Readers

Sunday, June 12, 2011

Tak Pandai 'Mengajar'. Suatu Penaakulan Mantik

Penaakulan mantik  = Mathematical reasoning
Jika.... Maka...  = If... Then


Aku nak sangat sangat sangat sangat sangat luahkan sesuatu. Hati dan perasaan aku begitu membuak-buak mahu melimpahkan sesuatu yang terbuku didada.

Kadangkala dalam menjalani rutin hidup harian, aku akan berhadapan dengan ramai insan yang memandang rendah terhadap profesion perguruan. Pada mereka, rumus matematiknya sangat senang.

Cikgu = lepak + banyak cuti.

Suatu masa dulu aku akan berhujah dengan panjang lebar tentang kesusahan menjadi cikgu dan segala macam cabaran menjaga pelajar-pelajar yang bermacam perangai dan karenah. Tapi pada masa sekarang, aku hanya senyum sahaja. There's no use talking to people whose mind is already set.

Tajuk entri aku sebenarnya boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja. Bukan sahaja kepada aku yang bergelar Cikgu, tapi juga kepada pelatih sekolah memandu, kepada coach sukan, kepada ibubapa dan senarainya berterusan.

Aku CUBA (walaupun kerapkali gagal) sedaya upaya aku untuk jadi seorang yang lebih baik. Biarlah orang sahaja yang bercakap tanpa perasaan.
Sendiri harus tahu. Apa yang dipertuturkan, kadangkala sebenarnya mencerminkan diri sendiri.

Rumusan aku?

Sangat mudah jika menggunakan Teori Penaakulan Mantik yang pernah dipelajari sewaktu Tingkatan 4 dahulu.

JIKA.. dikatakan menjadi guru itu mudah, sangat kacang dan sangat lepak, samalah juga mengatakan menjaga dan mendidik beratus-ratus pelajar, iaitu anak-anak ORANG LAIN yang berjenis-jenis perangai, sikap dan tingkah laku itu MUDAH. (Harus diingat, guru tidak boleh bertindak secara fizikal walaupun had kesabarannya berkali-kali diuji.)

Dan adakah ini bermaksud, secara penaakulan mantik....

MAKA.. menjadi ibubapa, iaitu menjaga anak-anak sendiri yang sudah pastinya kurang sedozen bilangannya sangat LEPAK sambil makan kacang. (Lebih-lebih lagi, ibubapa boleh menggunakan apa sahaja kaedah, baik mental atau fizikal untuk tujuan mendidik)

Dan pada masa yang sama,

JIKA.. PELAJAR gagal menguasai sesuatu (pelajaran) adalah kerana guru tak pandai mengajar.

MAKA.. (sila sahut cabaran aku) silalah buat penaakulan mantik untuk ANAK-ANAK yang gagal membentuk sahsiah diri pula.

Konklusi?
Aku tak pernah mengatakan mendidik anak-anak itu senang dan mudah. Aku sangat hormat kepada insan yang bergelar ibu dan bapa.  Dan aku juga harap, orang tak melabelkan bahawa guru itu adalah pekerjaan yang senang. Marilah kita saling hormat menghormati. Boleh?

Wallahualam.

2 comments:

rohazliza ramlee said...

jujurnya aku xbc semua omelan ko kat atas tu..just go tru gtu2 je smbil mlayan boring aku ni..aku jarang merungut..tggu hujung tahun nti, be free for me at least for a cup of coffe @ a slice of cake @secret recipe..bnyk yg nk dirungutkan..kah3x

FriDay dA FourtH said...

@rohazliza ramlee: Ok! Tapi siapa lagi 'kaya' dia belanja K? haha