Readers

Saturday, December 31, 2011

Handbook of Life

Aku dapat dari e-mail. Thought of sharing :)

Yang colour biru ialah perkara-perkara yang akan aku usahakan untuk jadi sebagai priority resolusi 2012. InsyaAllah




Handbook of Life:



Health:
  1. Drink plenty of water.
  2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
  3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured.
  4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
  5. Make time for prayer.
  6. Play more games.
  7. Read more books than you did in 2011
  8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
  9. Sleep for 7 hours.
  10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


Personality:
  1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
  2. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
  3. Instead invest your energy in the positive present moment.
  4. Don't over do. Keep your limits.
  5. Don't take yourself so seriously. No one else does.
  6. Don't waste your precious energy on gossip.
  7. Dream more while you are awake.
  8. Envy is a waste of time. You already have all you need.
  9. Forget issues of the past. Don't remind your partner with her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
  10. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
  11. Make peace with your past so it won't spoil the present.
  12. No one is in charge of your happiness except you.
  13. Realize that life is a school and you are here to learn. 
  14. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
  15. Smile and laugh more.
  16. You don't have to win every argument. Agree to disagree. 

Society:
  1. Call your family often.
  2. Each day give something good to others.
  3. Forgive everyone for everything.
  4. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
  5. Try to make at least three people smile each day.
  6. What other people think of you is none of your business.
  7. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch. 
 
 Life:
  1. Do the right thing! Always!!
  2. Always speak the truth even if it leads to your death.
  3. Allah heals everything.
  4. However good or bad a situation is, it will change.
  5. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
  6. The best is yet to come.
  7. When you awake up alive in the morning, thank Allah for it.
  8. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Happy 2012!!

Friday, December 30, 2011

Minda!! Sila Beri Perhatian!!


Posting kali ni agak aggresive personal sedikit. Well it happened to me so I want to blog about it. Problem?


Nota Untuk Diri

Nampaknya, surat MC dari certified doctor sahaja tidak mencukupi.
Lepas ni kalau MC dan sakit mesti ambik gambar.
Kalau cirit-birit harus amik gambar untuk bahan bukti jugak.

Nota Tamat

On the contrary, Penolong Kanan 1 sangat sangat profesional, walaupun mengetahui ada 2 orang guru yang belum menyempurnakan tugas menyiapkan perancangan strategik yang sepatutnya dihantar sebelum cuti lagi, dia just nasihatkan cikgu-cikgu tersebut supaya tahu diri yang dimaksudkan dan menghantar dengan kadar segara.

Takde pulak dia tembak "ini bukan watak seorang Guru Cemerlang (Ops!) " Kalau nak tembak boleh je kan? Talk about being professional and caring about the feeling of others.


CikguKeAku?Ada sekali aku datang sekolah jugak walaupun cirit-birit. Mengajar 10 minit pegi tandas.. macam tu la rutin nyer... end-up kelas asyik ditinggalkan dan akhirnya Penolong Kanan suh pi amik MC jugak.

Sebab apa aku mengada-ngada datang?   Mungkin aku lebih suka tersenarai dalam Top-ten list perangai pelik guru (kategori terberak dalam seluar) daripada Top-ten List Paling Banyak MC kot?

:Kemaskini: 31 Dec 2011

Memandangkan 1 hari nak Tahun Baru, aku baca balik setiap entri yang aku pernah tulis dalam blog ni.  Konon-konon sebagai mengingat semula apa yang terjadi pada diri aku dalam tempoh setahun ni. Rupa-rupanya aku pernah tulis pasal aku selalu cirit birit.


Hmmm.. difikirkan semula, kesilapan aku ialah aku mempunyai perasaan malu dengan rakan sekerja bila terpaksa ambil cuti.  Sepatutnya tak perlu rasa malu kot? Sebab berdasarkan rekod, bila tiba penghujung tahun, tahula orang nak malukan kita. Ha-ha-ha.

Hm.. 'lain padang lain belalang..'
..memang tepat sekali..


CikguKeAku? Aku sentiasa doa supaya tak ditimpa sakit, tapi Tuhan lebih mengetahui. Tapi aku masih bersyukur kerana tak ditimpa penyakit-penyakit yang kronik. Alhamdulillah.

Thursday, December 29, 2011

AJK Jadual: Susahnya Kerja Ni!!

Buat waktu jadual seluruh untuk sekolah warga memang memeningkan. 
Otak berkecamuk dah mula.
Nak macam mana buat keluar AJK Jadual daripada ni?
Argh!!

Cakap pun dah terabur. LOL
Kalau ada sesiapa yang komen pasal susunan jadual, siap la korang. Aku suruh korang gantikan aku dalam AJK ni. Seriously!

Nasib baik ahli-ahli lain sangat baik dan bertimbang rasa.

Macam ni la rasanya masa Jason dengan Kong Mee Yoke atur jadual dulu SMK Kapit 2 dulu kot?.  Tapi rasanya yang aku alami lebih susah sebab kena manually susun-atur aliran kelas untuk pastikan cikgu-cikgi tak terkejar-kejar bertukar dari kelas ke kelas. Masa Kapit 2 dulu senang sikit, rekabentuk futuristik (cewah) sekolah aku yang dulu membuatkan tak sampai 3 minit untuk pertukaran kelas. Jadi susun-atur aliran kelas tak pernah jadi masalah.

