Readers

Thursday, July 21, 2011

Blog Aku Dah Dijumpai

Blog aku telah pun dijumpai oleh cikgu-cikgi di sekolah aku. Pada mulanya aku rasa macam nak tutup dan naikan security supaya hanya orang tertentu sahaja yang boleh baca. Tapi lepas aku baca semula penulisan aku terutamanya pada entri sulung pada blog aku ni.

entri sulung --> salam tazkirah <-- entri sulung

Aku rasa aku tak perlu buat macam tu. Perkara itu akan menyebabkan kehilangan tujuan asal blog ini ditulis.  Ini adalah sebenarnya 'rekod' aku tentang segala perkara yang berlaku pada aku sepanjang berada di tempat baru.  Dengan membaca semula tulisan-tulisan aku daripada awal perpindahan aku ke sekolah sehingga sekarang, aku dapat melihat sejauh mana penerimaan, pengalaman dan kematangan aku dalah menyesuaikan diri dan menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada sekolah ini dan juga pada diri aku. 

Mungkin ada yang marah, ada yang tak suka, tetapi seperti yang aku katakan... Ini adalah luahan aku terhadap perkara yang berlaku dalam hidup aku sendiri dan sudah tentunya aku berinteraksi dengan orang sekeliling (dan ada segelintirnya berada dalam blog ini kerana menyumbang kepada peristiwa yang berlaku pada hari tersebut).  Kalau tak suka, boleh berhenti baca dan tutup sahaja ;)

Kepada yang membaca dengan tujuan menilai diri empunya blog, aku rasa lebih baik sekiranya membaca ikut kronologi. Iaitu daripada entri pertama hingga entri terakhir.. supaya dapat sama-sama merasai perubahan dan penerimaan aku terhadap 'padang' baru ini.. Kalau baca songsang, (dari entri terbaru ke entri sulung), memang lainlah penerimaannya..

CikguKeAku? Aku cuba.


Friday, July 15, 2011

.....................................





Sendiri Menyepi..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasa

sendiri….aku merasa sendiri..

sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..



~Edcoustic

Aku Rindu


"Apa ada pada Kapit yang sebesar Carrefour Subang Jaya ni? Fastfood pun tak ada, nightlife zero, makanan tak sedap, harga pulak merepek. Kalau aku bawa kereta tak sempat nak masuk gear dua dah sampai tempat nak pergi. Budak-budak dia pun macam pelik ja. Nama macam omputih"

~aku, 5 tahun lampau


AKU RINDU

Aku rindu nak naik bot ekspres yang sejuk macam freezer.
Aku rindu nak duduk 3 jam dalam bot untuk sampai ke destinasi.
Aku rindu nak makan burger McD lembik dan ayam 'berpeluh' KFC yang di kirim dari Sibu.
Aku rindu nak keluar makan dengan kawan-kawan dan marah dorang bila lembab bersiap.
Aku rindu nak keluar shopping kat Homemart dan balik tanpa beli barang.
Aku rindu nak ronda pekan lengang pukul 12 malam.
Aku rindu nak curi line wifi depan kedai Andy.

Aku rindu nak menconteng papan putih walaupun tak berkualiti dan meleding walau baru sebulan pakai.
Aku rindu nak naik tangga asrama yang penuh ngan rambut budak-budak dan berbau 'kambing'
Aku rindu nak jaga sesi belajar malam dengan budak-budak yang asyik nak keluar pergi kencing.

Aku rindu nak latih budak handball yang aku dera sampai sejam berlari.
Aku rindu nak mengarah team drama dan segala drama yang tercipta.
Aku rindu semua pelajar yang aku kenal dan kenal aku.
Aku rindu dengan nama-nama macam orang putih.
Aku rindu Well dan soalan-soalan cerdiknya.
Aku rindu nak mandi sungai dan air terjun.
Aku rindu SMK Kapit2.
Aku rindu Kapit.
Aku rindu Sarawak.
Aku rindu..





Ok habis.. nak nangis jap.. Waaaa!!!!


Kapit at dusk~ unedited

Monday, July 11, 2011

Jangan Menyerah


Ditujukan kepada diri aku sendiri, kepada Kak Minah (walaupun tak sedar kewujudan blog ni) dan kepada sesiapa yang pernah mengalami pergolakan hidup yang amat sukar (hanya Allah yang tahu)... 

Never ever give up!!

Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
kita pasti pernah
dapatkan cubaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada ertinya lagi


syukuri apa yang ada

hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

jangan kau sesali

segala yang telah terjadi

Tuhan pasti 'kan menunjukkan
kebesaran dan kuasaNya
bagi hambaNya yang sabar
dan tak kenal putus asa


                                                                           ~d'Masiv.







 

Saturday, July 9, 2011

Jalan-jalan Ditutup Untuk Mengawal BERSIH

1. Lebuh ampang.
2. KLCC.
3. Bank negara.
4. Dataran Merdeka.
5. Sogo.
6. Chow Kit.
7. Menara Sultan Ismail.
8. Masjid Negara.
9. Jalan Raja Chulan.
10. Jalan Ipoh.
11. Sentul.
12. Jalan TAR.
13. Jalan P. Ramlee.
14. Jalan Bandar.
15. Subang Jaya (near Segi).
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.
17. Federal Highway.
18. LDP.
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan
Tamat
P/S: Ingat nak pi Kepong.. Kensel.. Hampeh nyer BERSIH

Tuesday, July 5, 2011

'K' stands for Kenangan. 'K' stands for Kasut?

