Readers

Friday, January 28, 2011

My Kickstart Morning

Dah nak pukul 12 malam, still sempat untuk update peristiwa harini. Pasal hal semalam, disebabkan aku bengang & nak melarikan diri dari menghadiri jamuan after school, aku tertinggal folder aku kat teacher's lounge (read: absent minded). Takde apa pun yang penting dalam tu. Cuma 2 helai kertas yang aku kena elaborate untuk BACA KEESOKAN PAGINYA!! (pagi ni). Adus!! Sebab aku memang jenis yang last minute (tapi tak menyusahkan orang ..peace..) pukul 2200 baru aku perasan benda tu tertinggal, so kalau nak pergi sekolah yang jaraknya 25 km dari rumah aku ni memang di luar persoalan lah. So, this morning I have to drag myself out of the bed as early as 5 o'clock so I can be at school at 6:30am -Just because I left something that I have to prepare which actually someone else supposed to finish yesterday- Dahla pagi tadi baru aku terbaca plak SMS yang Cikgu Rosni (mentor aku yang baik) hantar, ada tema la pulak pagi ni, warna BIRU. Kena la plak iron coz aku dah siap nak pakai baju berkabung Melayu. Aku tak pasti sangat aku ada tak baju biru sebenarnya (read: Colour blind). So, aku rasa sesiapa pun dapat rasakan betapa menyampahnya gembiranya aku mulakan hari pagi ni. Sampai sekolah pukul 6:45am tadi aku cari folder tu dan mula menulis. Masuk plak Afiq and the gang kacau borak-borak ngan aku awal-awal pagi. Nak suruh pergi kesian plak so aku biar je dorang hang up kat bilik guru sambil aku reka skrip sampailah makhluk bernama Afiq ni bersuara "Awal-awal pagi pun dah ada kerja ye Sir" aku senyum je angguk. Pastu sambung lagi, "Ni kerja rumah Sir ke? Kitorang pun macamni la... awal-awal pagi buat kerja rumah yang tak siap" Cis! Bertuah punya budak, aku dah bagi lepak kat bilik guru pun dah bagus.

Skrip siap. Dengan tulisan cakar ayam (atleast aku buat). Aku pun gerak menuju Dataran Budaya; the venue for the sent-off ceremony. Then pengawas bagi aku satu aturcara majlis, sangat warna-warni, full of colour and when I opened the pamphlet.. BAM!!! Kat tengah-tengah tu dah siap biodata ketiga-tiga cikgu yang berpindah ni. . Aku ada sedikit bengang dan ada banyak tak percaya. I highly doubt that the pamphlet is a reproduce, rewrite, recreate result of a less than 24-hour work selepas laptop masuk virus. Sah-sahla semalam cikgu yang sepatutnya ditugaskan buat ni tak siap lagi, hence the excuse masuk virus. "Abis, saya baca yang ni je boleh? Tak payah baca yang saya tulis." Aku tanya Cikgu yang incharge.
"OK".


Pagi yang cerah tadi, aku proceed dengan jayanya baca biodata cikgu-cikgu yang berpindah ni.. walaupun tersekat-sekat sebab aku pun tak dapat nak recognise aku punya tulisan tangan sendiri.

Apa?

Ingat aku sanggup nak buang usaha aku bertungkus lumus bangun awal pagi.............. masak air panas supaya mandi tak sejuk sangat.............iron baju warna biru (which actually was GREY.. but my blue tie had saved the day) and being ridicule by my own student semata-mata nak baca kerja orang lain yang lambat siap? Baik aku baca nukilan aku sendiri. Baru puas hati! ('',)y

Harini budak-budak (yang aku ajar) agak sedikit baik. This maybe due to the fact ramai yang tak datang, buat cuti awal sendiri. Plan lepas solat nak pi Rawang rumah akak aku. Tapi sebab penat sangat and rumah still bersepah (read: still) aku postpone besok je. So cuti seminggu ni I am planning to refresh and sell rejuvenate my soul. For 1 week from now.. If people ask me cikgukeaku... the answer is a firm NO!

4 comments:

rohazliza ramlee said...

mmg ini la budak Eff yg aku kenal selama ni..xbnyk berubah ^^

rohazliza ramlee said...

mmg silap aku xbuat rujukan dlu @ur info/blog etc..n kna lak dgn ko yg mls nk mjawab..thanks anyway ^^

FriDay dA FourtH said...

@rohazliza: Berubah? Apa tu? Aku bukan malas nak menjawab soklan ko.. aku malas nak menerima hakikat... anyway.. aku tak tulis pun nama sekolah aku kat sini @ kat mana2.. nanti2 la citer.. tensen ;(

rohazliza ramlee said...

hakikat apa yg ko nk kna terima tu? xpenting unt aku tau ko @sekolah mn sekarang..yg pasti ko @semenanjung already..aku ms @kapit dlu best..@sekolah sekarang juga best..mn2 pun best..tserah @dri kita nk tgni mslh2 yg dtg tu caner..hidup xmeriah tanpa masalah..keep fighting, eff ^^