Hmm.. Cabaran!!!!






Tuesday, December 27, 2011

18 Hari Yang Menyeksakan

18 hari lepas aku berada dalam keadaan yang sangat menyeksakan jiwa raga. Aku kena skin allergy yang sangat teruk. Pergi klinik dua-tiga kali tapi Doktor masih salah diagnose. Mula-mula ingatkan gatal-gatal biasa lepas tu ingat early stage measles,  tapi dia naik syeikh jadi macam ni:




 WARNING!! Unpleasant Picture Ahead!!




 WARNING!! Unpleasant Picture Ahead!!



 
 WARNING!! Unpleasant Picture Ahead!!






Kawan aku cakap aku kena herpes sebab <masukkan kegiatan tak bermoral>.. Bangang tol!
Aku memang ada allergy, tak boleh makan geragau, shrimp dan lain-lain makanan laut yang murah. (PEACE). Hahaha macam hampeh je. Kalau lobster, udang galah atau sotong goreng tepung yang sedap dan besar tu boleh je. Hahaha.  Tapi masa kena ni, seingat aku memang takde melanggar apa-apa pantang. Jadi aku pun terfikir samada aku dah develop allergy baru sebab tahun 2008 dulu aku terpaksa senaraikan produk soya sebagai punca alahan terbaru. Kalau makan soy product boleh bertukar perangai. Seriously!!

Ok, sebelum terlebih merepek, baik sambung entri ni ke landasan yang betul. Aku pergi jumpa Dr. Yadzil untuk dapatkan ubat, macam biasa, dapat anti-histamin dan injection untuk kurangkan rasa gatal.
Gatal-nya masyaAllah hanya tuhan yang tahu, ada sekali tu aku garu punya garu sampai berdarah badan sebab gatal yang teramat sangat. (sampai air mata jantan keluar menahan sakit+gatal.. true story). 


2 kali kena injek kat tempat yang sama, sakit woo!!

Aku pergi sekali lagi jumpa Dr. Yadzil lepas selang 5 hari masih tak ok. Aku dah start la fikir bebukan. Tapi rasanya aku takde belasah mana-mana budak pun untuk tempoh setahun ni. Jadi takde sebab aku nak kena 'sembur'.  (Pembelasahan bersebab kat Kapit tu cerita lama.. hahaha).

Last-last aku pergi Klinik 1Malaysia kat Alor Gajah ni. M.A. Dia bagi Benzyl Benzoat suruh aku mandi dengan benda alah tu. Untuk bunuh segala macam bakteria, kuman, hama yang ada katanya. 

Alhamdulillah.. makin kurang dan lama-lama pun kering dan hilang.  Tapi sambil pakai ubat tu aku pergi jugak mandi Ayer Panas Gadek (kesianla sapa yang mandi dalam kolam air panas sejurus lepas aku mandi tu). Tak sampai 3 km pun dari rumah aku ni rupanya. Dan mak aku pun ada rebus air Manjakani untuk aku minum+mandi untuk buang parut dan luka.

Bila akak aku tahu aku mandi manjakani dia cakap:

"Abisla nanti semua jadi 'rapat'.. nak kencing susah"... 

Bengongkan?? Hahaha. Sebab dia mandi manjakani lepas bersalin kot? Aku tak bersalin pun dapat mandi air manjakani.. Jealous!!
(sebenarnya masa akak aku kata semua jadi 'rapat', kepala otak aku pikir susah nak berak bukan susah nak kencing.. hahahaha b.o.d.o.h!)

Tapi.. ni la result hasil usaha dan ikhtiar selama nih. 

Ada sikit lagi merah-merah tapi not that obvious kan?

Alhamdulillah, aku sebelum baik ni asyik fikir kalau tak sehat macam mana la nak mengajar. Tergaru sana tergaru sini macam gibbon je. Takkan nak M.C.? Sekolah baru je nak buka. Kang tak pasal-pasal orang dok pandang serong dengan aku ni. Asyik M.C. jer. Kan?

CikguKeAku: Tahun lepas ada beberapa orang yang tak puas hati atas kekerapan aku MC, tapi aku ambil secara positif, tak guna nak marah atau mempertahankan diri. Mungkin aku ni banyak dosa berbanding orang lain. Sebab ustazah aku pernah cakap, sakit adalah penghapus dosa. :)



Monday, December 26, 2011

Takwim Persekolah 2012 dan Cuti Berganti 2012



Pautan di bawah dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.



