Readers

Thursday, July 21, 2011

Blog Aku Dah Dijumpai

Blog aku telah pun dijumpai oleh cikgu-cikgi di sekolah aku. Pada mulanya aku rasa macam nak tutup dan naikan security supaya hanya orang tertentu sahaja yang boleh baca. Tapi lepas aku baca semula penulisan aku terutamanya pada entri sulung pada blog aku ni.

entri sulung --> salam tazkirah <-- entri sulung

Aku rasa aku tak perlu buat macam tu. Perkara itu akan menyebabkan kehilangan tujuan asal blog ini ditulis.  Ini adalah sebenarnya 'rekod' aku tentang segala perkara yang berlaku pada aku sepanjang berada di tempat baru.  Dengan membaca semula tulisan-tulisan aku daripada awal perpindahan aku ke sekolah sehingga sekarang, aku dapat melihat sejauh mana penerimaan, pengalaman dan kematangan aku dalah menyesuaikan diri dan menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada sekolah ini dan juga pada diri aku. 

Mungkin ada yang marah, ada yang tak suka, tetapi seperti yang aku katakan... Ini adalah luahan aku terhadap perkara yang berlaku dalam hidup aku sendiri dan sudah tentunya aku berinteraksi dengan orang sekeliling (dan ada segelintirnya berada dalam blog ini kerana menyumbang kepada peristiwa yang berlaku pada hari tersebut).  Kalau tak suka, boleh berhenti baca dan tutup sahaja ;)

Kepada yang membaca dengan tujuan menilai diri empunya blog, aku rasa lebih baik sekiranya membaca ikut kronologi. Iaitu daripada entri pertama hingga entri terakhir.. supaya dapat sama-sama merasai perubahan dan penerimaan aku terhadap 'padang' baru ini.. Kalau baca songsang, (dari entri terbaru ke entri sulung), memang lainlah penerimaannya..

CikguKeAku? Aku cuba.


3 comments:

Loriana Jara Philip said...

btol.
setuju sesangat. :)

FriDay dA FourtH said...

@The Dutchess
Thanks.. ;)

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih