Readers

Tuesday, October 4, 2011

Pandainye!

Dekat siapa diorang belajar jadi kurang ajar ek?  Seriously.. I want to know. Because whoever is that person, he has surely taught them well.  Bravo!

Thursday, September 29, 2011

Show Me The Way To Their Hearts


Dah pukul 0205.  Jadi satu update yang sangat laju.  Harini dah 29hb September.  Besok merupakan dateline untuk permohonan pertukaran guru online.  Aku tak isi.  Sebab? Ada terlalu banyak sebab.  Lupakan dulu lah.

Sebenarnya baru siap buat cupcakes.  Khas untuk kelas 2A3. . This is the second time I am baking for them.  Kali pertama masa birthday aku bulan Julai dulu. Sangat teruja untuk letakkan gambar di sini. Sempat edit lagi tu. :)

Cupcakes 247


Selamat malam pagi :)

Monday, September 19, 2011

Oh Obat! Oh Obat! Mari Beli Obat

Hari ini aku MC. Memang tak dapat dielakkan. Sakit perut memulas-mulas + diarrhea + demam.  Kalau nak ikutkan memang malu dengan rakan sekerja.  Dah cuti dari Jumaat (Err... Rabu kalau Kem 1Murid 1Sukan kat Port Dickson dianggap percutian) nak tambah 'cuti' lagi? Tapi nak buat macam mana? Sakit ni datangnya bukan diminta. Jadi harini, kali pertama aku perlu mencari klinik sekitar Alor Gajah.  Sebelumni aku masih ke Poliklinik Hidayah di Jasin sebab aku rasakan doktornya sangat mesra, mengambil berat dan prihatin, pendek kata, ada human touch; Dr. Yadzil. Doktor yang sentiasa menjawab soalan-soalan hypochondriac aku dengan tenang walaupun kadang-kalanya soalan aku sangat lucu (censored LOL).   Penerangannya sangat jelas membuatkan aku, si hypochondriac berasa aman dan damai :p

Klinik pertama aku pergi tadi Klinik Sit* & Ehs*n (sangat predictable kan * tu?). Mula-mula lagi instinct aku dah suruh blah. Receptionist memang ramai, pesakit pun ramai, adalah dekat 2-3 orang makcik-makcik receptionist bertugas di belakang kaunter tapi semuanya 'sibuk'. Aku pun ikut berbaris untuk mendaftar. Lama juga aku dan beberapa pesakit berdiri di kaunter tak dilayan. Seorang pakcik ni pergi ke kaunter dispensari untuk mendaftar sebab semua receptionist melonggok berkumpul kat situ. Selamba badak je makcik tu tunjuk kaunter pendaftaran (Hello! Kitorang tau bacala). Pastu dia bagi borang dan duduk lagi. Pakcik tu panggil lagi. Makcik tu buat tak tahu je. Pakcik tu pun hilang sabar, tapi hanya merungut seorang diri. Aku pun hilang sabar. Berbeza dengan pakcik tadi, aku buat sesuatu yang amat menjengkelkan.

Pura-pura angkat telefon, dan cakap kuat-kuat.

"Hello. Ha-ah aku tak kerja harini. Kat klinik, ntah bila nak siap ntah. Kat kaunter ni. Yang jaga kaunter ni lembab. Makcik-makcik suku sakat doktor ni kot?  Okla nanti aku call ko balik. Aku nak cari klinik lain dulu. 

Buat-buat letak telefon. Pandang pakcik tu.. senyum.. dan segera bergegas keluar.. Hahahaha..Hati puas! (dosa kering betul)
(Kepada klinik yang disebutkan, sila pantau staf anda.. sangat menjengkelkan)

Klinik kedua, Klinik Famili, masuk je terus jumpa kaunter pendaftaran, daftarkan diri dan tunggu nama dipanggil.  Sangat lama. Nama dipanggil masuk. Doktor sangat skema, tanya penyakit, pegang dahi, sentuh perut. Tamat. (rindu aku kat Poliklinik Hidayah Jasin dan Dr. Yadzil)

Sampai rumah. Macam biasa; malas nak makan ubat.