Sembang-sembang Kosong Down Memory Lane
Sebagai ex-guru yang mengajar di pedalaman Kapit, Sarawak, aku pasti kawan-kawan yang masih mengajar di sana sudah mula rasa resah gelisah mengenai cuti sambutan Aidilfitri walaupun secara teorinya tempoh masanya masih lama.  Mana taknya, cuti bermula 18 Ogos (Sabtu) manakala Aidilfitri jatuh pada 19 Ogos (Ahad). Dan tiada pekeliling mengenai cuti peristiwa tambahan. Perjalanan keluar dari Kapit sahaja dah makan masa sehari (kombinasi pengangkutan air-darat-udara). Dan tiket Air Asia pula berubah-ubah sepanjang masa. Tanpa keputusan rasmi, aku dapat rasakan, ramai yang akan gamble (macam dulu-dulu) dan beli tiket balik ke Semenanjung lebih awal dengan harapan incik pengetua akan mempertimbangkan.. Haha!! Teringat memori silam. (senyum sorang-sorang)
 

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012

Macam biasa, bila nak masuk 2012 dah mula rancang pasal cuti-cuti seantero Dunia Malaysia (PTPTN tak settle.. malu).  Tapi selain daripada jadual cuti sekolah, kena juga tahu Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012. Supaya bajet juga boleh dibuat. Boleh download Pekeliling Rasmi Jabatan Akauntan Negara di sini atau copy jadual bawah ni:

Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 16.01.12 Isnin Tahun Baru Cina - 23 & 24 Jan
Februari 23.02.12 Khamis
Mac 22.03.12 Khamis
April 25.04.12 Rabu
Mei 23.05.12 Rabu Pesta Menuai - 30 & 31 Mei
Jun 25.06.12 Isnin Hari Gawai - 01 & 02 Jun
Julai 25.07.12 Rabu
Ogos 13.08.12 Isnin Hari Raya Puasa - 19 & 20 Ogo
September 25.09.12 Selasa
Oktober 22.10.12 Isnin Hari Raya Haji - 26 Okt
November 06.11.12 Selasa Deepavali– 13 Nov
Disember 18.12.12 Selasa Hari Krismas – 25 Dis

Jadi perancangan dah boleh dibuat, Tahun ni gaji naik banyak la juga sebab SBPA (Alhamdulillah).  Mudah-mudahan 2012 memberikan keselesaan dan pengalaman yang menyeronokkan.  Amin.

Thursday, December 15, 2011

Ceritera Kejatuhan KFC Paling EPIC!!

(someone suggested changing the entry title to "KFC Just Give Away Their Double Zinger Burger for Every Purchase Of 55 cent bun") lol


I suggest reading the entry first before watching the video because it will be funnier. LOL

Okey. Now the drill:

KFC just announced a promo today (14th Dec) where customer could get a Zinger Combo with any purchase. YES!! With ANY purchase, even a bun!! The T&C are like the usual stuff including the oh-so-famous 'while stock last' term.

Here is the coupon:


Oh.. Don't bother printing.

The said coupon was taken down merely 4 hours after it was published. 

Resulting rages in their official FB. I won't even bother to give the link here.




Yes. I do agree the luck is on their side because of their 'while stock last' T&C. (or else some well educated customers or customer who read law will surely sue them)  But, but, for the coupon to have a 30 days expiry date (14 Dec 2011 to 15 Jan 2012). A 5-hour run then claiming out of stock is really ridiculous!! Where did they find their marketing people? A UPSR graduate?  Didn't they do any research what-so-ever?  This is like the zillions time they try to copy McD's but  this time KFC failed epically!!

It is like making an announcement that they are going to sell Double Zinger burger BUT with only 2 pieces in stock.. LOL. The marketing team FAILED!!

Maybe this is what people called KARMA (can't used that word) payback time after all the hiatus  over the kaki-ayam-kaki's youtube video (I even got kicked out from their FB wall after making a nasty comment LOL) and robbing people money on their 'oh so nicer than McD's pancake' shit advertisement.

And to say that this is just Malaysian mentality; Raging over stupidious (is that a word?) thing. I would like to say "ain't everybody wants a free lunch?".  

Besides, I do remember some times ago, there is a Starbucks buy 1 free 1 AMEX promotion. The promotion was supposed to end November this year but ended around August or September. People with AMEX had a good time and the promotion lasted at least for 6 months. When AMEX said no stock, people just took the news sportingly.

This KFC on the other hand, is BULLSHIT! Less than 24 hours. Maybe you didn't proof-read the coupon (get Zinger Combo with ANY purchase??) We know u rugi, but that is your problem.



CikguKeAku? It's not about the MONEY. It's about the PRINCIPLE.

Friday, December 9, 2011

My Homecook Breakfast vs KFC Breakfast Set


Ok.. Made breakfast.  Can't find blueberry in Tesco so used pisang instead..


Use milk instead of water = more fluffy ;)
Add a little mayo = fluffy



Tada!! The end product

Sedap yo!
fluffier than KFC, 
yummier than KFC 
.........and of course cheaper ;)



Wednesday, December 7, 2011

KFC A.M. Blueberry Pancake Platter Combo is an Insult!


 Introduction.. LOL

When we see a picture, even if it is just a sketch, we would love to imagine that it will be exactly the same in reality..

My kitchen sketch, after 2 days brain-storming session with my I.D., Alvin



My real kitchen, 80% like the sketch we agreed upon earlier, except in reality there are too many stuffs :)


 Ok. Now the real reason for this entry. 

