Readers

Sunday, January 30, 2011

Please Understand Me ~ My Silent Cry For Help



Wilson -from Castaway

There are more teachers in a mental institution (In Malaysia) than any other professions ~ from a reliable statistics

The number of teachers at public schools who took leave for depression or other kinds of mental health problems marked a record 4,178 ~ The Japan Times

Sangat penat dan sangat susah hati. Aku rasa sedih sangat. Cubalah fahami masalah aku or else I'll end up in a mental institution. SERIOUSLY. Aku tak tahan dengan kehidupan aku sekarang. Balik rumah, tengok pintu, tengok rumah, tengok TV, tidur, pergi kerja, balik rumah, esok pergi kerja balik, menghadap pelajar yang tak mahu belajar. I need some companion. Someone that I can talk too. Girlfriend? That is long time over and I am not planning to elaborate more on that. Dan kalau ada girlfriend pun mungkin menambah masalah aku ni.

Please understand me. Sekarang ni cuti sekolah. I am trying to get over school problem. Ada 7 hari lagi sebelum sekolah buka semula dan aku baru sahaja sampai Rawang. Tak kan nak balik dah? Tak sampai pun 24 jam jejak punggung. Bagila aku release tension dulu. For the last two weeks I don't have anybody to talk to. Now I am surrounded by many people and you want to go home instantly. Yes you will be there but you just don't understand. I've poured my heart out to you about the school problems and all but you don't seem to understand. I don't blame you for that. Maybe because we are in a different era and I am expecting too much. The journey is not physically tiring but it is mentally exhausting. Nak balik tergesa-gesa sebab apa? Bukan ada apa pun. I know it is a fact that you 'love' the house but please think about me too. Now I become easily disturbed and more bad tempered than ever. I am so sorry but please, at least try to understand the phase that I am going through.

Aku rasa, aku pun boleh jadi macam Tom Hanks macam dalam cerita Castaway tu. Jadi mental. End up talking to a volley ball named Wilson just to get his sanity. And that proves so much that having someone to talk to (and understand) is crucial for the sake of ones sanity.

So because of all that and everything else that I am experiencing, I keep pestering Well Celltone to come here to save my sanity until he gave in. So what is the problem now? I have known him (and his entire family) for 5 years now. Since he was in Form 1. I was there when his mother died, I was there when his grandmother died and when his father became paralyzed after a mishap in a logging camp. In fact, cikgu-cikgu and budak-budak kat sekolah lama aku ada yang panggil aku Apai Well (Well's father) sebab aku memang dah anggap dia macam anak/adik aku sendiri. Kakak dia pun dah masuk Islam way before I know him, so kalau pasal makanan ataupun way of life memang takde masalah lah sebab dia memang dijaga oleh his Muslim sister. So what is the actual issue? Money? He won't 'cost' a lot, that I can assure you. (Me in an institution will cost Me more)

So what is the problem? You can't understand me, at least please let people who can understand me come and be my companion. I am desperately in need of someone to talk to. I know it seems strange that someone that is dyslexic can understand me well, but that is the power of Allah s.w.t; He takes something important and gives something else in return. I am tired. I am so tired. I have no friends here. All of them had left. I came back just because you had asked me to (and I agree). Now let me have a little bit of my sanity back. Please understand me........

P/S: Although I try to put a brave front but my interior is crumbling on a very fast rate. Ya Allah, please make her understand.

Saturday, January 29, 2011

Touchdown

Alhamdulillah dah sampai Rawang, jalan dari Subang to Damansara jam gila. Nasib cuaca tak berapa panas and dah siap cuci kereta sekali. Nothing much happen today.. Tak taula lagi apa plan malam nanti, plan nak pi Tesco sat, window shopping....

