Readers

Friday, July 15, 2011

Aku Rindu


"Apa ada pada Kapit yang sebesar Carrefour Subang Jaya ni? Fastfood pun tak ada, nightlife zero, makanan tak sedap, harga pulak merepek. Kalau aku bawa kereta tak sempat nak masuk gear dua dah sampai tempat nak pergi. Budak-budak dia pun macam pelik ja. Nama macam omputih"

~aku, 5 tahun lampau


AKU RINDU

Aku rindu nak naik bot ekspres yang sejuk macam freezer.
Aku rindu nak duduk 3 jam dalam bot untuk sampai ke destinasi.
Aku rindu nak makan burger McD lembik dan ayam 'berpeluh' KFC yang di kirim dari Sibu.
Aku rindu nak keluar makan dengan kawan-kawan dan marah dorang bila lembab bersiap.
Aku rindu nak keluar shopping kat Homemart dan balik tanpa beli barang.
Aku rindu nak ronda pekan lengang pukul 12 malam.
Aku rindu nak curi line wifi depan kedai Andy.

Aku rindu nak menconteng papan putih walaupun tak berkualiti dan meleding walau baru sebulan pakai.
Aku rindu nak naik tangga asrama yang penuh ngan rambut budak-budak dan berbau 'kambing'
Aku rindu nak jaga sesi belajar malam dengan budak-budak yang asyik nak keluar pergi kencing.

Aku rindu nak latih budak handball yang aku dera sampai sejam berlari.
Aku rindu nak mengarah team drama dan segala drama yang tercipta.
Aku rindu semua pelajar yang aku kenal dan kenal aku.
Aku rindu dengan nama-nama macam orang putih.
Aku rindu Well dan soalan-soalan cerdiknya.
Aku rindu nak mandi sungai dan air terjun.
Aku rindu SMK Kapit2.
Aku rindu Kapit.
Aku rindu Sarawak.
Aku rindu..





Ok habis.. nak nangis jap.. Waaaa!!!!


Kapit at dusk~ unedited

4 comments:

Loriana The Dutchess said...

seriously, LIKE this one..:)

FriDay dA FourtH said...

@Loriana
Tengah edit dah masuk commment.. Read the enty again.. especially the newly posted first part ;p

Anonymous said...

aku hanya suka gambar

FriDay dA FourtH said...

@Anonymous

Haha dengki seyh! Jumpa di Kapit :)