I've just finished cleaning up my kitchen because I want to cook a hearty breakfast tomorrow morning. I seldom cook in the morning but after a devastating, heartbreaking, money-wasting incident at KFC this morning, I am so determine to prepare a better breakfast with less $$$.

Oh, Look what I found on the net!!

It looks so delicious together with that melting butter and fluffy pancakes

Owai! Although I have sworn never to eat anything that come out from KFC kitchen again after the infamous chicken-in-foot video (click here) that when viral a few months back, I decided to break my pantang when  I saw this picture and the TV commercial too many times until I couldn't resist any longer. It does look nice and filling.

BUT BOY I WAS WRONG!!


Doesn't look that delicious anymore aite?


What I received this morning was a FAILURE!! Why?
  1. The scrambled egg was just 1/2 an egg (or maybe less) put in the small container (the same container which they serve small coleslaw/mashed potato).
  2. Hash brown was 1/2 a hash brown. (Yes. They cut it too. Blurgh!)
  3. And the so called hot pancake was not a bit warm. I tried putting butter on top of it but it just won't melt (cry)
  4. The size of the pancake was almost the same of the cover of the coleslaw container (refer the real picture, then look at their imaginary picture, let say it together: F.A.I.L.U.R.E)
  5. It took me less than 5 minutes to finish them all and the saddest part was I was still hungry!! So I went to Mamak's for a lip smacking tosei (80 sen only mind you!)
It was so sad and I feel cheated, by the misleading picture, the advertisement and all. With the same value, (RM8.60) I could go to Mamak or any roadside stall or even McDonald's and feast like a king.

This is what we called Daylight Robbery misleading advertisement.

I did complain about the breakfast set (nicely) to one of the staff and fill-up the comment form but I am 100% sure no one will ever bother. (unless of course someone spit on the batter and make a youtube video out of it).  So that's it. I guess I won't be contributing any cent to them starting from now.

So my resolution, (for tomorrow at least).

I'm gonna prepare my own American style breakfast and satisfied my craving for a hot pancakes!!

Sunday, November 27, 2011

Puss in Boots

Going to GSC 1 Utama to watch Puss in Boots 3D.

Poyo giler gambar nih. Macam pegang tiket 1st prize 4D :p

Friday, November 25, 2011

Di Sebalik Realiti- Ong Kim Swee Marahkan Wartawan

Kadang-kadang bila kita dah terlalu selalu sangat dengan sesuatu perkara, kita tak sedar bahawa perkara itu salah dan memalukan.  

Sama macam video di bawahni. Masa aku tengok siarannya di siaran berita, aku tak rasa apa-apa (mungkin di sebabkan aku selalu tengok rancangan pojok macam Melodi, Chopp!, Fuhh!, Galaksi dan lain-lain). Mungkin disebabkan aku dah biasa tengok wartawan memprovokasi. Jadi minda aku, wartawan = soalan membunuh. Sama macam sesetengah pemikiran sesetengah orang; Cikgu = Kerja Senang (Eh! Ter-sarcastic pulak). Rupa-rupanya media tempatan hanya siarkan sebahagian sahaja daripada temuramah dengan coach Ong Kim Swee. Dan aku bersetuju dengan setiap butir perkataan yang dilemparkan coach ini.  Melihat riak wajah coach ini, pada  mulanya dia sehabis baik cuba menjawab setiap provokasi yang dilemparkan, tetapi seperti setiap coach yang menyayangi dan memahami perit getir yang ditempuhi anak-anak buahnya, kesabaran ada hadnya, kan?

Pendekkan cerita, tengok saja klip ni. Tak ada bezanya dengan apa yang disiarkan di TV. Tapi sila tunggu hingga penghujung di mana coach Ong Kim Swee menibai wartawan dengan jaya sekali. Bagi aku.. wartawan tu memang tak beretika (atau mungkin juga selalu tengok rancangan pojok.)

Sila amati pada  minit 3:15 ke atas. "Perbezaan mentaliti Indonesia dan Malaysia"


Aku rasa apa yang dia rasa (cewah).  Masa Malaysia menang, aku sangat ghairah teruja. Dan rasa sedikit dejavu (ayat tak bleh tahan). Alhamdulillah aku juga pernah berpeluang merasai perasaan yang sama (mungkin skalanya lebih kecil tetapi perasaannya sama hebat!) beberapa kali Team Handball dan English Drama dapat johan. (Thanks guys! You know who you are). The moment was priceless!! And ain't nobody gonna rain on my parade. That for sure!

Kepada Mr. Ong Kim Swee. You've done a very good better best MARVELOUS job! Keep it up.

CikguKeAku:   Sewaktu Malaysia menentang Syria, Team Malaysia masih terus bersorak hebat. WALAUPUN Malaysia telah kalah 0 berbalas 1. Satu peningkatan semangat dan mentaliti yang bagus dalam sukan bolasepak negara. Teruskan menyokong.


Tuesday, November 22, 2011

Decision.. Decision

Besok Rabu.. Aku hanya jaga exam sampai pukul 1000 sahaja.





RM13.00 and it is in 3D

RM6.00 ajer

Monday, November 21, 2011

That's Life

Pelik.  Beria-ia cari, search, google, pastu dah jumpa, tak puas hati pulak..