Friday, January 28, 2011

My Kickstart Morning

Dah nak pukul 12 malam, still sempat untuk update peristiwa harini. Pasal hal semalam, disebabkan aku bengang & nak melarikan diri dari menghadiri jamuan after school, aku tertinggal folder aku kat teacher's lounge (read: absent minded). Takde apa pun yang penting dalam tu. Cuma 2 helai kertas yang aku kena elaborate untuk BACA KEESOKAN PAGINYA!! (pagi ni). Adus!! Sebab aku memang jenis yang last minute (tapi tak menyusahkan orang ..peace..) pukul 2200 baru aku perasan benda tu tertinggal, so kalau nak pergi sekolah yang jaraknya 25 km dari rumah aku ni memang di luar persoalan lah. So, this morning I have to drag myself out of the bed as early as 5 o'clock so I can be at school at 6:30am -Just because I left something that I have to prepare which actually someone else supposed to finish yesterday- Dahla pagi tadi baru aku terbaca plak SMS yang Cikgu Rosni (mentor aku yang baik) hantar, ada tema la pulak pagi ni, warna BIRU. Kena la plak iron coz aku dah siap nak pakai baju berkabung Melayu. Aku tak pasti sangat aku ada tak baju biru sebenarnya (read: Colour blind). So, aku rasa sesiapa pun dapat rasakan betapa menyampahnya gembiranya aku mulakan hari pagi ni. Sampai sekolah pukul 6:45am tadi aku cari folder tu dan mula menulis. Masuk plak Afiq and the gang kacau borak-borak ngan aku awal-awal pagi. Nak suruh pergi kesian plak so aku biar je dorang hang up kat bilik guru sambil aku reka skrip sampailah makhluk bernama Afiq ni bersuara "Awal-awal pagi pun dah ada kerja ye Sir" aku senyum je angguk. Pastu sambung lagi, "Ni kerja rumah Sir ke? Kitorang pun macamni la... awal-awal pagi buat kerja rumah yang tak siap" Cis! Bertuah punya budak, aku dah bagi lepak kat bilik guru pun dah bagus.

Skrip siap. Dengan tulisan cakar ayam (atleast aku buat). Aku pun gerak menuju Dataran Budaya; the venue for the sent-off ceremony. Then pengawas bagi aku satu aturcara majlis, sangat warna-warni, full of colour and when I opened the pamphlet.. BAM!!! Kat tengah-tengah tu dah siap biodata ketiga-tiga cikgu yang berpindah ni. . Aku ada sedikit bengang dan ada banyak tak percaya. I highly doubt that the pamphlet is a reproduce, rewrite, recreate result of a less than 24-hour work selepas laptop masuk virus. Sah-sahla semalam cikgu yang sepatutnya ditugaskan buat ni tak siap lagi, hence the excuse masuk virus. "Abis, saya baca yang ni je boleh? Tak payah baca yang saya tulis." Aku tanya Cikgu yang incharge.
"OK".


Pagi yang cerah tadi, aku proceed dengan jayanya baca biodata cikgu-cikgu yang berpindah ni.. walaupun tersekat-sekat sebab aku pun tak dapat nak recognise aku punya tulisan tangan sendiri.

Apa?

Ingat aku sanggup nak buang usaha aku bertungkus lumus bangun awal pagi.............. masak air panas supaya mandi tak sejuk sangat.............iron baju warna biru (which actually was GREY.. but my blue tie had saved the day) and being ridicule by my own student semata-mata nak baca kerja orang lain yang lambat siap? Baik aku baca nukilan aku sendiri. Baru puas hati! ('',)y

Harini budak-budak (yang aku ajar) agak sedikit baik. This maybe due to the fact ramai yang tak datang, buat cuti awal sendiri. Plan lepas solat nak pi Rawang rumah akak aku. Tapi sebab penat sangat and rumah still bersepah (read: still) aku postpone besok je. So cuti seminggu ni I am planning to refresh and sell rejuvenate my soul. For 1 week from now.. If people ask me cikgukeaku... the answer is a firm NO!

Thursday, January 27, 2011

Another Day To Go

A quick update..

