Readers

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Memory Lane Revisited ~ 13 Years Later


Harini pagi-pagi lagi aku dah bangun. Semalam proceed dengan plan balik (again) ke Melaka. Malas nak tangguh-tangguh lagi, nanti lagi penat. Ingat harini nak pergi Mydin MITC, Melaka Mall and Jusco tapi perasaan malas nak bawak kereta melanda. So aku pun kemas halaman rumah je harini sambil
petik
kait buah sukun 2-3 bijik kat depan rumah. Akak aku mesej kata nak balik esok. Best-best! Plan nak pi Tanjung Bidara on Friday. Best-best! Akunye back tetiba naik rashes yang teruk, camne nak bagi dia ilang ek? Hopefully air laut boleh soothed 'em down. ~ahahaha, tetiba iklan~ Harap-harap tak ujan.

BEFORE (dapat daun getah je, Getah dia setitik pun toke estet ni tak bagi.. LOL)

AFTER (Dah selonggok daun kat ujung sana, petang plan nak bakar estet kat sebelah daun yang asyik gugur tu.)

Harini buka FB dan aku tengok ada la 2-3 orang member reply back pelawaan aku nak buat small re-union esok. Takpe la, janji ada dan harap-harap jadi. At least bila sekali dah buat, nak plan seterusnya dah senang. Dah 13 tahun aku tinggalkan Jasin ni rupanya. A lot of bitter sweet memories. Hmm esok rasanya apa la yang nak di bualkan. For sure a lot of them will be curious about my suddenly MIA status 13 years ago. Aku sebenarnya tak rasa yang aku MIA. Tapi biasala, 1998 punya zaman mana ada handphone sorang sebijik, mana ada laptop, mana ada wifi and broadband, so sangat susah nak update, inform dan keep in touch dengan kawan-kawan. Cuma nak tergelak bila Amzari yang aku terjumpa kat KFC Jasin bulan December lepas bagitahu yang most of my friends have concluded that aku dah balik Indonesia lepas abis SPM. Ada ke patut? Tapi yang pastinya, kebanyakan kawan-kawan baik aku dah pun berkahwin dan have a family of their own. Manakala aku still macam 13 tahun yang lepas (termasuk masih handsome and tak boroi) So secara ringkasnya, aku dah draft out a script kalau ada sesiapa try to pry into my life.

(Inhale)
"I 'rocked' as a teacher 5 years ago, but now it sucks. My personal life was very cool, but now it sucks. My love story started like a fairy tale but towards the end it really sucks. In a nutshell, EVERYTHING sucks! Waddabout you?"
(Exhale)

Takdela macam tu sekali aku jawab kot? Nanti marah pulak kengkawan.

P/S: Sebenarnya kehidupan aku takla se-sucks dan se-crap mana pun (and I am really grateful for that). Cuma bila kerjaya yang aku sangat-sangat minat ini jadi macam ni, membuatkan aku rasa sangat-sangat down.

Tuesday, February 1, 2011

A Journey Back

(A Journey HOME sounds awkward for now, hence the word BACK) Heading back to Melaka today. Feels like nothing been accomplished in the past few days I'm in KL. (Can I start over?) Apa je yang aku buat ye? Not much, but I've spent more than RM4000 during this 4 days period!! The biggest purchase would be a brand new spanking leather seats (wrapped/stitched in) for my ride that set me back for RM2200. Harga asal ialah RM2500. I guess my haggle-til-satisfied days are over. I thought they could do it on-the-spot, (sekarang kan semuanya pantas) but boy was I wrong. They were fully booked till near-end Feb. I left my planner & can't remember (read: I don't care) which Saturdays were the replacement school days so the appointment is set on 26th Feb (the 'safest' date coz I'll be in KL for sure). So come 26.. my car will batu-bata!! (rocks!!)

Sekarang ada 5 hari lagi sebelum sekolah buka semula, and 38 days til another week of holiday (yes, I am THAT eager when it comes to school holiday, that's why this blog is named cikgukeaku - I am questioning myself, save someone else trouble from doing that).

There is a lot of stuff I want to do. Hopefully all can be accomplished in the next few days. I am lagging behind.