Who asked you to search for CikguKeAku in the first place?

Dejavu


 Aku harap yang terbaik akan menang malam ni. (Jawapan yang sangat neutral hahaha)







P/S: Kepada yang gigih mencari baru terjumpa blog ni (you know who you are). Selamat datang. Selamat membaca, dan sila melihatnya dari sudut yang berbeza. Terima kasih.

Thursday, November 17, 2011

Harimau vs Garuda = Kampung Halaman vs Padang Belalang

All the best for both teams

Mum is Indonesian, so was Dad, and sisters and brother too... Me?

Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Kan?

Tuesday, November 15, 2011

Systematically Unsystematic

What the frog!!?

Selama ni jaga exam tak pernah sakit kaki macam gini.
Mesti sebab takde makanan disediakan menyebabkan urat kaki aku menegang. (ada kaitan ke?)

Yang lawak sedikit harini, bebudak calon SPM ni panggil aku 'abang' (mari muntah darah beramai-ramai). Hahaha.. Mesti diorang tak tahu (Cikgu tak bagitahu) yang Pengawas SPM ni pun Cikgu gak. 

"Sorry Bang lambat, hari hujan."
"Bang, nak pi tandas."

Ingat nak explain, tapi takpela.. atleast diorang tak panggil aku Acik/Pakcik. Perasan Terasa muda sekejap.


Hmmm... Will blog about how Sarawak system different from Melaka system in handling SPM. (No prize in guessing which one is more organize)

Nak tido.  Sakit kaki.. tomorrow is a new loooong day; standing.

Sunday, November 13, 2011

Siap Pada Minit Terakhir (as usual)

Alhamdulillah, siap juga Photobook aku.  Kalau tak siap memang rugila. Redemption dia berakhir 14 Nov 2011 tepat pukul 0000 dan nak meng-upload-nya saja dah makan lebih kurang 3 jam (uninterupted connection).. Fuh!

Biasalah aku a.k.a The Greatest Hiprocrite Procrastinator. Dah last minute baru nak design itu ini. Dan atas dasar mengekalkan traits yang terkenal yang perlu dipunyai mana-mana penangguh kerja; 

lakukan kerja saat akhir tetapi mengharapkan hasil yang tip-top (which is true)


Jadi aku kena siapkan 40 muka surat gambar untuk dijadikan Photobook.  Proses dia jadi lambat sebab konon-kononnya:

  1. nak tunggu gambar Aidilfitri yang cantik-cantik modelnya komposisinya.
  2. nak tunggu ambil gambar yang lebih hawt' decent.
  3. nak tunggu editing dengan pic editor.
  4. nak ambil profile pic sendiri so boleh buat portfolio (aku sangat perasan model.. hahaha)
  5. nak tunggu kurus sikit supaya point no. 4 dapat dilaksanakan.
  6. nak tunggu buat 10 jenis resipi supaya photobook ini boleh jadi photo cum recipe book.
  7. nak tunggu last minute sebab aku nak kekalkan title The Greatest Procrastinator.. LOL

Tapi selepas lebih 12 jam, (berhenti-henti, bukan straight 12 jam, Gilo!)  terhasillah komposisi pictures seperti di bawah:






Satu daripada travelling photo
Well @ A Famosa, Melaka (boleh jadi 'bahan' berlagak kat history teacher dia)

Celebrating victory; a must for Photobook's memory ;)
Pantai Feringghi
Background pic tu sangat cantik, aku terpaksa drive tengah-tengah to get that composition.
Cupcake Baking Session yang sangat sibuk HaVoc!!
.
BBQ nite, gambar yang tak pernah aku publish before; sad.


Seperti biasa, mesti ada sehelai page untuk mem-poyo-kan diri. Haha!


Banyak lagi gambar-gambar yang poyo-poyo menarik hati. Ok lah, not bad juga memandangkan semua gambar di ambil hanya menggunakan kamera Panasonic Lumix DMC F2 aku yang berharga kurang RM300. Tiada apa-apa yang fancy pun.

Jadi 10 hari dari sekarang, aku akan menunggu incik Posmen dengan hati berbunga untuk dapatkan Photobook aku.  Dan terimakasih kepada Photobookmart.com.my sebab bagi aku try Photobook nih.. TQ ye.



CikguKeAku? Dan juga camera/photo addict.




Saturday, October 29, 2011

Aku Sangat Takut Tentang Perihal Ini- Vol II

Satu hari suntuk aku cari majalah Waves SMK Kapit2 Edisi Pertama.  Habis semua kotak aku selongkar tapi tak jumpa. Edisi 2 sampai Edisi 4 adala.  Mungkin aku dah terlebih simpan secara selamat menyebabkan aku sendiri dah tak dapat cari. Hmmm...

Jadi kenalah sambung predicament semalam mengenai perihal bekas pelajar aku ramai yang dalam perjalanan menjadi Cikgu.

Dari mana nak mula?  Agak sukar sebab bahan rujukan untuk aku mulakan mukadimah dah 'hilang'.

What Goes Around Comes Around.