Dapat online sekejap sementara tunggu kelas pukul 1035 nanti. Dua kelas pertama tadi dah settle. Mengajar? Entahla 35 minit x 2 waktu, aku rasa aku dapat mengajar kurang daripada 20 minit kot? Banyak masa habis nak kawal kelas, suruh budak keluarkan buku, tunggu dorang settle down, dan lain-lain. Semua ni aku dah macam masak sikit. Memang dorang ni akan memperlambat-lambatkan segala-galanya. Maaf kalau bahasa agak kasar tapi aku rasa macam jaga budak yang kurang akal. (come to SMS and you will agree 100% with me) Cuma yang aku rasa tak puas hati dan mungkin akan terkeluar jugak satu hari nanti waktu meeting ialah cikgu-cikgu kelas sebelah menyebelah yang tak pandai - pandai juga nak jaga kelas sendiri. Macam kes waktu akhir semalam. Kalau tak mengganggu kelas aku takpe jugak, tapi ni siap 'melimpah-limpah' keluar ke kelas aku, pastu perangai macam beruk, sibuk kacau kelas aku dari tingkap, dari pintu dan dari mana-mana tempat yang ada lubang. Frankly speaking, aku dah kepenatan nasihat dan marah kelas aku sendiri takkan kelas orang lain aku jugak nak marah? Apa pulak kerja cikgu-cikgu lain ni? Kadang-kadang nak marah budak kelas orang, takut cikgu terasa hati, dan kadang-kadang dorang ni plak lepas tangan. Yelah kita dah marah dorang pun lepak je la. So semalam aku keluarkan K800i aku dan terus snap a few pictures. So monyet pun bertukar jadi pelari pecut masuk kelas masing-masing. Sebenarnya, kalau ikutkan hati, aku nak snap sekali gambar cikgu yang ada dalam kelas ni, Cikgu A Z, ( bukan nama sebenar; dan bukan dia sorang je yang macam ni, cuma kebetulan dia kat sebelah kelas aku waktu tu) tapi aku still nak menjaga hati dan perasaan orang. Tapi aku rasalah, kalau macam ni keadaannya, lambat laun aku akan snap jugak. So the question remains.. CikguKeAku? dan CikguKeKorang ni?

P/S: I am breaking into the new pair of Primavera shoes today, and my feet hurts like he*l ('',)y

Wednesday, January 26, 2011

Rahmat

Ayah?
Kalau kat Kapit dulu aku dapat gelaran Apai Well (Well's father) kat sini pun ada budak gatal-gatal panggil aku ayah. Suka hati dia je. Sebab dia kata nama bapak dia sama ngan nama aku. Suka hati dia lah, mungkin dia tengok aku ni senyum je so dia ingat aku baik sangat kot? Lagipun aku tak mengajar kelas dia (yet), cuma jumpa dia waktu perjumpaan rumah Bendahara je. Tengokla satu hari nanti, bila aku dapat mengajar kelas dia, pasti dia panggil aku ayah TIRI YANG ZALIM.

Harini jugak wallet aku hilang. Dalam bilik guru. Actually this is not the first time I lost stuff. I have an absolutely absent mind. Memang selalu hilang barang, in fact, last week, I left my K800i in 2A2, Alhamdulillah ada cikgu yang jumpa & aku dapat balik. Jadi tadi habis meja aku 'mengambor' sebab cari wallet. Harini bilik guru kat bawah tu kinda busy with students coming in and out although there are only four of us there. Kak Aminah, Kak Huda, Liza and aku. Sibuk sebab students datang untuk distribute nombor baju untuk merentas desa harini. Kept thinking who might 'took' it. Tapi aku tadi sikit pun tak marah, like I said it was totally my fault, sapa suruh letak merata-rata. I was the one who create the opportunity. But then, masa cari-cari tadi I still think that the students (the one who came in and out atleast) aren't that bad.. Azizi, Chuan, budak hitam manis yang lok lak tu, dan beberapa lagi yang aku still tak tahu nama.

Then..... there it was, smacked in the middle of the tonnes of the reference books. My wallet. Alhamdulillah.. Syukur sebab bukannya hilang dicuri, cuma aku salah letak. Mungkin rushing nak pegi kelas tadi aku campak je ke dalam sikit. So, the students aren't all bad. Sebelum syaitan bisik kat telinga aku.. "Ala tu sebab dorang tak nampak, kalau tak dah lama hilang" Astagfirullahalazim..

