Readers

Tuesday, July 5, 2011

'K' stands for Kenangan. 'K' stands for Kasut?

Ahad lepas aku pergi sekali lagi ke Taman Kasa Heights atas urusan rumah. Sementara tunggu Alvin, sang interior designer sampai, aku pun sempat ronda-ronda dengan kereta tengok apa-apa yang menarik sekitar perumahan baru aku tu. Almaklum, aku bukan orang Alor Gajah, jadi belum begitu mahir dengan selok belok jalan dan tempat-tempat kat sana.

Seronok sebab aku dapati stesen minyak Petronas tak sampai pun 1km dari rumah, jadi lepasni bolehla dapat bekalan roti + suratkhabar kat sana. Kat dalam kedai Mesra dia pun ada ATM Maybank, jadi boleh jimat duit minyak untuk pergi mencucuk. 7-Eleven pun dekat je.  Yang paling seronok, restoran KFC lebih kurang 1.2km je dari pintu rumah. Aku dah berangan angan lepas ni tak akan ada malam yang dipenuhi dengan suasana kelaparan (sebab dia buka 24 jam sehari). Tapi itu aku punya angan-angan Ahad lepas.   Tapi sekarang, segalanya hancur mancur bila aku tengok video klip ni:



Macam hampeh. Pastu aku cuba buka Facebook KFC Malaysia, rupa-rupanya memang dah kecoh satu alam maya pasal video klip ni. Dan KFC Malaysia pun dah keluarkan satu kenyataan berhubung kes ni.

Kenyataan rasmi KFC Malaysia kat sini:



Aku malas nak mengomel panjang. (Tapi aku pun join the bandwagon menyerang terus-terusan pihak pengurusan KFC mengenai sikap tak profesional dalam menangani isu ini. Boleh cari comment/s aku dalam  kenyataan rasmi tersebut.)

Rasanya sesiapa yang baca kenyataan dari KFC ni pun boleh fikir sendiri yang KFC sangat tak telus dalam perkara ini, Dan yang menjadi tanda tanya, ada berapa lagi kes sebegini yang tak dihebahkan?  Sebab aku jumpa satu lagi video yang juga mengenai pekerja KFC yang biadap.


-satu link lagi dah hilang..aku akan carik balik nanti-
boleh tengok kat sini dulu:

Air perahan tuala hot n spicy KFC 

Sangat sengal. Aku sangat suka pergi ke KFC. Restoran ni adalah salah satu tempat yang banyak kenangan dalam usia remaja aku. In fact, waktu aku kena tangkap meniru paper Construction Safety and Site Management kat UTM dulu  (hahaha kantoi!!~tapi aku punya alasan tersendiri~) kat KFC la tempat aku dan kawan-kawan rapat berkumpul, perah otak dan berbincang cara terbaik untuk aku minta maaf dan pertimbangan dekat pensyarah yang tangkap aku tu. Nasib tak payah repeat..haha (bittersweet memoryIbrahim, aku tahu kau kadang-kadang singgah blog aku, ingat lagi tak kes ni?)

Banyak lagi la memori-memori manis kat KFC. Pernah sambut harijadi sendiri, sambut harijadi kawan, rai kemenangan pertandingan drama di Sri Aman 2008, makan dengan budak-budak handball, 1st reunion dengan budak SIS.... isk.. isk.. tak sangka pulak aku dah banyak melabur kat KFC rupanya.

Tapi aku rasa, sekarang aku nak berhenti berkunjung ke KFC dah, selagi pihak pengurusan tak betul-betul bertindak.  Entah-entah, ayam perasa kasut tu pernah aku makan. Yucks!!


Cikgukeaku? Harini aku jadi food critic.. hehe

2 comments:

Loriana The Dutchess said...

perggghhhh!
kuang ajaq pnya pkrja kepsi..!
making me think twice to have fried chicken there.. '=.=

FriDay dA FourtH said...

@Loriana.. No need to think twice.. just don't go there til they settled all their messes. Unless you like eating kaki flavoured ayam :P