Kalau aku tak silap, dalam artikel yang aku tulis mengenai keguruan dan perihal aku menjadi guru tu, aku ada nyatakan dua sebab mengapa aku beria-ia nak jadi Cikgu.  

Yang pertamanya...
Sebab aku suka dan sangat teruja untuk mendidik.  Sangat puas bila ada orang paham apa yang aku explain. Kiranya masa sekolah dulu-dulu adalah juga kengkawan yang datang ber'guru' dengan aku dan disebabkan aku lembab pick-up (malu), once aku dah paham amat mudah untuk aku terangkan pada kawan-kawan sebab aku 'tahu' apa yang diorang tak paham.. (sebab aku pun sama lembab.. Haha! Malu lagi). Berbanding dengan bebudak yang cepatje paham/tangkap, selalunya diorang tak dapat terangkan sebab diorang lokek sombong kedekot ilmu tak nampak apa masalah orang sampai tak paham-paham. (teori aku ke ni?)

Dan sebab yang kedua...
Aku selambabadak tulis kat situ, aku tak sabar nak gantikan Cikgu yang aku rasakan tak sepatutnya jadi Cikgu dan tak sepatutnya memegang kapur mengajar budak-budak. Dan waktu aku tulis artikel tu, wajah seorang cikgu yang paling aku anti waktu sekolah menengah dulu terbayang-bayang di kotak pemikiran aku. (Eleh! Simpan saja judgemental kau itu, aku rasa SEMUA orang ada pandangan berbeza pada guru-guru yang pernah mengajar korang dulu.. kan?kan? Tak baik menipu)  Sebab apa aku kata tak layak? (suka hati je aku men-judge seorang Cikgu)  Terdapat beberapa kejadian kat sekolah aku belajar dulu yang aku rasakan dia telah menggunakan kuasanya sebagai seorang guru secara melampau dan keterlaluan, dan aku rasa dia tak pandai pun mengajar. (waktu ni aku Tingkatan 2, belum akil baligh).

So apakah kes dengan tajuk entri ini? 

Tunggu lagi






Friday, October 28, 2011

Aku Sangat Takut Tentang Perihal Ini

Aku perhatikan ramai bekas pelajar aku sedang dalam perjalanan untuk menjadi seorang insan yang bergelar Cikgu. Dan aku amat takut tentang ini.

Sebab? 

Hmm.. aku kena cari balik majalah rasmi SMK Kapit 2 (Wave) edisi pertama untuk menerangkan hal ini. Sebab di dalamnya ada satu artikel hasil cernaan aku mengenai perihal aku menjadi seorang guru. Adakah ini yang dikatakan..


*"what goes around comes around"?

Tunggu.

P/S: memula * tu aku tulis "hukum karma" tapi bila aku baca pasal -->Hukum Karma<-- ni, aku tukar pada pepatah Inggeris tu. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Wednesday, October 26, 2011

Dessert Tengah Malam (GilaKeAku)

Cupcakes dah try,
Klik sini


cheesecakes pun dah.

Klik sini untuk Friday's Kitchen (blog lama aku)


  Harini try buat cookies pulak.... (Senyum puas-puas bila tengok hasil dia)


Sedap-sedap-sedap ;)


 P/S: Tak sampai pun 24 aku jam buat new resolution untuk kurangkan jisim badan dalam 60 hari. Abis camne? Tolong!!


Monday, October 24, 2011

Surat Terbuka Untuk Cikgu 'Itu'


Assalammualaikum cikgu..

Saya ada beberapa perkara nak bagitahu supaya jelas, mujurlah line internet tak berapa clear dua-tiga hari ni, kalau tak mesti surat terbuka ni penuh dengan maki-hamun sebab saya tak berapa puas hati (sebab darah muda masih panas).  Oleh kerana kes dah sejuk, saya cuba tulis dengan sopan santun (Cuba).

Cikgu tak patut terus jumpa dengan pihak atasan dan merengek mengadu bahawa cikgu terpaksa menjaga tingkatan 3  dari pagi sampai habis waktu persekolahan. (Ok-ok, mungkin itu hak cikgu untuk  mengadu)  TETAPI sangat Joyah melampau bila cikgu boleh pulak tambah cakap yang cikgu yang sepatutnya incharge (Aku) ada melepak dan borak-borak kat bilik guru.  Haha (gelak sinis). Lawakla cikgu, sebab seingat saya, saya memang berkobar-kobar nak jaga bebudak pasca-PMR tu. Buktinya; awal pagi lagi sebelum kelas pertama bermula saya dah jumpa cikgu untuk discuss apa aktiviti yang perlu dilakukan memandangkan dah takde exam (PMR dah habis). Bukanlah saya totally ignored perkara yang sepatutnya saya lakukan. Betul tak? Kalau saya langsung tak tunjuk muka @ minat itu lain cerita.  Cikgu dialu-alukan untuk mengadu saya tak beri kerjasama. Kalau saya buat macam tu, nak pergi buat aduan di PPD terus pun saya alu-alukan (untung-untung cikgu naik pangkat, boleh buat majlis sent-off).   

