Semalam Hari Guru.. Sepatutnya aku tulis sesuatu kat sini pasal pre-celebration, tapi sebab ada kerja-kerja lain yang lebih penting terus terlupa.
Sebenarnya aku memang takde mood nak sambut Hari Guru tahun ni. Entahla, nak kata semangat luntur pun tak juga. Ada masa-masa aku masih bersemangat sediakan teaching aids yang beraneka walaupun aku sendiri tahu yang berkemungkinan aku sorang sahaja yang akan teruja dalam kelas nanti.
Jadi kembali kepada fokus coretan asal, aku diberikan tugas sebagai KETUA ahli jawatankuasa persembahan untuk sambutan. Yang aku terima dengan hati terbuka, tak kisah, aku cuma perlu pastikan persembahan yang telah dirancang berjalan dengan lancar pada hari tu.
TEMA
Warna Ungu. Jadi semua guru dan para pekerja sekolah aku dikehendaki cari sesuatu yang bewarna ungu sebagai busana pada hari tersebut. SMS memang macam tu, ada sambutan, mesti perlu warna tema, selalunya aku tak ambil peduli, belasah saja, bagi aku ini satu pembaziran, tapi memandangkan ini adalah Hari Guru a.k.a Hari AKU, aku pun dengan muka sememeh pergi cari tali leher (sekurang-kurangnya aku cuba menyesuaikan diri dengan budaya SMS]. Masalah yang melanda aku sejak azali ialah aku buta warna. Jadi membeli belah selalunya menjadi mimpi buruk terutama jika perlu warna yang spesifik. Cari di Jusco, jumpa yang berkenan, tanya kepada si jurujual yang memberikan aku lampu hijau, sampai di kaunter, tanya si penjaga kaunter, sekali lagi lampu hijau dan persoalan "Kenapa?". "Takde apa cuma mahu pastikan". Jawapan yang paling selamat. Entahla, malu sangat kalau dunia tahu pandangan warna aku berbeza.
Sangat tak berpuas hati sebab beli sesuatu tanpa potongan harga.. Grrr!! Tapi apapun, misi selesai!
Oh ya itu tema warna sambutan sekolah, Tapi tema rasmi Hari Guru 2011 ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" [minta maaf ya, aku bukan nak kritik tapi sekali lagi aku dengar perkataan transformasi mungkin aku boleh muntah darah kot? Tolonglah, aku tahu bertukar atau berubah ke arah yang positif itu penting, tapi jangan lah gunakan satu perkataan dengan berlebih-lebihan, dulu beria-ia dengan anjakan paradigma.. setiap kali ucapan, mesti ada perkataan anjakan paradigma. Sila lakukan satu lagi transformasi.. please]
TUGAS
Mulanya aku fikir jawatan sebagai AJK persembahan tak sesukar mana, lebih-lebih lagi ada 4 orang lagi yang AKAN menolong aku dalam memastikan persembahan berjalan lancar [salah! Sangat salah! Tapi aku tak mahu kritik, kawan aku kata buat kerja dengan ikhlas, hati akan senang. Terima kasih kawan]. Secara keseluruhannya, persembahan berjalan lancar, walaupun beberapa kali ada insiden si penjaga PA System, Cikgu Aslam hampir pengsan dengan masalah audio iringan setiap persembahan yang tak diperolehi dari guru-guru pembimbing setiap persembahan walaupun persembahan sudah hampir bermula. Aku hanya mampu bagi arahan 'tarik napas! Cool! Cool!' saje setiap kali insiden CD belum sampai dan permintaan muzik latar secara impromptu berlaku. Haha (Terima kasih Aslam!)
Perjalanan Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat SMS berjalan lancar. Aku ke sekolah tanpa tali leher ungu.. Sebab? Aku terjumpa sesuatu dalam koleksi pakaian aku yang memang dah menepati syarat-syarat rupanya. Tapi aku sendiri tak perasaan sehinggalah Emak bagitahu warna baju kemeja tu ungu, Egyption cotton lagi. Jadi tali leher ungu tu memang satu lagi pembaziran (purple shirt with matching neck-tie is a no-no) yang akan dimasukkan kedalam koleksi 28 tali leher aku..
Dengan rasa rendah diri, pertama kali menempel gambar diri sendiri dalam blog Cikgukeaku
Selamat Hari Guru semua.. Kepada para pelajar.. tolong hormati guru-guru anda.. Kami juga ada hati, perasaan dan juga HAD kesabaran...
6 comments:
lol....xkutahu plak ko buta warna...cousin aku pun ada sorang...tp aku harap ko tau ape color bende yg penah ko bg aku suatu ketika dulu..hehehe
Ye aku kaler blind... sila bagitahu dunia.. hahahah
aku rs ko xpernah pakai baju tu kat Kapit..@ aku yg lupaa..aku bnyk lupaaaaa :)
Mana der.. baju nih tak le selama itu kot? Ntah aku pun tak ingat.. ader jer dalam almari ;)
Yang sebelah kanan ke kiri?
Yang berdiri
Post a Comment