Other than that hiatus, Hujan turun dari pagi tadi sampai la sekarang. Jadi plan nak bawak motor pergi sekolah harini batal. Ingat kalau naik motor senangla nak jaga budak merentas desa. Tapi semuanya dibatalkan harini sebab hujan. Rasanya sebab ramai cikgu doa program ni batal, termakbul jugak (thank you Allah)


Tuesday, January 25, 2011

Time To Indulge

Harini aku keluar rumah pukul 0645 dan balik pukul 2045. Rutin harini berbeza sikit. Pukul 1100 lagi aku dah tinggalkan sekolah. Heading to Bukit Katil for an English Language Course "English Through Literature & Dictionary Skills", sponsored by Oxford University Press. Dah la tak berapa hafal jalan, so terpaksa mengekor Cikgu Mastura dari belakang (cam lipas kudung plak tu.. haha). Eventhough my spirit and soul weren't 100% there, I have to admit the bengkel is very informative. And during the group activity, my group was voted the most active so we end up receiving one very thick Oxford Dictionary each, courtesy of Oxford University Press. So takdela rasa rugi duit minyak sangat.


Masa bengkel tu tiba-tiba telefon aku bunyi, a call from Cikgu Salmah, a very hardworking and helpful teacher in SMS. She said she'll call me again later after the course has ended tapi sebab aku betul-betul gusar (sebab tak pernah pun dia telefon) aku terus telefon dia balik as soon as the course ended. Sebenarnya takde apa pun, dia cuma nak minta aku baca biodata dua orang cikgu pada 'sent-off ceremony' this coming Friday. Dua cikgu ni akan berpindah atas arahan. Seem easy enough right? Hmm.. it just that one of the teachers that will be sent off is the one yang tak mau pandang, bercakap atau senyum dengan aku bila bertembung jalan (it was sooooooo obvious).. dan masalahnya adalah? Tak payahla cerita.. it was one of the mole hill kinda matter that made into a mountain a.k.a perkara kecil yang dipropagandakan dan aku tak larat nak main sandiwara.. So this coming Friday.. a farewell kicked sent off for a 'sweet' teacher.

Satu lagi benda positif yang berlaku tadi, disebabkan aku pergi JPM kat Bukit Katil, aku dah dapat cari balik jalan nak pi Jusco, so abis kursus tadi, I treat myself with a little self-indulgence....

Esok ada merentas desa, time to sleep.. Tomorrow is another long day.

Monday, January 24, 2011

One Man Job

Harini hari pertama untuk minggu ke-4 aku berada kat sekolah baru. Looking back, aku tak tahu macam mana aku boleh survived 21 hari (termasuk 2 hari MC akibat stress) day in day out kat sekolah ni. Stress masih terasa dan rasa menyesal masih menebal. Macam-macam dah berlaku kat SMS ni dalam masa 3 minggu aku mengawal mengajar. Banyak yang negatif walaupun aku cuba mempositifkan diri. Kalau nak cerita pasal 3 minggu lepas, terlalu banyak. Banyak benda yang mudah tapi disusah-susahkan dan yang tak penting di propagandakan. Sebagai cikgu yang baru berpindah, aku terima saja semuanya sebagai dugaan dari Allah s.w.t walaupun berat mata memandang dan bahu dah tak larat memikul. Tapi biarlah cerita minggu lepas tersimpan dalam kotak pemikiran aku ni seorang sebab aku pasti hari-hari yang mendatang ni, pasti penuh dengan pelbagai cerita lagi. Jadi aku rasa mula dengan apa yang berlaku harini..

Satu LAGI tugas baru...
Sampai je kat pejabat pagi tadi aku dihulurkan satu surat lantikan. Surat penurunan kuasa merotan. Maknanya aku dengan paksarelanya dilantik menjadi sebahagian anggota displin sekolah. Hmm.. panjang juga aku berfikir tadi. Disiplin pelajar kat sini pada pandangan mata kasar aku dah tak terkawal. Etika berpakaian dah tak macam pelajar sekolah, ponteng tak kira waktu, biadap dan kurang ajar tak payah cerita lah. Sebab utamanya bagi pandangan aku ialah cikgu-cikgu dah tak larat nak tegur. Beza dengan sekolah lama aku, cikgu-cikgu sekolah lama aku dulu mengguna-pakai pekeliling Semua Guru Adalah Guru Disiplin. Dekat sini, boleh dikira dengan sebelah tangan cikgu-cikgu yang budak-budak takut.. Ye takut.. bukannya hormat. So aku terfikir tadi, perlukah aku jadi cikgu yang pelajar takut, dan bukannya hormat? Discipline is not a one man job. Perlu kerjasama, waktu assembly dah dapat dilihat betapa couldn't be bothered-nya cikgu-cikgu kat sekolah ni. Budak-budak bercakap, bertepuk tampar, tolak menolak (obviously) takde siapa pun tegur, everybody is doing their own thing. Aku? Who am I to change the whole school? Kalaulah SEMUA cikgu tegur pelajar yang buat salah.. aku rasa atleast pelajar akan lambat-laun tahu.. yang itu memang tugas utama guru.. mengajar, mendidik dan membetulkan mana yang salah, and maybe they will respect them for that (or they'll hate them all and quit school.. haha) tapi kalau seorang dua sahaja yang tegur.. pelajar akan fikir "kau ni apahal, orang lain tak kisah pun" Nak-nak aku ni.. sah-sah dorang akan cakap baru datang dah kerek. Nak salahkan pelajar? Mana boleh, cikgu la yang salah.. (aku boleh berhujah panjang kenapa cikgu yang salah tapi aku rasa semua orang boleh fikir sendiri)

