Readers

Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Semangat! Semangat!

Sangat bersemangat untuk mengajar tahun ni. 
Alhamdulillah.. mood mengajar muncul semula selepas hampir setahun menghilang.
Harap-harap semangat ini kekal selama-lama-lamanya.. AMIN

Saturday, October 29, 2011

Aku Sangat Takut Tentang Perihal Ini- Vol II

Satu hari suntuk aku cari majalah Waves SMK Kapit2 Edisi Pertama.  Habis semua kotak aku selongkar tapi tak jumpa. Edisi 2 sampai Edisi 4 adala.  Mungkin aku dah terlebih simpan secara selamat menyebabkan aku sendiri dah tak dapat cari. Hmmm...

Jadi kenalah sambung predicament semalam mengenai perihal bekas pelajar aku ramai yang dalam perjalanan menjadi Cikgu.

Dari mana nak mula?  Agak sukar sebab bahan rujukan untuk aku mulakan mukadimah dah 'hilang'.

What Goes Around Comes Around.

Kalau aku tak silap, dalam artikel yang aku tulis mengenai keguruan dan perihal aku menjadi guru tu, aku ada nyatakan dua sebab mengapa aku beria-ia nak jadi Cikgu.  

Yang pertamanya...
Sebab aku suka dan sangat teruja untuk mendidik.  Sangat puas bila ada orang paham apa yang aku explain. Kiranya masa sekolah dulu-dulu adalah juga kengkawan yang datang ber'guru' dengan aku dan disebabkan aku lembab pick-up (malu), once aku dah paham amat mudah untuk aku terangkan pada kawan-kawan sebab aku 'tahu' apa yang diorang tak paham.. (sebab aku pun sama lembab.. Haha! Malu lagi). Berbanding dengan bebudak yang cepatje paham/tangkap, selalunya diorang tak dapat terangkan sebab diorang lokek sombong kedekot ilmu tak nampak apa masalah orang sampai tak paham-paham. (teori aku ke ni?)

Dan sebab yang kedua...
Aku selambabadak tulis kat situ, aku tak sabar nak gantikan Cikgu yang aku rasakan tak sepatutnya jadi Cikgu dan tak sepatutnya memegang kapur mengajar budak-budak. Dan waktu aku tulis artikel tu, wajah seorang cikgu yang paling aku anti waktu sekolah menengah dulu terbayang-bayang di kotak pemikiran aku. (Eleh! Simpan saja judgemental kau itu, aku rasa SEMUA orang ada pandangan berbeza pada guru-guru yang pernah mengajar korang dulu.. kan?kan? Tak baik menipu)  Sebab apa aku kata tak layak? (suka hati je aku men-judge seorang Cikgu)  Terdapat beberapa kejadian kat sekolah aku belajar dulu yang aku rasakan dia telah menggunakan kuasanya sebagai seorang guru secara melampau dan keterlaluan, dan aku rasa dia tak pandai pun mengajar. (waktu ni aku Tingkatan 2, belum akil baligh).

So apakah kes dengan tajuk entri ini? 

Tunggu lagi






Friday, October 28, 2011

Aku Sangat Takut Tentang Perihal Ini

Aku perhatikan ramai bekas pelajar aku sedang dalam perjalanan untuk menjadi seorang insan yang bergelar Cikgu. Dan aku amat takut tentang ini.

Sebab? 

Hmm.. aku kena cari balik majalah rasmi SMK Kapit 2 (Wave) edisi pertama untuk menerangkan hal ini. Sebab di dalamnya ada satu artikel hasil cernaan aku mengenai perihal aku menjadi seorang guru. Adakah ini yang dikatakan..


*"what goes around comes around"?

Tunggu.

P/S: memula * tu aku tulis "hukum karma" tapi bila aku baca pasal -->Hukum Karma<-- ni, aku tukar pada pepatah Inggeris tu. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Sunday, June 12, 2011

Tak Pandai 'Mengajar'. Suatu Penaakulan Mantik

Penaakulan mantik  = Mathematical reasoning
Jika.... Maka...  = If... Then


Aku nak sangat sangat sangat sangat sangat luahkan sesuatu. Hati dan perasaan aku begitu membuak-buak mahu melimpahkan sesuatu yang terbuku didada.

Kadangkala dalam menjalani rutin hidup harian, aku akan berhadapan dengan ramai insan yang memandang rendah terhadap profesion perguruan. Pada mereka, rumus matematiknya sangat senang.

Cikgu = lepak + banyak cuti.

Suatu masa dulu aku akan berhujah dengan panjang lebar tentang kesusahan menjadi cikgu dan segala macam cabaran menjaga pelajar-pelajar yang bermacam perangai dan karenah. Tapi pada masa sekarang, aku hanya senyum sahaja. There's no use talking to people whose mind is already set.

Tajuk entri aku sebenarnya boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja. Bukan sahaja kepada aku yang bergelar Cikgu, tapi juga kepada pelatih sekolah memandu, kepada coach sukan, kepada ibubapa dan senarainya berterusan.

Aku CUBA (walaupun kerapkali gagal) sedaya upaya aku untuk jadi seorang yang lebih baik. Biarlah orang sahaja yang bercakap tanpa perasaan.
Sendiri harus tahu. Apa yang dipertuturkan, kadangkala sebenarnya mencerminkan diri sendiri.

Rumusan aku?

Sangat mudah jika menggunakan Teori Penaakulan Mantik yang pernah dipelajari sewaktu Tingkatan 4 dahulu.

JIKA.. dikatakan menjadi guru itu mudah, sangat kacang dan sangat lepak, samalah juga mengatakan menjaga dan mendidik beratus-ratus pelajar, iaitu anak-anak ORANG LAIN yang berjenis-jenis perangai, sikap dan tingkah laku itu MUDAH. (Harus diingat, guru tidak boleh bertindak secara fizikal walaupun had kesabarannya berkali-kali diuji.)

Dan adakah ini bermaksud, secara penaakulan mantik....

MAKA.. menjadi ibubapa, iaitu menjaga anak-anak sendiri yang sudah pastinya kurang sedozen bilangannya sangat LEPAK sambil makan kacang. (Lebih-lebih lagi, ibubapa boleh menggunakan apa sahaja kaedah, baik mental atau fizikal untuk tujuan mendidik)

Dan pada masa yang sama,

JIKA.. PELAJAR gagal menguasai sesuatu (pelajaran) adalah kerana guru tak pandai mengajar.

MAKA.. (sila sahut cabaran aku) silalah buat penaakulan mantik untuk ANAK-ANAK yang gagal membentuk sahsiah diri pula.

Konklusi?
Aku tak pernah mengatakan mendidik anak-anak itu senang dan mudah. Aku sangat hormat kepada insan yang bergelar ibu dan bapa.  Dan aku juga harap, orang tak melabelkan bahawa guru itu adalah pekerjaan yang senang. Marilah kita saling hormat menghormati. Boleh?

Wallahualam.