P/S: I am planning for a get together with my Jasin's friends this CNY. Hope the plan will materialize. ~Ya Allah, permudahkanlah perjalananku hari ini. Semoga aku selamat sampai ke Melaka semula. Amin...~

Saturday, January 29, 2011

Touchdown

Alhamdulillah dah sampai Rawang, jalan dari Subang to Damansara jam gila. Nasib cuaca tak berapa panas and dah siap cuci kereta sekali. Nothing much happen today.. Tak taula lagi apa plan malam nanti, plan nak pi Tesco sat, window shopping....

Friday, January 28, 2011

My Kickstart Morning

Dah nak pukul 12 malam, still sempat untuk update peristiwa harini. Pasal hal semalam, disebabkan aku bengang & nak melarikan diri dari menghadiri jamuan after school, aku tertinggal folder aku kat teacher's lounge (read: absent minded). Takde apa pun yang penting dalam tu. Cuma 2 helai kertas yang aku kena elaborate untuk BACA KEESOKAN PAGINYA!! (pagi ni). Adus!! Sebab aku memang jenis yang last minute (tapi tak menyusahkan orang ..peace..) pukul 2200 baru aku perasan benda tu tertinggal, so kalau nak pergi sekolah yang jaraknya 25 km dari rumah aku ni memang di luar persoalan lah. So, this morning I have to drag myself out of the bed as early as 5 o'clock so I can be at school at 6:30am -Just because I left something that I have to prepare which actually someone else supposed to finish yesterday- Dahla pagi tadi baru aku terbaca plak SMS yang Cikgu Rosni (mentor aku yang baik) hantar, ada tema la pulak pagi ni, warna BIRU. Kena la plak iron coz aku dah siap nak pakai baju berkabung Melayu. Aku tak pasti sangat aku ada tak baju biru sebenarnya (read: Colour blind). So, aku rasa sesiapa pun dapat rasakan betapa menyampahnya gembiranya aku mulakan hari pagi ni. Sampai sekolah pukul 6:45am tadi aku cari folder tu dan mula menulis. Masuk plak Afiq and the gang kacau borak-borak ngan aku awal-awal pagi. Nak suruh pergi kesian plak so aku biar je dorang hang up kat bilik guru sambil aku reka skrip sampailah makhluk bernama Afiq ni bersuara "Awal-awal pagi pun dah ada kerja ye Sir" aku senyum je angguk. Pastu sambung lagi, "Ni kerja rumah Sir ke? Kitorang pun macamni la... awal-awal pagi buat kerja rumah yang tak siap" Cis! Bertuah punya budak, aku dah bagi lepak kat bilik guru pun dah bagus.

Skrip siap. Dengan tulisan cakar ayam (atleast aku buat). Aku pun gerak menuju Dataran Budaya; the venue for the sent-off ceremony. Then pengawas bagi aku satu aturcara majlis, sangat warna-warni, full of colour and when I opened the pamphlet.. BAM!!! Kat tengah-tengah tu dah siap biodata ketiga-tiga cikgu yang berpindah ni. . Aku ada sedikit bengang dan ada banyak tak percaya. I highly doubt that the pamphlet is a reproduce, rewrite, recreate result of a less than 24-hour work selepas laptop masuk virus. Sah-sahla semalam cikgu yang sepatutnya ditugaskan buat ni tak siap lagi, hence the excuse masuk virus. "Abis, saya baca yang ni je boleh? Tak payah baca yang saya tulis." Aku tanya Cikgu yang incharge.
"OK".


Pagi yang cerah tadi, aku proceed dengan jayanya baca biodata cikgu-cikgu yang berpindah ni.. walaupun tersekat-sekat sebab aku pun tak dapat nak recognise aku punya tulisan tangan sendiri.

Apa?

Ingat aku sanggup nak buang usaha aku bertungkus lumus bangun awal pagi.............. masak air panas supaya mandi tak sejuk sangat.............iron baju warna biru (which actually was GREY.. but my blue tie had saved the day) and being ridicule by my own student semata-mata nak baca kerja orang lain yang lambat siap? Baik aku baca nukilan aku sendiri. Baru puas hati! ('',)y

Harini budak-budak (yang aku ajar) agak sedikit baik. This maybe due to the fact ramai yang tak datang, buat cuti awal sendiri. Plan lepas solat nak pi Rawang rumah akak aku. Tapi sebab penat sangat and rumah still bersepah (read: still) aku postpone besok je. So cuti seminggu ni I am planning to refresh and sell rejuvenate my soul. For 1 week from now.. If people ask me cikgukeaku... the answer is a firm NO!