Readers

Saturday, May 21, 2011

Encik Ronald McDonald's.. You're Killing Me!

Kes-kes sedih dan cemas
  • Tempahan aku untuk bercuti di Cherating mengalami masalah (tiada tempahan di kesan) hingga ke saat ini, tapi pihak hotel janji akan cuba selesaikan secepat mungkin.
  • Gaji bulan Mei aku 'tak dapat di kesan' sebab berlaku konflik antara sekolah lama dan sekolah baru di mana kedua-duanya nak buat gaji bulan Mei aku.. akhir sekali, dua-dua tak buat. (maksudnya cuti sekolah ini aku adalah seorang fakir miskin)
  • Aku terpaksa membayar interest yang sangat tinggi akibat kelewatan Bahagian Pinjaman Perumahan BPP yang gagal mengeluarkan bayaran kepada pemaju rumah aku dalam tempoh 90 hari yang ditetapkan. [Sedih sangat, duit diperuntukkan untuk beli sofa bed dah takde.. ]
  • Aku kena tipu bulat-bulat oleh agen MCIS Zurich yang datang ke sekolah berpura-pura sebagai wakil Koperasi Guru Melayu Malaysia Barat, KGMMB [yang ini aku tak akan lepaskan.. beri wang aku semula atau selesai di tribunal.. kes masih diteruskan]
Banyak benda yang menyedihkan yang aku dapat tahu dalam beberapa hari kebelakangan ini. Tapi yang buatkan aku bertambah-tambah sedih ialah keputusan ujian gula dalam darah aku yang aku buat siang tadi:

8.4 mmol/L

yang bermaksud aku berisiko untuk menghidap kencing manis.

Sebenarnya aku jarang-jarang buat pemeriksaan kesihatan terutamanya yang melibatkan jarum (aku tak boleh tengok darah.. boleh pitam, walaupun sedikit, tu sebab aku gugurkan subjek Biologi waktu Tingkatan 4 dulu). Tapi disebabkan ujian kesihatan tadi dilakukan di sekolah selepas LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan), aku pun beranikan diri menghampiri kaunter saringan darah. Jururawat yang ambil sampel tadi pun tanya samada aku memang penghidap diabetes, yang buat aku piss-off tak menentu tadi (maaf ye cik Jururawat, saya tak dapat menerima soalan begitu tanpa persediaan mental), dan tanya samada keluarga aku ada sebarang sejarah menghidapi kencing manis ~TIADA~ aku jawab dengan beremosi. (atau aku tidak tahu kerana selain keluarga nukleus, saudara mara yang lain berada nun jauh di seberang Selat Melaka).

Setelah semua pemeriksaan selesai,
~timbangan berat yang bertambah 2.5 kg dari timbangan biasa (timbang dia tipu, KPDKK sila ambil perhatian!!]
~ketinggian [yang aku rasakan berkurang 1cm]
....menyebabkan pengiraan BMI yang luar sedikit dari jangkauan normal [aku tak gumuk!!] ~beserta tekanan darah yang normal [Alhamdulillah], aku dipanggil semula untuk tetapkan temujanji untuk pemeriksaan lanjut minggu depan di hospital.

Pelawaan yang aku terima dengan hati terbuka. Sebenarnya, kalau setakat diperiksa dengan portable glucometer aku masih tak dapat terima kenyataan ragu-ragu dan inginkan pandangan kedua. Pemeriksaan pada temujanji berikutnya akan dilakukan dengan lebih terperinci dan mendalam [maksudnya aku kena puasa untuk dapat keputusan yang tepat].

Dalam masa beberapa jam ini, aku sangat sibuk melakukan carian Google mengenai informasi diabetes.

"Fast foods should always be avoided. The fat and sugar content in most fast foods is extremely high. Always look for a healthier option. Much food packaging now contains information on the food's sugar content. Most restaurants and even fast food outlets now have healthy meal options, such as salads or fish dishes."

Pernyataan di atas ni aku telah lama tahu. Mungkin selama ini aku berasa sangat selesa dengan tetapan minda bahawa aku bukanlah seorang yang dikategorikan sebagai high risk untuk mendapat kencing manis, dan melihat semula kepada cara pemakanan aku, mungkin dah tiba masanya aku terima hakikat yang tubuh aku sudah tidak begitu muda dan kuat dan mungkin jentera-jentera penghadaman seperti pankreas tidak seoptimum dulu.

Nampaknya, pemburuan gelas kaca McDonald's (LARGE burger + LARGE soft drink + LARGE fries + sundae ice-cream) yang aku selalu lakukan tiba hari Jumaat perlu dihentikan [kot?].
Ini gambar lama, sekarang dah ada LAPAN set, jadi sila bayangkan berapa banyak aku makan.

Apa-apa pun, keputusan ujian glukosa aku harini banyak menyedarkan aku dari makan tidur dan aku berazam untuk tukar gaya hidup aku. Buat masa sekarang biskut tawar dan air suam nampak sangat-sangat menarik berbanding aiskrim didalam ruang sejuk beku peti sejuk. Setidak-tidaknya sehingga keputusan ujian kali kedua minggu depan selesai [senyum.. masih sempat buat lawak bodoh].

Maklumat mengenai blood sugar boleh didapati di {sini}

Cikgukeaku? Aku harap dapat hidup lama [secara sihat dan tenang] dan menikmati duit pencen.. Amin



9 comments:

Loriana Jara Philip said...

mnternak badan dh sekarang nii yeeeee..? =p

FriDay dA FourtH said...

@The Dutchess: Sila baca bebetul.. timbang tu yang rosak ;P

Masa duduk Kapit, selalu komplen takde fastfood outlet yang best.. skang bila dah pindah.. terus dapat tanda-tanda penyakit orang tua.. Guess that's life huh?

Anonymous said...

Keluarga nukleus tu ape?

rohazliza ramlee said...

aku tggu result next checkup..

FriDay Da FourtH said...

@anon:Keluarga nukleus tuh = emak+bapak+adik beradik... takde pakcik, makcik, nenek etc ;)

@Rohazliza: Aku pun..

Anonymous said...

sabar la yer f...klu makan bende2 mcm tu skali skala insyaAllah xder ape2..tp jgn la selalu..klu nk slalu,ajak aku skali..hehehe

amalkan gaya idup sihat..g la joging kat taman2 yg ada kat melaka tu..untung2 dapat aweks lagi!!hehehe

FriDay Da FourtH said...

@Anon

Hahaha.. Kesitu plak dia kona ye..Aku dah melupakan zaman awek berawek nih.. Dah 'penat' Ada.. alhamdulillah, takde pun takpe.. aku bleh pokus benda lain plak dalam idop..

Anonymous said...

sori ganggu.. saya nak tanya tentang agen MCIS Zurich tu sbb kakak saya skg tgh mengalami perkara yang sama. If xkeberatan, pls emel sy irischantek@yahoo.com.my. tqvm

Quartzite said...

Hai! Boleh tak explain more about mcis tu..my mom kene benda sama. If tak menyusahkan boleh tak emel saya di anisbalqiszulkefli@yahoo.com. tq so much