Mak: Dah makan obat?
Aku: Belum
Mak: Kenapa?
Aku: Air suam takde.
Mak: Air panas ada di cerek, air sejuk di botol besar. Pergi la makan ubat.
Aku: (Dengan nada tak paham arahan) Air suam takde la mak.
Mak: *&^%! (Malas nak melayan kerajinan aku pergi jumpa doktor dan kemalasan aku makan obat)

P/S: Kepada Dr. Mohd Yadzil Bin Yaakub. Anda adalah seorang doktor yang hebat. Sila teruskan sikap mesra dan layanan profesional anda kepada pesakit-pesakit ;)

Cikgukeaku? dan seorang yang mudah sangat sakit hati perut ;p

Thursday, September 8, 2011

Pindah (Kuasa 2)

Lama menyepi, sibuk selaku tuan rumah dan segala perkara mengenai rumah, rumah dan rumah.
Kemaskini terakhir adalah mengenai grill pintu rumah. (Alhamdulillah, dah pun di tanggalkan oleh si Alvin)


PINDAH I

Dah hampir 3 minggu aku menetap di Kasa Heights (permanently)  dan dah 4 hari berulang dari sini ke tempat kerja, (sangat jauh). Masih belum dapat tune masa dengan betul. Kadang-kadang sampai terlalu awal, kadang kala lambat (boss, that's one of the reason I am asking for transfer). Terlalu banyak variables sepanjang jalan. Lori besar, kereta dipandu Mak Joyah/Pak Kolob yang sangat perlahan, 'membontoti' bas yang asyik-asyik nak berhenti, lembu melintas dan lain-lain.

Dan nak jadikan cerita cerekarama, minggu pertama sekolah dibuka semula ni pula merupakan minggu giliran aku menjadi teacher on duty. Kena sampai sangat lebih awal daripada biasa. Sepatutnya aku bertugas minggu depan, impromptu changes ni menyebabkan aku kurang bersedia dari segi mental dan fizikal. Pastu cermin mata pula tak dapat dikesan awal-awal pagi (kes semalam). Dekat 30 minit aku cari, akhirnya, bertawakal je drive kereta dari Alor Gajah tanpa cermin mata, sebab kalau lambat memang orang akan mengata perasan. Sebab sebagai guru bertugas, aku kena bagi taklimat setiap pagi untuk tempoh satu minggu ni.  Memang menduga betul. Haish!!




PINDAH II

Mulai 2 Sept lepas, permohonan untuk pertukaran guru dah boleh dibuat secara online. Walaupun aku rasa nak sangat-sangat-sangat bertukar ke sekolah lain, (atas terlalu banyak alasan yang munasabah dan tidak munasabah), aku masih belum mengisi aplikasi atas talian "EGtukar".  Sebab? Entahla, aku pun tak pasti, terlalu banyak perkara yang bermain-main dikepala otak.  Terlalu banyak "What if?"

Tetapi SATU perkara yang aku amat takuti (ye, aku pun ada perasaan takut jugak)

What if the situation is even *worst there?



*budak-budak keluar masuk sesuka hati waktu P&P, borak dengan orang kat luar sementara Cikgu mengajar kat dalam, tak masuk kelas/ponteng sepanjang hari sambil main takraw, merayau-rayau di sekitar sekolah. Korang ada perkataan lain selain worst? Please don't ever say those things are NORMAL.

Beralih kepada cerita yang sedikit relevan. Aku pernah baca satu buku motivasi ni. Tertulis di situ: 

To avoid experiencing something worst than the start of your day; eat a frog for breakfast - so when unexpected things happen, you can proudly say. "I ate a frog this morning, this is nothing".

Bangang kan motivasi dia? Hahaha.. Aku pun boleh tulis buku kalau setakat macam ni.  Tapi buat aku tergelak dan terfikir, benda-benda ni memang tak boleh dielak. Perkara yang mencabar/buruk/ menyakitkan hati pasti akan terjadi. Terima cabaran dan buat sesuatu tentangnya! (boleh tulis buku motivasi juga aku ni. haha)


This quotes make more sense daripada rapuan aku di atas

Jadi apa keputusannya?

PENDING!!


Ada masa sampai 30 September untuk 2011 untuk memikirkannya.











































Eh.. eh entri belum tamat..








Salam Aidilfitri (mestila ada gambar raya. Wajib!).. Gambar pertama tu sangat poyo tak releven, gambar sedang buat cupcakes dengan anak buah, tapi sebab ada orang komen cam model u*d**w*@r (hahahahahha.. mari muntah beramai-ramai), jadi aku pun letak sini.

Ok, sekarang gambar kontrol macho proper, kejap nak set muka.. hahaha.



P/S: Gambar satu famili belum ada, ada dalam kamera kakak aku, kemudian-kemudian baru letak.


Maaf Zahir Batin

Friday, August 19, 2011

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Tension yang teramat sangat. Aku beria-ia dah nak masuk rumah baru raya ni.  Satu persatu dugaan melanda. Mungkin salah aku jugak, Cepat sangat turunkan perisai bila bertemu dengan orang.  I guess I lowered my shield way earlier than I am supposed to resulting to be hit hard.  

