Readers

Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Berangan Dengan Angan-angan

AMARAN!!
Ini adalah entri syok sendiri.

Dah lama impikan benda ni semenjak aku buat entri dalam blog lama Friday's Kitchen lagi <baca disini>

Syok sendiri pasal DAPUR!! Gelak! Gelak!

Kalau ikutkan memang la tak sama dengan angan-angan awal, nama pun angan-angan. Selain saiz dapur yang tak sesuai (kecik), saiz poket juga tak sesuai untuk dapur angan-angan tersebut (poket pun kecik).


Aku bagi idea itu-ini-begitu-begini kat interior designer aku si Alvin, dia mula-mula melopong je dan buatkan aku sedikit geram. Aku ingat dia ni memang tak client oriented dan akan lukis ikut suka hati dia tapi aku tersalah tafsir pengalaman dan bakat dia rupanya.




Selang lima hari aku datang jumpa dia balik, lukisan dah siap. dan lukisan tu 95% sama macam aku kehendaki.


Yang aku sangat suka sebab dia yang bagi idea letak washing machine sembunyi kat sebalik kitchen sink yang mana pada asalnya aku ingat nak letak kat bilik atas je sebab takde ruang (sangat tak praktikal).


Datang sekali lagi dia dah pun buat 3D rendering.


Dan semuanya ini adalah FOC dan aku masih boleh ubah fikiran samada nak guna khidmat dia atau tak? Menarik tak? Kalau kat tempat lain, bayaran untuk 3D rendering pun dah boleh mencecah RM100. Dan kalau belum confirmed belum boleh bawa layout ni keluar. Takut nanti client pergi cari quotation lain. Orang-orang kat Melaka ni sangat mempercayai satu sama lain kan? Sangat-sangat berpuas hati dengan kerja si Alvin ni. Ada sesapa nak renovate rumah? Aku boleh syorkan I.D. ? ;)


Sunday, June 5, 2011

Cuti Tersibuk dan "Ter-kaya"



Banyak benda menarik berlaku seminggu ni.. Gambar tanpa perkataan sahaja dulu sebagai kenangan








Saturday, April 2, 2011

Soul Touching Picture



Walaupun tak berapa jelas gambar nih, aku tetap nak abadikan gambar ni dalam blog aku :)

Gambar ni players bola baling SMK Kapit 2 ambik lepas game minggu lepas. Pada mulanya aku tak perasan pun huruf 'F' tu. Tapi bila baca comments yang muncul kat FB baru lah aku terperasan. Team Kapit2 made a tribute to their ol' coach! That's me! that's my name! Aku! F!


Tak pernah dalam seumur hidup aku selama 29 tahun ni aku rasa sangat dihargai.  Terima kasih tak ternilai aku ucapkan kepada team handball Kapit 2 yang masih ingat pada aku walaupun aku dah jauh beribu kilometer dari sana. Walaupun aku dah berhijrah, dan kurang berhubungan, they still remember me, their eccentric coach for the past 5 GLORIOUS years since 2006.


Moments like this made me realised and be reminded why I chose this path; to become a teacher. I want to touch their souls, but never once in my life, think they can touch mine, this deep, so deep that make my eyes swell with tears.

Aku tak pernah pesan kat pelajar-pelajar aku supaya kenang and hargai jasa aku bila aku pindah nanti. Jadi bila dorang susah-susah susun jersey macam ni atas usaha dan naluri sendiri, aku rasa sangat puas hati + bangga + suka + hilang segala penat. Alhamdulillah, 5 tahun aku kat sana ada memberi kesan dalam jiwa mereka yang pernah aku ajar, kalau tak semua pun, sesetengah. Dan benda ni dah cukup untuk buat aku; seorang guru berasa teramat gembira.

Dulu aku selalu tertanya-tanya berbaloi ke aku dihantar ke pedalaman Sarawak? Naik kapal terbang beratus-ratus kilometer. Apa impak yang dapat aku tinggalkan? Atau semata-mata hanya satu kenangan supaya dapat bercerita dengan kawan-kawan bahawasanya aku pernah mengajar anak-anak pedalaman Sarawak? Tapi sekarang aku sangat puas hati. Pengalaman selama 5 tahun ni cukup-cukup berbaloi. Aku bukan sahaja mengajar, bahkan aku belajar.  Belajar untuk tak selalu 'mencari sesuatu', kerana perkara yang kita cari tak selalunya kita jumpa, tetapi lambat laun akan muncul juga jika kita sabar dan tabah.  Jiwang Puitis kan? :)

Tapi aku juga sedikit sedih sebab aku rasa aku dah buat keputusan yang salah untuk pindah semula ke Melaka. (dengan segala drama and stupid politics yang berlaku kat sekolah baru)

Terima kasih semua.

..and to Kapit 2 handball team, pesanan saya, as usual; continue the LEGACY..

Cikgukeaku?
I once was, and hope I still can be like I used to be. Amin..