Sambutan Hari Guru kali ni, aku banyak di belakang tabir.
Aku hanya duduk diam-diam dalam Bilik Audio.
Aku tak ikut para guru berarak dengan paluan kompang di dataran. Aku tak bersama-sama mereka mendengar amanat perutusan. Aku tak ikut terima hadiah dari Ketua Tingkatan. Aku tak sama-sama melafazkan ikrar. Pemberian hadiah dari PIBG, badan pengawas dan individu pun aku tiada. Aku cuma pastikan sambutan tiada cacat cela dari segi perjalanan tentatif. Sesekali aku keluar dari persembunyian untuk memeriksa mikrofon. Mencukupi untuk setiap slot dan berfungsi dengan baik. Juga menerima isyarat dari pelajar pembantu samada lagu iringan perlu dimainkan untuk persembahan.
Lagu Guru Malaysia
Satu persatu acara berjalan dengan lancar. Sampai waktu menyanyikan lagu Guru Malaysia. Aku bangun, menjengah dari tingkap, melihat kearah cikgu-cikgi SMS. [Setan dalam hati cakap: Apala cikgu-cikgu ni, berpuluh-puluh tahun bergelar guru, masih ada cikgu yang masih rujuk petikan lirik? Padahal, ni lagu WAJIB maktab]. Lepastu, cepat-cepat beristighfar [Ya.. Aku mahu berubah, nak kurangkan kritikan negatif]. Aku mulanya memang tiada hati nak nyanyi bersama, lagipun aku kat Bilik Audio, gile ke apa? Tapi lagu Guru Malaysia ni memang ada hantu roh. Tiba-tibanya mulut aku nak juga ikut serta menyanyi. Kuat pula tu. Agaknya, aku memang tak boleh tipu diri aku. Semangat aku dalam bidang pendidikan ni masih menebal rupanya. Setiap bait rangkap aku amati jelas-jelas, sama seperti kali pertama aku dengar lagu ni masa sekolah rendah lagi. Sekolah rendah lagi aku dah ikut nyanyi, punyala tak malu. Aku ingat lagi, sampai kena perli dengan kawan-kawan, "Woi, Ko ingat ko cikgu ke?"
Satu persatu acara habis, semuanya lancar, [setidak-tidaknya dari pemerhatian orang dihadapan tabir].
Anugerah Guru SMS
Anugerah Guru SMS, diundi oleh para pelajar beberapa hari sebelum sambutan.
Kategorinya:
Guru paling dedikasi (pemenang: cikgu yang baru dapat pangkat Guru Cemerlang DG52, sapa lagi),
Guru paling sporting (Guru sukan)
Guru paling kreatif (Cikgu yang mengajar seni)
Guru paling tegas (cikgu disiplin, mana boleh orang lain)
dan entah apa-apa lagi, semua aku dan Aslam dapat teka dengan tepat, kecuali yang paling sporting tu.
Ada 2 kategori lagi:
Guru Bergaya (lelaki)
Guru Bergaya (perempuan)
Masa nak diumumkan, pengacara majlis tak sebut bergaya tapi 'vogue'. Aku dan Aslam pun jengah melalui tingkap. Tak sabar nak melihat siapa yang poyo sangat diundi vogue. Yang perempuan tak menjadi hal la... yang lelaki ni.. poyo berapi..
Guru Lelaki Vogue SMS tahun 2011........
Tak tahu mana nak letak muka plaque ni. Kat meja bilik guru atau simpan kat rumah. Sepanjang sambutan hari guru ni aku dijadikan 'bahan' oleh budak-budak dan cikgu-cikgu.. "Cikgu 'vogel'". [Senyum dengan kelat sekali]
Hadiah Hari Guru
Hadiah lain..
Terima kasih semua!
Kebanyakannya dari PIBG, badan Pengawas, Majlis Guru Pekerja, Panitia dan lain-lain. Tu sebab nampak cam banyak.
Hadiah yang paling comel aku terima ialah daripada para pelajar pendidikan khas:
Hadiah ni hadiah DIY oleh para pelajar pendidikan khas.. tq.. tq.
Hadiah yang buat aku tersentuh:
Hadiah daripada Nurhamiza, Pelajar yang aku latih untuk baca sajak untuk sambutan Hari Guru.
Budak ni tahu aku tak 'selesa' di SMS, jadi coretan dia dalam kad ucapan ini sangat terkesan dalam hati aku...
Terima kasih juga buat Afiq (yang aku tak sangka akan bagi aku hadiah sebab aku ingat dia sangat anti aku. Mana tak nya.. dalam kelas, perkataan yang keluar dari mulut dia mesti menimbulkan api kemarahan aku yang meluap-luap), Salina, Nurhaliza dan Hilmi. Kepada lain-lain yang Cikgu terlupa .. Maaf ye?
Tapi 'hadiah' paling bermakna yang pernah aku dapat sepanjang bergelar guru ialah gambar yang sedang menjadi gambar profile akaun FB aku sekarang. {baca disini}
Okeh.. Post sempena Hari Guru selesai sudah.
P/S:
Aku sedikit hairan kenaapa SMS perlu mengarahkan para pelajar mengumpul duit untuk membeli hadiah kepada guru kelas. Bagi aku ni dah membelakangkan nilai sentimental sesuatu pemberian. Kalau budak-budak nak bagi hadiah pada cikgu mereka, biarlah dari hati yang ikhlas.. kan?
5 comments:
yaaaa..
and the most vogue teacher's award goes to...
Mr Eff~
^^,
@The Dutchess: Hahahahahahaha..... very funny huh? ;p
xpe la klu diaorg diarahkan kumpul duit tuk beli present..yg penting ko tau,keikhlasan diaorg kumpul tu dpt kat cikgu mana...disitu kite nmpk penilaian pelajar pd cikgu...cikgu mana yg berdedikasi..kan!!!??
@Anonymous: Dorang kena 'paksa' bagi kat cikgu kelas memasing... so tak dapat nak nilai.. semua cikgu kelas dapat satu "hadiah tanpa perasaan" haha
aku cgu kelas jg..setiap kelas kna sedia 2 adiah..satu unt gru kelas n satu lg akan diberi kpd guru2 yg bukan gru kelas (ditentukan oleh AJK Hari Guru)..menyedari akan perkara yg ko ckp ni, maka aku sediakan adiah tu dgn $ aku sendiri..dua2..kira cam beli adiah unt dri sendiri = syok sendiri (what everr)..kah3x..tp lastly, aku bg adiah aku tu kat ex-cgu aku yg ngajar sma dgn aku kat sekolah ni..hehehe..cgu aku, kan? hehehe
Post a Comment