Readers

Tuesday, June 21, 2011

Produk Akhir Pembelajaran






Senyum...

Ini la dia antara cupcakes yang aku belajar buat dekat Sugarflours minggu lepas. Untuk orang yang kali pertama memanipulasikan  fondant dan gumpaste, aku rasa produk akhirnya sangat menarik. Dan aku mula hargai dan tahu kenapa harga sebiji cupcake yang telah didekorasi sangat mahal. Bukan mahal sebenarnya, berpatutan dengan usaha dan harga bahan mentah. (Ceh! Mula bercakap seperti seorang usahawan cupcakes yang berjaya).

Sebenarnya, jumlah kek cawan yang dibuat enam semuanya, tiga didekorasi dengan fondant (gambar atas) dan tiga lagi dengan butercream.  Tapi yang dengan buttercream ni aku segan nak tunjuk sebab perjalanan dari Sugarflours kerumah akak aku di Puchong sangat jauh (alasan pertama) dan kek cawan tu dah beberapa kali terbalik (alasan kedua) sebab aku seorang pemandu 'sopan'.  Jadi hiasan buttercream dia dah berubah bentuk jadi bertambah tak menarik (alasan ketiga). Haha.  Tapi rasanya sangat-sangat sedap. Tak percaya tengok gambar di bawah:


Haha! Sorry Kak Nini, F tak edit gambar ni. Gambar sebenar lagi menarik ;p

Yang gambar anak buah aku sorang ni, aku no comment. Khusyuk. Hahahaha!

Malam tu juga, aku dan akak aku begitu teruja nak re-create cupcakes dengan buttercream nih.  Malangnya banyak bahan tak ada, terutamanya CONVECTION OVEN!!electric mixer (alasan lagi), telur, pewarna dan lain-lain.  Tapi orang kata hendak seribu cara, maka terhasillah cupcake buttercream versi kami



~Alamak!! Gambar belum upload.. Nantilah tayang ;p




Haha.. Seronok-seronok. Berkunjung ke rumah akak aku sekali lagi.  Nak buat cheesecake pula macam yang aku pernah buat dulu --> tengok kat sini <--. Yang ni sure jadi (insyaAllah)


P/S: Aku sempat sarapan pagi kat Bangi Kopitiam sebab Sugarflours.com selang beberapa pintu je.


Kat sinila tempat shooting cerita Keranamu Laila. Aku suka!! Tapi aku takde la pulak terserempak ngan Ah-so tua kutip kotak tu.  Mamat yang jadi barrista tu pun takde.  Semua muka Nepal yang kerja sini. Hahahaha.

2 comments:

Loriana The Dutchess said...

aaaa.. kirim sikit g sini.. hehe..

FriDay dA FourtH said...

@The Dutchess.. Datang sini la.. lagi fresh ;p