Saya sangat terkejut bila cikgu cakap saya kena fikirkan sendiri apa program yang nak dibuat walhal bila saya lihat kertas kerja yang telah tersedia, seolah-olah setiap panitia sudah merangka program masing-masing (Wah, terkejutnya saya! Muka terkejut nih).  Rupa-rupanya di atas kertas sahaja.

Ok berbalik kepada tujuan asal, sebenarnya pada hari tersebut saya memang telah di'bebas'kan daripada menjaga mana-mana kelas (bahasa sekolahnya relief) supaya saya dapat membantu menguruskan pelajar pasca-PMR, TETAPI relief itu dibatalkan pada saat akhir tanpa saya ketahui pada awalnya. Bermaksud, saya kena kembali menjaga kelas yang mana peperiksaan sedang berlangsung. Saya ada bertanya kenapa relief tersebut dibatalkan dan jawapannya ialah pelajar pasca-PMR tidak ramai yang hadir dan tidak perlu guru tambahan untuk menjaga. Oleh kerana saya mendapat tahu hal ini pada minit-minit terakhir, (sila bayangkan, nak pergi jaga budak exam, kertas exam tak ambik lagi sebab ingatkan tak payah jaga, so ada sedikit kalut) saya masih sempat menghantar sms kepada seorang lagi guru yang sama-sama akan menguruskan pelajar pasca dengan saya.  Mesej yang saya masih simpan itu berbunyi:

"Salam. A$^^@, saya tak dapat nak jaga bebudak f3 arini, relief batal. Pejabat cakap f3 tak ramai so tak payah banyak2 cikgu.  Sorry. Kalau ada sesapa tanya tolong bagitau ek?"

Dan mesej itu dibalas "Ok2" (Bagus cikgu ni, tak banyak songeh, walaupun dia seorang perempuan)

Betapa sangat-sangat terguris hati (made out of crystal) saya apabila keesokan harinya ketika perhimpunan pagi, PK HEM secara umumnya menempelak menasihatkan supaya guru-guru yang sepatutnya menguruskan tingkatan 3 tidak mengabaikan tanggungjawab tersebut.  Dan yang paling &$%%$ (ayat vulgar, sila imagine sahaja sebab blog ini turut dibaca oleh kanak-kanak) bila PK HEM menyebut,

"Saya tak mahu ada laporan lagi dari Joyah guru yang mengatakan mereka menjaga dari pagi hingga waktu balik sedangkan guru yang sepatutnya menguruskan pelajar tersebut berada di bilik guru dan berbual kosong"

Bayangkan perasaan saya ketika itu (mungkin sama dengan perasaan cikgu jika cikgu membaca surat terbuka ini, jadi kita seri). Sangat *&^%&!! (sila bayangkan sekali lagi). Saya sedar cikgu ada menjengah ke bilik guru ketika saya baru sahaja habis menjaga peperiksaan 4 waktu berturut-turut.  Baru nak melabuhkan ponggong cikgu.  Itu satu-satunya masa senggang saya! &#%$!!. Bukankah lebih baik jika cikgu terus bertanya kepada saya pada waktu itu (daripada bermain skodeng), atau pun bertanya pada seorang lagi cikgu yang saya telah hantar sms tu? Kenapa? Kenapa?

Adakah tujuan cikgu nak menunjuk-kan bahawa cikgu seseorang guru yang berdedikasi dan guru-guru yang lain semuanya below par?

Berani kerana bengang benar cikgu, kerana rasa terkilan saya itu, saya sedaya upaya mendapatkan senarai relief pada hari kejadian untuk di tunjukkan pada PK HEM supaya nama saya tidak menjadi busuk. Saya telah menjelaskan keadaan sebenar dimana relief saya dibatalkan.  Walaupun PK HEM cuba menjadi mediator yang baik dengan mengatakan bahawa tegurannya adalah umum, saya terlebih dahulu mengatakan kekecewaan saya terhadap guru yang terus merengek tanpa usul periksa dan PK HEM berjanji akan menyampaikan maklumat yang baru diketahuinya ini kepada perengek pengadu. Walaupun saya sedikit berpuas hati, tanggapan saya terhadap cikgu telah berubah dari saat itu. Dan saya pasti akan lebih berhati-hati.


Dan cikgu.. izinkan saya membanggakan diri sendiri dalam surat terbuka ini..


Saya merupakan penerima APC untuk tahun 2008, 
Mari menunjuk-nunjuk
  • bukan kerana sekolah lama saya merupakan SKM (Sekolah Kurang Murid),SMK Kapit 2 ada > 900 pelajar 
Ini sekolah saya SMK KAPIT 2.. Cantikkan? Takkan sekolah macam ni SKM??!! (photo by Daryl Peter)
  • bukan kerana staffnya tidak ramai (guru sahaja >70 orang)
  • bukan kerana saya kaki kipas (saya sentiasa haluan kiri hahaha)
  • dan sudah pastinya bukan kerana "Ala, kat Sarawak memang senang nak dapat"


tetapi sebab..
  • saya (selaku ketua jurulatih olahraga BAHAGIAN Kapit, Ulang suara KETUA untuk BAHAGIAN!!) dan rakan-rakan seperjuangan berjaya menaikkan ranking bahagian Kapit yang bertahun-tahun berada dikedudukan corot atau kedua corot ke kedudukan tempat ke-6 daripada sebelas bahagian yang bertanding. (Sarawak ada sebelas Bahagian semuanya)