Ahad lepas aku pergi sekali lagi ke Taman Kasa Heights atas urusan rumah. Sementara tunggu Alvin, sang interior designer sampai, aku pun sempat ronda-ronda dengan kereta tengok apa-apa yang menarik sekitar perumahan baru aku tu. Almaklum, aku bukan orang Alor Gajah, jadi belum begitu mahir dengan selok belok jalan dan tempat-tempat kat sana.

Seronok sebab aku dapati stesen minyak Petronas tak sampai pun 1km dari rumah, jadi lepasni bolehla dapat bekalan roti + suratkhabar kat sana. Kat dalam kedai Mesra dia pun ada ATM Maybank, jadi boleh jimat duit minyak untuk pergi mencucuk. 7-Eleven pun dekat je.  Yang paling seronok, restoran KFC lebih kurang 1.2km je dari pintu rumah. Aku dah berangan angan lepas ni tak akan ada malam yang dipenuhi dengan suasana kelaparan (sebab dia buka 24 jam sehari). Tapi itu aku punya angan-angan Ahad lepas.   Tapi sekarang, segalanya hancur mancur bila aku tengok video klip ni:



Macam hampeh. Pastu aku cuba buka Facebook KFC Malaysia, rupa-rupanya memang dah kecoh satu alam maya pasal video klip ni. Dan KFC Malaysia pun dah keluarkan satu kenyataan berhubung kes ni.

Kenyataan rasmi KFC Malaysia kat sini:



Aku malas nak mengomel panjang. (Tapi aku pun join the bandwagon menyerang terus-terusan pihak pengurusan KFC mengenai sikap tak profesional dalam menangani isu ini. Boleh cari comment/s aku dalam  kenyataan rasmi tersebut.)

Rasanya sesiapa yang baca kenyataan dari KFC ni pun boleh fikir sendiri yang KFC sangat tak telus dalam perkara ini, Dan yang menjadi tanda tanya, ada berapa lagi kes sebegini yang tak dihebahkan?  Sebab aku jumpa satu lagi video yang juga mengenai pekerja KFC yang biadap.


-satu link lagi dah hilang..aku akan carik balik nanti-
boleh tengok kat sini dulu:

Air perahan tuala hot n spicy KFC 

Sangat sengal. Aku sangat suka pergi ke KFC. Restoran ni adalah salah satu tempat yang banyak kenangan dalam usia remaja aku. In fact, waktu aku kena tangkap meniru paper Construction Safety and Site Management kat UTM dulu  (hahaha kantoi!!~tapi aku punya alasan tersendiri~) kat KFC la tempat aku dan kawan-kawan rapat berkumpul, perah otak dan berbincang cara terbaik untuk aku minta maaf dan pertimbangan dekat pensyarah yang tangkap aku tu. Nasib tak payah repeat..haha (bittersweet memoryIbrahim, aku tahu kau kadang-kadang singgah blog aku, ingat lagi tak kes ni?)

Banyak lagi la memori-memori manis kat KFC. Pernah sambut harijadi sendiri, sambut harijadi kawan, rai kemenangan pertandingan drama di Sri Aman 2008, makan dengan budak-budak handball, 1st reunion dengan budak SIS.... isk.. isk.. tak sangka pulak aku dah banyak melabur kat KFC rupanya.

Tapi aku rasa, sekarang aku nak berhenti berkunjung ke KFC dah, selagi pihak pengurusan tak betul-betul bertindak.  Entah-entah, ayam perasa kasut tu pernah aku makan. Yucks!!


Cikgukeaku? Harini aku jadi food critic.. hehe

Monday, July 4, 2011

Aku Nak Ini!!


Aku nak benda ni lah. Macam best. Masa sekolah menengah dulu pernah nampak dan godek-godek tapi tak ingat samada kat Petrosains ataupun Pusat Sains Negara. Tapi yang tu besar gedabak dan perlu pusing gear untuk gerakkan bola besi dia. Aku ingat sebab aku dok situ dan tak nak balik-balik haha.  Seronok gila ah. Kalau ada duit lebih boleh la beli. Best! Letak kat rumah, siapa nak main letak 50 sen. LOL.

Youtube video --> Spacerail

Features:
- Fun and creative D.I.Y. physics toy. (Physics!!)
- Control speed, angle, timing by your railway.
- Steel space balls.
- Learn physics hands on (Physics.. Physics.. Yeay!! Senang nak bagi alasan kalau leka main)
- Endless rail design possibilities.
- For age 15+ years (nasib ada tanda +, lagipun aku baru 15+ tahun.. LOL)
- Powered by 1 x C size battery (not included).



Ada 8 set ikut level of difficulty. Yang dalam video tu level 7, Level 1 kat Malaysia harga dia RM50 (kesukaran: easy). Level paling gempak Level 8 RM200 (koyak poket woo)

P/S: Zaman dulu-dulu kalau aku nak beli barang. Aku kumpul duit dan tetapkan target.. Hmm.. kalau yang ni RM200, sehari menabung seringgit.. 200 hari (6 bulan++ tu) termakbul la ;) InsyaAllah