Readers

Wednesday, June 22, 2011

Terima Kasih Pelajar

Dah lama tak ada cerita-cerita pasal ke-cikgu-an. Sebab? Aku rasa tertekan bila cerita pasal benda-benda ni. Kerja yang paling aku suka mula menjadi begitu depressing.  Sekarang ni pun sekolah sedang adakan Sukan Tahunan yang tak macam sukan pun (noktah). Harini aku cuti, kesihatan tak mengizinkan untuk aku terjerit-jerit tengah padang untuk uruskan pelajar.

Jadi harini aku buka FB sedikit awal, dan ada permintaan dari Fran******* untuk jadi friend, seseorang yang aku langsung tak kenal dan seperti biasa, aku tak terima.  Sampaila tiba satu mesej:

Still kenalkah dengan pelajar cikgu 5Sn2 2007 Franky*?

Franky*? Tiba-tiba aku rasa macam kembali ke 2007. Memang sangat-sangat-sangat aku kenal.

Jadi perbualan seterusnya adalah mengenai dia dan apa yang sedang dia buat sekarang. 

Franky* ni adalah salah seorang pelajar yang agak baik. Belajar dalam aliran sains, tapi berhenti sekolah ketika pertengahan tingkatan lima. Sebab? Kahwin awal. Jadi sebagai cikgu yang baru beberapa tahun berkhidmat, aku sedaya upaya untuk buat dia kembali bersekolah. Dan bila dapat 'berbual' dengan pelajar yang satu masa dulu mungkin hanyut di pedalaman Sarawak ni, aku rasa sangat gembira.


  


Kalau fikirkan balik, apa yang aku 'buat' supaya dia kembali kesekolah dulu, memang kelakar + berani mati  terutama bagi aku, seorang Melayu di bumi Iban. Dan kalau ditanyakan, adakah aku akan lakukan perkara yang sama sekarang, di sini, pada pelajar-pelajar sekolah aku yang baru ni? Aku tiada jawapan yang pasti, hanya masa dan keadaan yang menentukan.

CikguKeAku? Dulu aku dapat memberi jawapan tanpa perlu berfikir panjang.
Sekarang? Entah.

P/S: Franky* bukan nama sebenar, tapi nama sebenar dia dah 'terlepas' dekat atas.. malas nak edit lagi.

2 comments:

Loriana The Dutchess said...

nice one!
touching2..

@Loriana said...

Yup.. benda-benda yang tak dijangka macam ni yang selalu beri semangat untuk saya terus jadi cikgu walaupun kadang-kadang semangat tu dah luntur ;( Miss Kapit much..