Under 13 Category -Sarikei Stadium 2008
    Bala tentera Bahagian Kapit, Under 18 Category -Sri Aman Stadium 2008
    Jadi jurulatih dan juga menjadi peserta.. 4x100m
    (aku master dalam pertukaran baton.. hahahah -lawak hanya kawan-kawan rapat yang mengerti)
Jumpa tak nama gua? Ketua Jurulatih tu (mari menunjuk-nunjuk lagi)

      • saya dan rakan-rakan membawa pelajar mewakili Sarawak ke pertandingan Memasak Peringkat KEBANGSAAN anjuran Maggi di Kelantan pada 2007.
      Yang ini saya akui bukan usaha saya pada awalnya, tetiba selepas diberi tugas kami bekerja keras.. Hahaha!

      • saya dan rakan-rakan berjaya menjadikan team drama Kapit2 terpilih mewakili Kapit 3 tahun berturut-turut dan mendapat pencapaian membanggakan pada 2007 (hasil inisiatif pelajar yang mahu belajar dan rela berlatih hingga ke pagi).
      Miss you guys (& cikgu Velu too hehe)

        Kena pandai mengajar dan sendiri kena belajar (tengah berteater ni)
      • saya dan rakan-rakan berjaya menjadikan pasukan bola baling Kapit2 satu pasukan yang di geruni (hasil berkat gigih pemain-pemain yang sangat berdisiplin).
      Continue the Legacy!!
      (Kenapa aku berlagak sangat ni? Kerek gila. 
      Minta maaf banyak-banyak.
      Adalah sebab-sebabnya yang tersirat)


      TETAPI, satu perkara yang saya tidak dapat nafikan, semua ini saya tidak akan dapat capai tanpa sokongan rakan-rakan seperjuangan yang sering membantu semampu mereka pada setiap masa dan ketika (aku rindu korang especially team track n field coaches 2007, . huhu!)  tanpa sekelumit perasaan cemburu dan irihati. Juga berkat usaha pelajar yang sangat bersemangat dan berdisiplin (saya rindu bebudak Kapit2 yang penuh semangat!!) untuk mengimpikan sesuatu yang dianggap mustahil sebelumnya. Tidak dilupakan juga kepercayaan, dorongan dan keyakinan yang diberikan oleh Pengetua, para pentadbir dan bantuan guru-guru senior kepada guru-guru baru (waktu di Kapit 2 la) seperti saya.

      Kesimpulannya;

      Walaupun saya masih dalam proses pembelajaran, (Pelajaran adalah sesuatu yang berlangsung sepanjang hayat dan oleh kerana saya masih bernafas, saya masih belajar) saya bukanlah cikgu baru yang sangat naif dan boleh diperkotak-katikkan. Ada kemungkinan saya lebih hebat dari cikgu (mari muntah darah beramai-ramai). Maka, adalah sangat besar harapan saya sekiranya cikgu dapat memahami perasaan saya dan menjiwai hati sanubari mana-mana guru lain daripada sudut yang berbeza. Itu sahaja. Sekian.


      Yang benar,
      CikguKeAku



      P/S: Ok. aku bagitahu (this is only the tip of an iceberg) kenapa aku berlagak. Sebab ramai yang kekwat, berlagak dan tunjuk bagus (jadi aku pun nak cuba jugak. Nak tahu best sangat ke?).  Padahal kita semua sama saja. Seorang guru/pendidik yang ditugaskan membimbing pelajar supaya dapat mendalami dan mempelajari sesuatu yang baru dan berguna untuk kehidupan mereka. Tapi, sebaliknya daripada melakukan tugas mendidik ini, ramai yang cuba mencari kesalahan orang lain, dan semacam ada yang tak berpuas hati dengan guru baru/muda. Padahal kesilapan dilakukan oleh GURU.. Tak kesahla tua, muda, baru, lama.. What is your problem actually?

      Walhal, ada cikgu LAMA/TUA tak pernah sekalipun jenguk kelab dan persatuan, tak pernah turut serta turun padang program 1murid 1sukan, tak masuk kelas, halau budak keluar and then end up pergi minom kat kantin sebab sorang pun dah takde nak di ajar... Tapi sikit-sikit cikgu baru, apa yang negatif semua yang baru. Please... Don't be sooooooooooooo insecure..We are not going to take over your place.  We are hoping to learn something from you guys.  Tetapi masalahnya, bila kita terlalu banyak tanya, ditimbulkan pula isu kononnya cikgu BARU semua tak tahu bekerja. Aduh! Ditelan-diluah... sama saja.. 

      Jadi, itu sebabnya kami duduk dalam kelompok kami. Tapi, isu lain timbul..  "Cikgu baru tak pandai nak bergaul dengan senior bla-bla-bla.." 

      Pulak!!

      Thursday, October 6, 2011

      Tepat Sekali Wahai Encik Kartunis

      Realiti Kehidupan Seorang Cikgu