Posting kali ni agak
Nota Untuk Diri
Nampaknya, surat MC dari certified doctor sahaja tidak mencukupi.
Lepas ni kalau MC dan sakit mesti ambik gambar.
Lepas ni kalau MC dan sakit mesti ambik gambar.
Kalau cirit-birit harus amik gambar untuk bahan bukti jugak.
Nota Tamat
On the contrary, Penolong Kanan 1 sangat sangat profesional, walaupun mengetahui ada 2 orang guru yang belum menyempurnakan tugas menyiapkan perancangan strategik yang sepatutnya dihantar sebelum cuti lagi, dia just nasihatkan cikgu-cikgu tersebut supaya tahu diri yang dimaksudkan dan menghantar dengan kadar segara.
Takde pulak dia tembak "ini bukan watak seorang Guru Cemerlang (Ops!) " Kalau nak tembak boleh je kan? Talk about being professional and caring about the feeling of others.
CikguKeAku?Ada sekali aku datang sekolah jugak walaupun cirit-birit. Mengajar 10 minit pegi tandas.. macam tu la rutin nyer... end-up kelas asyik ditinggalkan dan akhirnya Penolong Kanan suh pi amik MC jugak.
Sebab apa aku mengada-ngada datang? Mungkin aku lebih suka tersenarai dalam Top-ten list perangai pelik guru (kategori terberak dalam seluar) daripada Top-ten List Paling Banyak MC kot?
:Kemaskini: 31 Dec 2011
Memandangkan 1 hari nak Tahun Baru, aku baca balik setiap entri yang aku pernah tulis dalam blog ni. Konon-konon sebagai mengingat semula apa yang terjadi pada diri aku dalam tempoh setahun ni. Rupa-rupanya aku pernah tulis pasal aku selalu cirit birit.
Hmmm.. difikirkan semula, kesilapan aku ialah aku mempunyai perasaan malu dengan rakan sekerja bila terpaksa ambil cuti. Sepatutnya tak perlu rasa malu kot? Sebab berdasarkan rekod, bila tiba penghujung tahun, tahula orang nak malukan kita. Ha-ha-ha.
Hm.. 'lain padang lain belalang..'
..memang tepat sekali..
CikguKeAku? Aku sentiasa doa supaya tak ditimpa sakit, tapi Tuhan lebih mengetahui. Tapi aku masih bersyukur kerana tak ditimpa penyakit-penyakit yang kronik. Alhamdulillah.
6 comments:
cirit birit adalah satu penyakit. mmg patut ambik mc.jgn sampai ada cikgu yg terberak kt seluar....wahhh fofuler sekolah tu nnt termasuk cgnye sekali
@watsernama a.k.a Madam Beras :)
Tergelak saya baca... achieving instant popularity in an awkward kind of way.. haha
Hahaha.. lawak. Ada senarai top 10 list MC terbanyak ke sekolah kau?
Sekolah aku tak la sekijam itu.
Tapi kalau ada mesti aku mintak buat top 10 list cikgu tuang kelas, tak masok sit-in, punch merah, conquer bilik-bilik khas... takde ke?
hahahaha
Hang in there Eff, dah sakit, MC je, bukan kita minta sakit.
@aku-sekolah-bandar
:) Thanks!
Aku no. 4 kot.. tak berapa pokus sangat.. ;p
I am hanging here! Agi Idop Agi Ngelaban!!
Kecoh le.. Ko MC berapa hari? Lebih dari yang dibenarkan dalam pekeliling ke? Kalau lebih patot la di hebah-hebahkan.
Kalau tak lebih, aku sokong aku-sekolah-bandar.. Lebih Baik hebahkan cikgu0cikgi yang tak mengajar (kalau ada la)
Peace
@Anonymous
7 hari rasanya. Ntah la.. aku pun tak paham and no comment pasal yang tak mengajar nih :)
Post a Comment