangat tidak setuju dengan sikap superiority complex yang dipunyai oleh sesetengah individu. Yang merasakan apabila:

~pekerjaannya
~pendapatannya
~pengalamannya
~malah umurnya

melebihi daripada orang lain, dia perlu memperberlagakkan diri supaya orang yang diperberlagakkan itu nampak lebih kecil daripadanya.

Pada masa yang sama, si superiority complex ni juga merasakan dia boleh berkata apa sahaja tanpa perlu menjaga hati orang yang dirasakan inferior. Boleh menggunakan apa sahaja perkataan yang pedas dan bersifat peribadi dengan sengaja untuk melihat reaksi balas daripada individu yang satu lagi. Melalui bacaan aku, salah satu trait yang ada pada manusia berpenyakit mental superiority complex ini adalah akan berasa puas apabila individu yang diganggunya itu sakit hati. (WTF?!! Takde kerja lain?) Oh, tolonglah!

Kadangkala aku memang rasa nak cuba juga perangai macam ni. Sekadar membalas dendam. Mungkin situasinya jadi seperti ini.

Aku: Banyak letak gambar family kat FB eh?
S.C.: Eh?
Aku: Nampak cam bahagia jer, tapi sebenarnya tak macam tu kan?
S.C.: Huh?
Aku: Bukan ke kalau situasi sebenar, behind closed door banyak maki dan tengking mengking kan? Kan? Tapi kat FB macam penyayang jer. Berlakon ek?

Hahaha.. Nampak tak? Aku pun boleh buat gak. Berbekalkan sekelumit maklumat yang aku ada mengenai kehidupan peribadi, aku pun boleh buat benda yang tak berfaedah, iaitu menyakitkan hati orang.

Pastu akan pasti si superior complex ni akan sangat berkira-kira bila nak menempel gambar-gambar nya lagi, dan lama kelamaan mesti jadi berkurang kerana takut ke-superior-an nya di persoalkan. Tapi aku takkan buat macamtu (mungkin belum masanya kot?) sebab aku ingin menjadi orang yang lebih baik peribadi daripada si superiority complex.

Kadangkala aku boleh terima dan anggap segala yang terpacul dari rongga di bawah hidung itu sebagai gurauan (yang melampau), tapi kadangkala bila dah mula bercakap ikut sesedap rasa dan perasaan, maunya tak membuak-buak? Sebab semua orang tahu, setiap insan ada kelemahan atau kekurangan masing-masing, tapi janganlah gunakan pengetahuan kita itu untuk merendah-rendahkan pihak yang satu lagi. Kalau memang besar, bertuturlah seperti seorang dewasa, then I'll respect you for that.

Sungguh tidak setuju dengan penyakit ini dan secara automatisnya telah kehilangan rasa hormat daripada aku. Harap penyakit ini belum dan tak akan menjangkiti aku. Amin.


P/S: CikguKeAku Cikgu aku pernah bagitahu dulu, "Allah bagi satu mulut dan dua telinga supaya kita mendengar 2 kali ganda dari bertutur, baru komunikasi itu menjadi indah". Tapi kalau ikut bahasa aku, "Kita perlu lebih banyak mendengar dari membebel". Lagi jelas kan?