Isu yang terkini pasal grill rumah. Ya grill rumah.  macam isu kecil, tapi kalau dah/akan keluarkan RM**** untuk grill dan hasilnya tak seperti di janjikan siapa tak terkilan dan sakit hati.  Aku rasa si Alvin tu dah mulai sedar yang aku pun boleh berubah dari sangat baik kepada sangat cerewat dalam sekelip mata. Dan ayat-ayat yang aku gunakan mulai sangat pedas dan sangat logik.  Sangat rugi kerana aku tak bawa Lumix DMC aku harini ketika melawat rumah. Kalau lah sempat dirakamkan reaksi aku kali pertama tengok grill tadi rasa-rasanya sama macam masa aku kecewa bila result paper Persamaan Terbitan keluar masa kat UTM dulu (pertama kali dalam hidup aku gagal!). Aku tak puas hati dengan workmanship dan juga hasil yang ditunjukkan tak seperti apa yang aku nak.  Dan si Alvin cuba cover line mengatakan "design itu sangat security". Lepas tu dia tambah lagi, "You punya grill function untuk cantik atau security? (secure lah!!)" (which really push my button!) Dimana aku jawab "Kalau nak security sangat baik buat gril macam penjara" dan aku sambung "this is the ugliest grill that I have ever seen! Macam rumah *****!" (tak boleh sebut, very sensitive).

Senang lenang dia tukar design grill aku. Aku pilih punyala cantik dan dia ubah macam hawau!!

Ni design yang aku pilih, sok nak upload his version. Very sengal!

Sakit hati sangat-sangat. Kalau dia yang bayar beribu-ribu hinggit aku tak kesah.  Ni aku yang bayar. Suka hati dia je buat macam rumah sendiri.  Esok aku nak kata putus samada dia boleh revert balik ke rekabentuk asal, kalau tak aku nak suruh dia buka dan pasang kat rumah dia sendiri, oleh sebab dia yang pandai-pandai ubah.  By the way, the workmanship is sooooooooo bad. Aku tak exxagerate.  Esok akan tunjukkan bukti.

.:Kemaskini:.

Ini gambar yang dapat ditunjukkan.  Seriously. Ones have to stand right in front of the grill to appreciate their ugliness. Urgh!!
Dari luar macam semak,  kalau duduk dari dalam macam harimau yang menyorok disebalik lalang. 
Antara kerja sembrono yang membuatkan aku hangin.
Oi, aku bayar RM**** la!. At least have a decency to paint properly!
Buruk kan?

Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Bulan Puasa

Alhamdulillah..

Terima kasih Men's Health!!

Menang lagi peraduan anjuran majalah Men's Health. Dah dekat 10 kali juga kot aku dapat hadiah dari magazine ni. Tak rugi jadi pembaca tegar.Tapi kali ni bukanlah peraduan tetapi lebih kepada memberi pendapat mengenai tiga rekabentuk muka depan yang mereka terbitkan dari Mei hingga Julai. Mungkin mereka rasa penulisan aku make sense dan sedikit bernas jadi aku pun terpilih.  Terima kasih sekali lagi.  Would definitely buy your magazines up to the the very last publication. (bodek) 

Harap-harap lepasni boleh dapat sesuatu yang lebih besar.  Amin.

Saturday, August 13, 2011

Dengan Sekali Lafaz Akad... Segalanya Telah Sempurna...

Hahahahahahahhaha... Mari gelak guling-guling.. Kepada kawan-kawan, pakcik makcik, sedara mara yang sangat pantas menekan link kat FB aku untuk menuju ke sini.

Kepada kawan-kawan yang sangat pervert prihatin.  Aku bercakap mengenai Lafaz Akad untuk pembayaran zakat fitrah lah. Bukan lafaz akad nikah kahwin.

Jadi kepada anak gadis yang dah tergenang air mata tu, sila keringkan pipi anda kerana saya masih available (hahaha! Perasan tak ingat). Masih teruna lagi lak tu.. hahahaha.

Selesai satu Rukun Islam, InsyaAllah nak pergi Haji pulak esok lusa.. Amin.

Petang tadi lepas tengok rumah kat Kasa Heights, singgah window shopping kat Tesco Cheng dan ternampak kaunter bayaran zakat.  Jadi aku pun bayar la untuk 2 orang (aku dan Emak). Malas nak tunggu-tunggu, takut sibuk dan terlupa. Kutipan zakat bagi Negeri Melaka ialah RM6.50 seorang.



Dengan sekali lafaz, aku telah selesai menunaikan salah satu dari Rukun Islam. Alhamdulillah.


Korang dah?

Zakat .:Bersih Jiwa Suci Harta:.


CikguKeAku? Ya, dan juga pembayar zakat tegar :)



P/S: Aku geram ngan kawan-kawan yang komen berjela kat link FB tapi menyepi kat ruangan comment kat sini.  Korang buta IT ke hapa? hahahaha