18 hari lepas aku berada dalam keadaan yang sangat menyeksakan jiwa raga. Aku kena skin allergy yang sangat teruk. Pergi klinik dua-tiga kali tapi Doktor masih salah diagnose. Mula-mula ingatkan gatal-gatal biasa lepas tu ingat early stage measles, tapi dia naik syeikh jadi macam ni:
WARNING!! Unpleasant Picture Ahead!!
WARNING!! Unpleasant Picture Ahead!!
WARNING!! Unpleasant Picture Ahead!!
Kawan aku cakap aku kena herpes sebab <masukkan kegiatan tak bermoral>.. Bangang tol! |
Aku memang ada allergy, tak boleh makan geragau, shrimp dan lain-lain makanan laut yang murah. (PEACE). Hahaha macam hampeh je. Kalau lobster, udang galah atau sotong goreng tepung yang sedap dan besar tu boleh je. Hahaha. Tapi masa kena ni, seingat aku memang takde melanggar apa-apa pantang. Jadi aku pun terfikir samada aku dah develop allergy baru sebab tahun 2008 dulu aku terpaksa senaraikan produk soya sebagai punca alahan terbaru. Kalau makan soy product boleh bertukar perangai. Seriously!!
Ok, sebelum terlebih merepek, baik sambung entri ni ke landasan yang betul. Aku pergi jumpa Dr. Yadzil untuk dapatkan ubat, macam biasa, dapat anti-histamin dan injection untuk kurangkan rasa gatal.
Gatal-nya masyaAllah hanya tuhan yang tahu, ada sekali tu aku garu punya garu sampai berdarah badan sebab gatal yang teramat sangat. (sampai air mata jantan keluar menahan sakit+gatal.. true story).
2 kali kena injek kat tempat yang sama, sakit woo!! |
Aku pergi sekali lagi jumpa Dr. Yadzil lepas selang 5 hari masih tak ok. Aku dah start la fikir bebukan. Tapi rasanya aku takde belasah mana-mana budak pun untuk tempoh setahun ni. Jadi takde sebab aku nak kena 'sembur'. (Pembelasahan bersebab kat Kapit tu cerita lama.. hahaha).
Last-last aku pergi Klinik 1Malaysia kat Alor Gajah ni. M.A. Dia bagi Benzyl Benzoat suruh aku mandi dengan benda alah tu. Untuk bunuh segala macam bakteria, kuman, hama yang ada katanya.
Alhamdulillah.. makin kurang dan lama-lama pun kering dan hilang. Tapi sambil pakai ubat tu aku pergi jugak mandi Ayer Panas Gadek (kesianla sapa yang mandi dalam kolam air panas sejurus lepas aku mandi tu). Tak sampai 3 km pun dari rumah aku ni rupanya. Dan mak aku pun ada rebus air Manjakani untuk aku minum+mandi untuk buang parut dan luka.
Bila akak aku tahu aku mandi manjakani dia cakap:
Bila akak aku tahu aku mandi manjakani dia cakap:
"Abisla nanti semua jadi 'rapat'.. nak kencing susah"...
Bengongkan?? Hahaha. Sebab dia mandi manjakani lepas bersalin kot? Aku tak bersalin pun dapat mandi air manjakani.. Jealous!!
(sebenarnya masa akak aku kata semua jadi 'rapat', kepala otak aku pikir susah nak berak bukan susah nak kencing.. hahahaha b.o.d.o.h!)
(sebenarnya masa akak aku kata semua jadi 'rapat', kepala otak aku pikir susah nak berak bukan susah nak kencing.. hahahaha b.o.d.o.h!)
Tapi.. ni la result hasil usaha dan ikhtiar selama nih.
Ada sikit lagi merah-merah tapi not that obvious kan? |
Alhamdulillah, aku sebelum baik ni asyik fikir kalau tak sehat macam mana la nak mengajar. Tergaru sana tergaru sini macam gibbon je. Takkan nak M.C.? Sekolah baru je nak buka. Kang tak pasal-pasal orang dok pandang serong dengan aku ni. Asyik M.C. jer. Kan?
CikguKeAku: Tahun lepas ada beberapa orang yang tak puas hati atas kekerapan aku MC, tapi aku ambil secara positif, tak guna nak marah atau mempertahankan diri. Mungkin aku ni banyak dosa berbanding orang lain. Sebab ustazah aku pernah cakap, sakit adalah penghapus dosa. :)
No comments:
Post a Comment