Bengkel English Through Literature & Dictionary Skills
Satu lagi surat yang dihulur ketangan aku pagi tadi. I am okay about this. Actually am looking forward to attend. Tapi biasala, sebab ini bukan subjek opsyen aku (which is actually Physics and Maths) aku harap sangat akan ada cikgu yang akan ambil tempat aku & aku ditukarkan ke Jabatan Sains & Matematik secepat mungkin. Buat masa ni, cikgu-cikgu senior kat sini sangat memahami masalah aku, dan aku amat berterima kasih atas itu.

Budak lari, bergaduh dan ponteng
Ni kes yang berlaku depan mata tadi, tapi aku buat tak nampak. Sebab? Entahla, aku dah cukup stress dengan perangai budak-budak dalam kelas dan aku rasa benda-benda ni boleh diatasi dengan mudah KALAU sistem yang diguna pakai betul-betul dipantau.

Dalam kelas ada borang ponteng (yang aku rasa namanya sangat tak sesuai, seolah-olah menggalakkan.. sapa nak ponteng? sila isi borang.. haha.. Borang Kawalan Ponteng sounds better). implementasikan betul-betul, AJK anti ponteng kan dah ada? And instead of sehelai demi sehelai hari demi hari, bind them together, one book for each class. I heard (and had experienced it first hand) that the admin is very opinionated, so disini sajalah idea aku akan terhenti.

Sampai rumah tadi dah dekat pukul 1700, memang dah tak larat dan aku ZzZ untuk beberapa minit. Kemudian aku bangun dan mula berfikir yang esok perkara sama akan berlaku..

Ya Allah, cekalkanlah hati hambaMu ini... Amin.. amin Ya Rabbal Alamin..

Salam Tazkirah

Assalammualaikum. Ni adalah blog aku yang ke-3 (ke-4 kalau yang dot dot dot itu pun dikira).

Aku pilih tarikh hari ni sebab malam nanti ada citer Gemilang kat TV3. So mungkin ada kena mengena sikit dengan apa yang aku akan tuliskan dalam blog ini. Tajuk blog ni jangan la korang tergeliat lidah, ia bukanlah nama seorang cikgu dari Jepun a.k.a Cikgu Keaku tapi, blog ini secara bakunya adalah "Adakah Aku Seorang Cikgu?"
Persoalan ni tak pernah bermain difikiran aku semenjak 5 tahun mengajar. Cuma baru-baru ni apabila dapat tukar ke SMS menyebabkan soalan ini selalu berlegar di kotak fikiran aku.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga nama sekolah aku ini dan anggota-anggota 'keluarganya' dalam posting-posting yang akan datang tapi sebagai seorang manusia, aku perlu ruang dan peluang untuk melepaskan segala yang terbuku dalam hati. baik dari segi pergaulan sesama guru, perangai pelajar, tugasan-tugasan dan sebagainya. Aku harap dengan adanya blog ini, aku akan lebih tenang dan terbuka untuk menghadapi hari-hari seterusnya di SMS. Frankly speaking.. I missed SMK Kapit 2 very much and really regret my decision asking for a transfer. Tapi apa yang terjadi dah pun terjadi.

Semoga Allah tabahkan hatiku ini dan kuatkan kesabaran mengajar anak bangsa sendiri.